Monday, November 30, 2009

Bertarung dengan Lembu 2

lembu ke 8, lebih kurang je.

lembu ke 8 merenung gua dalam-dalam. sinar mata garang beliau terpancar. sambil menguyah chewing gum, gua mengatur strategi yang terbaik bagi menewaskan lembu berkenaan. langkah gua atur sebaiknya.

langkahpertama gua mulakan dengan side step ke kiri lalu gua menggelecek lembu ke 8 bagi mengelirukannya. habis lecak-lecak bertempiaran mengenai orang ramai disekitar kawasan penyembelihan. mereka semunya menjerit:

"ohhhhhhhh"

gua tidak memperdulikan semua itu, fokus gua hanya lembu ke 8. habis semua gua redah, hatta tahi-tahi lembu juga tidak gua hiraukan. keadaan gua serupa Rambo, cuma gua tak ikat kepala dengan kain merah sahaja. lembu ke lapan kelihatan tercungap-cungap dengan kelincahan gua menggelecek beliau.

bagaikan menangguk di air yang keruh, gua memutarkan tali kambing ala-ala zorro. lalu gua lambung keatas sekuat hati. lembu ke 8 ketakutan nampaknya. lalu melonjak-lonjak tanda amukan tiada kesudahan. tali masih lagi diawangan. suasana kelihatan semakin rakus. pabila sahaja melihat tali berada betul-betul diaras kepala, dengan sepantas kilat gua mengenakanvolley terhadap tali tersebut. tali kambing meluru dengan pantasnya ke arah lembu ke 8. tujahan tepat tersebut memerangkap kaki belakang beliau.

gua rentap tali kambing berkenaan bagaikan seorang perwira. lembu ke 8 tersungkur ke tanah menunggu masa menghadap Ilahi. gua berdiri megah bagaikan si Jalak yang memenangi pertandingan sabung ayam. lantas gua menghadap Ustaz Misran untuk menyempurnakan upacara qurban. ya upacara qurban.

diakhir acara,sambil menguyah mee hoon tak seberapa, gua tersenyum puas apabila selesai melapah 8 ekor lembu yang hebat-hebat belaka. sambil-sambil itu, gua dah merancang strategi untuk bertarung dengan unta pula. nantikan ya.

Sunday, November 29, 2009

Bertarung dengan Lembu

gua tak online 9 hari 8 malam, pasal gua sibuk mempersiapkan diri untuk bertarung dengan lembu. bukan seekor, tapi 8 ekor. cakap-cakap orang tentang kesukaran menuntut ilmu pertarungan dengan lembu ini gua persetankan. gua bagaikan singa lapar menanti lembu lembu berkenaan.

dalam pertarungan pertama,gua nyaris ditanduk oleh lembu berkenaan, apabila tidak dapat membaca gerakkan ' jig' yang dilakukan beliau. "what the fuck", bentak hati gua. berbekalkan tali kambing yang disediakan pihak urusetia, gua berjaya mengikat kaki belakang lembu tersebut. kegiatan tersebut mendapat perhatian segenap penonton yang hadir. kejayaan gua menewaskan lembu pertama disambut dengan segelas air sirap beserta mee hoon yang tak seberapa. tak kurang juga yang bangun sambil bertepuk tangan bersorak gembira. macam biasa, gua tenang melayan kerenah peminat.

lembu ke 2, ke 3 dan ke 4 mudah gua jinakkan.begitu juga yang ke 5. lembu-lembu baka tempatan ni tak berapa nak garang. gua ambil mudah dengan kehebatan mereka. tindakan gua lantas tidak disenangi beberapa otai-otai yang turut berada disekitar kawasan terbabit. gua pergi menghadap otai-otai sambil menerangkan keadaan sebenar. nampaknya mereka masih tidak faham akan kehebatan gua bertarung dengan lembu ini. sekali lagi gua pekena air sirap dan mee hoon tak seberapa.

selesai sudah berhadapan dengan otai, gua dikejutkan dengan kejayaan seorang pemuda belasan tahun menewaskan 2 ekor lembu. gua agak terkesima. gua perhatikan gaya beliau seakan seorang rempit yang beretika. namun gua tidak memandang rendah kejayaan pemuda berkenaan. nama beliau Sulaiman, anak kedua Hj. Kaswadi. pipi beliau sedikit berjerawat.

beralih kembali kepada lembu.kini hanya tinggal seekor lembu lagi. lembu yang ke 8,yang dengar katanya dibawa khas dari india. dari segi fizikalnya, memang agak besar. berwarna hitam serta berbonggol agak besar. jarang-jarang gua berhadapan dengan lembu yang sebegini tegap. kali ni gua tidak memandang enteng akan keupayaan lembu tersebut. Sulaiman anak Hj. Kaswadi hanya memandang sinis terhadap gua. namun gua perasan ada riak-riak ketakutan diwajah beliau. keyakinan gua bertambah. kali ini gua perhatikan, Sulaiman anak Hj. Kaswadi menikmati mee hoon tak seberapa beserta air sirap. air peluh jantan gua mula menitik satu persatu. tik tik tik...


bersambung

Saturday, November 21, 2009

Kempen Sembahyang 5 waktu

surprise kan bila baca tajuk. kah kah kah kah
lu orang kena tipu sebenarnya. gua saja kasik letak tajuk 'kick' sikit. bukan apa, gua perasan dua tiga menjak trend mencarut tengah up kat kalangan blogger-blogger ( termasuk diri gua kot ).

terkesima dengan keadaan yang semakin parah ini, gua telah mengadakan satu sidang tergempar dengan geng geng masjid se Malaysia bagi membincangkan permasalahan yang melanda blogger masa kini. kata sepakat yang dicapai:

  1. blogger berperanan secara tersirat atau tersurat mendidik masyarakat kearah berfikiran terbuka serta sensitif kepada persekitan.
  2. berperanan untuk melahirkan satu komuniti yang bebas berkarya namun disusuli dengan adat ketimuran yang tinggi.
  3. sebagai wadah perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia tidak mengira agama, kaum sera budaya.
  4. selain itu, diwujudkan komuniti bebas mencarut agar tidak mempengaruhi kalangan pembaca amnya.
  5. satu kempen 'bebas mencarut' dijalankan .

oleh itu gua merasmikan Minggu Entri Tanpa Mencarut Tahun 2009. sila support.


p/s : ayat macam Malaysia Studies. patut sangat gua dapat A+.keh keh keh keh.

Tuesday, November 17, 2009

Gadis-Gadis : Twilight New Moon

"Pegawai Kadet akan bercuti dari 21hb Nov sampai 29hb Nov 2009"

dapat tahu je cuti, gua terus call orang tua kat rumah. gaya anak mithali bukan.kebetulan pulak, rumah gua ada buat acara makan makan.maka ramai lah makcik-makcik kat rumah tu gamaknya. bila tahu je gua nak balik, masing-masing jadik kucar kacir. anak-anak dara kat area taman gua tak payah cerita, habis kedai jamu dekat negeri sembilan tu kena serbu.

itu al kisahnya makcik-makcik dengan anak dara. yang pakcik-pakcik pulak dah tak lepak kedai kopi. semua pakat gotong royong, pasang khemah nak bikin doa selamat katanya. yang baya baya gua pulak, dah start ketuk-ketuk dram, tune balik gitar kapok, yang trening shuffle pun ada. gua tunduk segan bila tahu semua ni.

haishhhhh

gua tak tahu apa nak jadi dengan masyarakat zaman sekarang. tak boleh kasik gua senang sikit.
dah la gua tak berapa nak into denga publisiti melampau ni.

sebelum gua lupa, Twilight New Moon keluar weh time gua cuti ni. gua persilakan gadis-gadis yang sudi untuk menemani gua menonton filem ini. kepada gadis-gadis, jangan terpedaya dengan perwatakan rokes gua ni. demang ni, soft spoken orangnya.



p/s: entri paling promot diri sendiri setakat ni. demmm..



Monday, November 16, 2009

Sehari Tanpa Outing 5 (kaitan antara shuffle dan kuih raya)


hari ahad memang hari rasmi gua bermalas malasan. seperti yang dijangka, matahari dah tegak kat kepala baru gua reti nak bangun. boleh tahan nikmat tidur malam tadi, mimpi pun bagai-bagai.

bangun-bangun je, gua terus mengadap laptop. log in fesbuk. gua tengok status satu persatu. celaka! semua rancang nak gegar Bukit Bintang.

"ini tak boleh jadi" bentak hati gua

paangggggg!!!!

gua bagi hentak satu kali atas meja, tanda protes. semua masyarakat yang berhampiran gua terpinga-pinga, menyorok atas meja pun ada.melihat suasana yang huru hara, gua angkat sebelah tangan suruh mereka semua bertenang. tapi muka gua bagi ketat.

atas dasar tak mahu melayan perasaan membara ni, gua bangun carik benda makan. gua ingat nak pekena biskut cicah nescafe campur tahi gigi. tak 'bujang' lah kalau makan pagi gosok gigi. tu pesan Presiden Persatuan Jantan Bujang Semenanjung. gua syak beliau banyak sangat pekena shisha. cakap pun merapu rapu.

gua teruskan perjalanan ke dapur, lalu gua bukak kabinet.

panggggg!!!!!

sekali lagi gua bagi hentak tanda protes.kali ni kabinet dapur jadik mangsa. mana tak nya,hapa benda pun tak ada dekat kabinet ni. kali ni gua betul-betul anarki. gua pergi stor, selongkar apa yang patut.

"haaa, jumpa pun kau"

gua berlari-lari anak ke bilik sambil membawa sebalang kuih raya. hati gua dah tak sabar sabar nak trening shuffle.plan nak lawan shuffle dengan budak budak dekat Bukit Bintang masa cuti ni. gua konpiden mesti menang pasal gua trening sambil makan kuih raya. kalau makwe-makwe tengok gua sekrang, mesti geleng kepala.

Friday, November 13, 2009

Nasi Lauk 'Ular'


musim exam macam ni, perut lapar memang tak ikut dan. terstudy lebih je, dia punya lapar memang tak tentu hala dibuatnya. nasib baik ada nasi bungkus jual secara indie dekat sini. boleh jugak tampung gua punya tembolok.

lagi-lagi time hari exam, dia punya penangan lagi haru. lapar dia memang tak hingat. badan pikir nak pekena nasi je. hari ni, di dorong atas desakan nafsu, gua kasik order nasik 2 bungkus . sambal taruk lebih pesan gua. air gua ambil kat watercooler je.

"bismillah" ingat-ingat tuhan sikit.

gua pun bukak nasik bungkus. hati dah berbunga-bunga tanda lapar.

"pukimak" gua separa menjerit separa melompat.

gua perhatikan nasik bungkus tadi baik-baik. jantung gua berdegup kencang.

"cilakak, ikan keli rupanya" sambil gua mendengus lega

mati-mati gua ingat ular dalam nasik bungkus tadi. ikan keli terus gua ban dalam menu gua selama sebulan.


Monday, November 9, 2009

Sehari Tanpa Outing 4 ( Parti Liar )


awal mula pertama mula...

*sok sek sok sek sok sek..parti..liar

malam minggu haritu, budak-budak dah bising nak buat parti. gua dengar cerita, ini parti takde moral punya. bila dengar je benda-benda 'takde moral', gua jadik kelam kabut. ni tak boleh jadik, gua kena bagi join sekali.

budak-budak punye havok tak payah kire. bertepuk betampar lah jugak gamaknye. tak kurang jugak yang beramas mesra. gua bagi geleng kepale je dengan perbuatan yang tak diiktiraf JAKIM ni. benda-benda macam ni tak boleh nak layan sangat. lari akidah bai.

cakap banyak tak guna, gua bagi tengok gambar bawah. mesti dah tak tahan kan. jangan sangap sudah. makwe-makwe sila hati-hati.


kek ni awal-awal lagi kena ratah, budak budak naik hantu bile nampak kek ni. Kek rasmi parti liar atau lebih dikenali sebagai birthday party.


jantan macho kena cubit puting. penganjur parti. kfc turut terserlah disitu.



P/s: selamat hari jadi yang ke 21 Ahmad Firdaus aka Sang. nuffnang kena bayar gua 27 juta kalau nak gua upload gambar sendiri.

Friday, November 6, 2009

Demang yang pemalu.

demang merupakan seorang yang pemalu dan juga romantik.

dengar cerita, demang pikir 13 kali sebelum menghantar sms kepada mana-mana wanita.

jikalau beliau ingin membuat panggilan terhadap wanita, beliau berfikir sebanyak 67 kali.

buat masa ini beliau sibuk membuat persediaan final exam.

sila doakan beliau serta tinggalkan komen atau nota-nota cinta dilaman sosial fesbuk atau didalam blog ini sahaja.

sekian.


Presiden
Persekutuan Jantan Bujang Semenanjung (PJBS)

Thursday, November 5, 2009

Sehari Tanpa Outing 3

hari-hari minggu pekena sate, memang kick.


dekat UPNM atau mane-mane institusi ketenteraan, apabila 'sangkakala' dibunyikan, gua dan rakan-rakan kadet akan 'freeze'. lebih kurang dalam 2 minit jugaklah, maybe kurang kot. budak-budak civillian cakap, budak-budak askar ni pandai buat freeze prank. apa budak-budak askar ni lawak sangat ke?

gua panggil 'sangkakala' ni tuang-tuang, tapi orang kampung gua panggil trompet. kat UPNM ni sorang je yang pandai tiup benda alah ni. name die Salleh. putih kemerah merahan kulit die. badan pun sedap-sedap, orang Sarawak.

Salleh ni dia punya rajin lain macam. so gua ingat mahu kasik test sama Salleh. gua bagi call itu jam jugak. gua ingat nak pekena sate.

"stap, gua nak sate. lu tolong beli boleh" gua cakap dengan ketat sekali, tak ade salam-salam.

"boleh-boleh. lu bagi duit, gua beli" Salleh pun dah pandai guna gua-lu sekarang.

gua sediakan duit cukup-cukup untuk 3 orang makan. tak dilupa nasik impit sama dengan air botol. duit gua maen lempar je kat Salleh. biadap betul. Salleh balas balik dengan renungan tajam. gua perasan ade semangat 'adi idup agi ngelaban' disitu. gua ambik langkah berhati-hati berhadapan dengan Salleh. silap percaturan makan penampar Salleh jawapnye.

***

sate sampai dalam sejam lepas tu. Salleh kate sate kena pow 3 cucuk dekat guard room. gua tak amek port sangat pun. balen gua bagi Salleh terus. tanda terima kasih.

hari tu gua dengan member-member memang sedap pekena sate. makan sorok-sorok. cuak jugak ade yang mintak-mintak. sambil-sambil makan, gua dengan member kira-kira balen yang sepatutnya tinggal. gua syak Salleh mark up dalam dua tiga sen, sama sate 5 cucuk.cilakak, kate 3 cucuk je. marah betul Salleh kat gua nampaknye. tapi takpe, gua kira sedekah je dekat Salleh.

***

10.30 malam menandakan tiupan sangkakala akan bergema, gua dah get ready nak bagi freeze satu badan. bila bunyi je sangkakala, gua rasakan bunyi dia tak semerdu macam hari-hari biasa. bunyi dia betul-betul malas. melantong hangit punya. dalam hati gua berkata:

"kenyang sangat kau pekena sate ni Salleh"

Tuesday, November 3, 2009

Tertekan disebabkan NURKASIH

gua tengah tertekan sekarang.amat tertekan.ini semua disebabkan siri NURKASIH
adakah patut gua layan NURKASIH?
adakah jiwa rock gua akan tergadai hanya disebabkan NURKASIH?
adakah dengan melayan NURKASIH akan memberi gua 23 juta sehari?
mengapa gua perasan dua tiga orang rokes dah berubah menjadi mat-mat tabligh 'jambu' lepas layan NURKASIH?

lu orang dipersilakan memberi komen membina atau meruntuh bagi membantu gua.



NURKASIH. rancangan yang memberi 'bekas' kepada mat mat rok.



P/S: gua mau pekena nasik lemak ayam berempah sama teh o ais satu. sapa mau?

Monday, November 2, 2009

Coke itu Pelacur

sila ke entry beliau. KAMIKUP (sila klik)
ni entri paling celake pernah alep hasilkan.
gua syak alep banyak sangat pekena buku-buku nevi.

Sunday, November 1, 2009

Port Baek Punya


masa gua kecik-kecik dulu, port-port lepak memang banyak. dari kandang kambing Cik Along, tapak masjid yang tak jadik-jadik sampailah ke stor baja dekat dengan kolam belakang rumah gua. taraf-taraf port ni memang tinggi, hanye padre-padre yang boleh lepak tempat ni.

pemilihan port -port ni yang juga markas operasi mengambil kira beberape faktor, antaranya 'punca air', pokok-pokok buah dan juga keistimewaan kawasan tersebut yang tak terdapat dekat tempat lain.


kandang kambing cik along

ni adalah port lepak pertama yang berjaya diteroka oleh anak-anak muda kuaters felcra ayer hitam. die punya meriah port ni tak payah cerita, petang-petang je budak-budak dah berkumpul kat area ni.budak-budak datang dari seluruh pelusuk kampung.

port ni feymes dengan aktiviti maen kejar-kejar dengan kambing, mancing dekat parit, tak pun jadik buruh paksa tarik kambing cik along masuk kandang. agak-agak lapar maen kejar-kejar dengan kambing, gua pergi pekena jambu batu yang tumbuh dekat sebelah kandang kambing tu. jambu die besar besar. mungkin berkat baja tahi kambing yang ditabur disekitarnya.gua sempat jugak toreh kat batang pokok jambu tu. gua tulis 'hafiz the legend'.

kalo haus pulak, gua minum je air paip dekat stor 'lantun' sebelah kandang kambing. kalau nak minum tu, hidung gua tutup rapat-rapat.tak nak bagi bau lantun masuk hidung.bau lantun memang macam celaka. kalau tak tutup hidung, alamat seminggu tak selera makan.tapi selalunya tak lekat pun, mitos je budak-budak gua buat.

aritu gua dengar cerita tempat tu dah tutup dah, budak-budak dah lama tak lepak dekat area kandang kambing ni. semua lepak cc maen counter strike je sekarang.


tapak masjid tak jadik-jadik

port ni merupakan port terbesar diantara semua port yang pernah gua dan rakan-rakan teroka. lu sekali tengok port ni, macam padang jarak, padang terkukur die punya besar. port ni best pasal boleh maen 'Tarzan'. budak-budak macam kena rasuk nak maen tarzan punya pasal.lu cakap je bila, tengahari, petang, hampir malam,pagi sabtu ahad, semua budak-budak ade.

lagi satu, port ni bukan saje best maen tarzan, tapi merupakan tempat pertama gua dan budak-budak lain maen 'motorcross'.basikal hancur-hancur buat maen motorcross. pomen kampung gua hairan pasal lambakan basikal rosak yang berkunjung ke wokshop beliau.kalau karamjit tengok port ni, mesti dia nak pekena rally satu.

tapi sayang, port ni budak-budak stop maen lepas tali tarzan tu putus, budak-budak gua kena kejar dengan anjing, lepas tu chekal( anak cik along) hilang kejap. gua syak kena sorok dengan makhluk asing. tapi orang tua cakap kena sorok dengan jin. haissh betul-betul tak saintifik lah. start aritu, budak-budak kampung ayer hitam dikenakan larangan maen nyorok-nyorok. gua hantar surat bantahan kat ketua kampung, ketua balai polis ayer hitam malah persekutuan maen nyorok-nyorok sedunia, tapi semua sepakat untuk tetap mengenakan larangan tu. gua givap, maen dash yankuro lagi bagus.


stor baja dekat kolam

port yang paling dekat dengan rumah gua. feymes sebab dekat dengan pokok durian,rambutan, mangga,kuini denagn jambu air. kiranya, port ni paling lengkap dari segi logistik. masa ni gua dengan asrap memang 'pegang' tempat ni. budak-budak luar kuarters tak boleh lepak suka-suka. kalau berdegil jugak, asrap selalunye repot kat bapak die, Cik Termimi. barwa betul perangai.

kolam dekat stor ni pulak tak boleh buat maen. dalam dia ade ikan piranna bai. gua dengan asrap pernah mancing sekali, letak umpan tak sampai seminit ikan dah ragut. huru-hara jugak lah masa first time dapat piranna ni. tapi last-last gua dengan asrap seludup bawak balik rumah, masak stim.indie betul gua dengan asrap masa tu, hidup dah macam komando pulak. tak reti-reti nak makan kat rumah, semua harapkan buah-buahan serta hasil tangkapan je. port ni dia tak berape nak meriah pasal budak-budak yang nak lepak kena bayar cukai kepala. yelah gua dengan asrap nak bagi baja kat pokok buah-buah, ikan-ikan kat kolam tu pulak nak jugak pekena dedak.


bila dah besar ni, port lepak-lepak lagi bagai-bagai. shisha roofop lah, kopi bean lah, pusat snuker WeLike lah(tanye budak Seremban mesti tau), macam-macam gua cakap lu. tapi semua nak kena bayar, takde ke tempat lepak tak payah nak kena bayar ape-ape?? nak sep sikit, kumpul duit buat beli mini cooper satu.