Monday, November 16, 2009

Sehari Tanpa Outing 5 (kaitan antara shuffle dan kuih raya)


hari ahad memang hari rasmi gua bermalas malasan. seperti yang dijangka, matahari dah tegak kat kepala baru gua reti nak bangun. boleh tahan nikmat tidur malam tadi, mimpi pun bagai-bagai.

bangun-bangun je, gua terus mengadap laptop. log in fesbuk. gua tengok status satu persatu. celaka! semua rancang nak gegar Bukit Bintang.

"ini tak boleh jadi" bentak hati gua

paangggggg!!!!

gua bagi hentak satu kali atas meja, tanda protes. semua masyarakat yang berhampiran gua terpinga-pinga, menyorok atas meja pun ada.melihat suasana yang huru hara, gua angkat sebelah tangan suruh mereka semua bertenang. tapi muka gua bagi ketat.

atas dasar tak mahu melayan perasaan membara ni, gua bangun carik benda makan. gua ingat nak pekena biskut cicah nescafe campur tahi gigi. tak 'bujang' lah kalau makan pagi gosok gigi. tu pesan Presiden Persatuan Jantan Bujang Semenanjung. gua syak beliau banyak sangat pekena shisha. cakap pun merapu rapu.

gua teruskan perjalanan ke dapur, lalu gua bukak kabinet.

panggggg!!!!!

sekali lagi gua bagi hentak tanda protes.kali ni kabinet dapur jadik mangsa. mana tak nya,hapa benda pun tak ada dekat kabinet ni. kali ni gua betul-betul anarki. gua pergi stor, selongkar apa yang patut.

"haaa, jumpa pun kau"

gua berlari-lari anak ke bilik sambil membawa sebalang kuih raya. hati gua dah tak sabar sabar nak trening shuffle.plan nak lawan shuffle dengan budak budak dekat Bukit Bintang masa cuti ni. gua konpiden mesti menang pasal gua trening sambil makan kuih raya. kalau makwe-makwe tengok gua sekrang, mesti geleng kepala.

6 comments:

paiseh said...

sah.. sah lu ni pesen brani mati~

azman said...

kuih raya?????

raya apa? deepavali?

alepzuhri said...

demang
cuti ni kite gegar bb ngan shuffle kuih raye kite

Siti Nur Aminah said...

kuih rye ailidfitri hr tuh ke??np xmsej je i..i le mskkn..ti kirm kt fb....kih kih....eh..i pon mkn xgosok gigi if kt johor...heaven beb...tp jgn aa kte i pngotor..ahahaha.....

demang said...

paiseh- mana ade, gua jenis layan dangdut je. keh keh keh keh

azman-kuih raya aidilfitri la. deepavali dia panggil manisan. tak pun laddu.

alep-gua dah siap2 je alep nak gegar bb. lepas ni kena kasik announce kat fb

aminah-mane ade pengotor.tak gosok gigi itu suci ape.=p

Anonymous said...

penyakit skrg bangun pagi jer buka FB dulu .. sebab nak bagi makan kat haiwan2 dalam farmville .. rosak dah rakyat malaysia ..