Sunday, November 21, 2010

Subculture dari Kaca Mata Anak Muda

Kalau kau perasan atau tidak, setiap negara pasti berdepan dengan subculture yang majoritinya didokong oleh golongan remaja. Kalau di England mereka ada skinhead, Amerika mereka ada hippies which is subculture tersebut diadaptasikan dari nature dan environment negara tersebut. Aku tak mahu bercakap pasal subculture seperti skinhead, punk atau hardcore yang datang ke negara ini kerana kau boleh googlenya. Aku lebih tertarik kepada subculture yang lahir secara semulajadi dalam Malaysia tanpa/kurang pengaruh mana mana subculture luar.

Aku bahagikan subculture yang wujud dimalaysia kepada 3 era.

***

Era Mahathir Wawasan 2020

Subculture yang popular dimasa ini adalah budaya bohjan dan bohsia. Mana mana remaja yang hidup pada zaman ini sememangnya familiar dengan dua perkara ini. Aku tak pasti apa definisi sebenar bagi bohsia dan bohjan ini. Namun satu yang aku pasti, golongan ini gemar melakukan seks bebas, bertukar tukar pasangan dan berparti liar. Maksud liar dari pengamatan aku, bukanlah parti mereka berpakaian fancy atau crowd yang hadir itu cantik dan kacak, tetapi lebih kepada parti sesama mereka. Venue tertumpu dirumah sewa, jeram jeram atau sekali sekala di tempat awam seperti taman tasik permaisuri. Masa masa ini, nasihat ibu bapa mesti berbunyi

“belajar rajin rajin, tak mahu bila besar jadik bohjan/bohsia”

Era Pak Lah Islam Hadhari

Era islam hadhari yang bagi aku bermula anjakan paradigma golongan subculture di Malaysia. Era ini memperlihatkan subculture dikalangan remaja satu perkara yang dominan. Remaja remaja baru hendak matang melihat subculture ini sebagai satu perkara yang cool, meningkatkan pergerakan adrelin dan juga menggabungkan antara hobi serta fashion.

Subculture yang dimaksudkan adalah mat rempit. dilihat sebagai satu golongan subculture yang memperbaiki apa yang kurang pada golongan bohsia dan bohjan. Penambah baikan yang “cukup rasa” sehingga mereka dilihat sebagai satu subculture yang hamper sempurna. Sempurna dari erti kata, rebel, sukar disekat perkembangannya serta mampu “menjentik hidung kerajaan”. motor kapcai merupakan tiket utama untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertai golongan ini. Tukar ekzos bunyi letup sedikit, seluar potongan carrot, dan loafer harga ekonomi sudah cukup untuk kau diterima dalam golongan ini.

Bagi mereka yang digelar orang lama dalam scene rempit ini,selalunya mempunya citarasa yang sedikit up. Honda ex 5? Apa barang. Aku ada tengok movie rempit yang diarahkan oleh anak Yusof Haslam, tak patut betul otai dalam filem itu pakai superbike. Tak true langsung. Sebetulnya otai otai dalam scene rempit menggunakan RXZ sebagai instrument utama dalam memperjuangkan pergerakan rempit ini.

Namun ada juga usaha usaha yang dilakukan golongan rempit bagi mewujudkan persepsi sihat terhadap mereka. Bermain kompang dan bertandang ke kenduri kendara dilihat antara usaha yang paling giat dilakukan ketika ini.

Era Najib 1 Malaysia

Aku malas nak cerita. Sambung lain kali boleh tak?

Thursday, November 18, 2010

Zassss Satu Kali

Dia (Zahid) menyalak pada pokok yang salah... jika awak bercakap mengenai patriotisme, saya ada satu soalan; adakah anak-anak menteri kita menganggotai angkatan tentera? Jika tidak, hujah yang sama terpakai untuk mereka, kenapa hanya mensasarkan orang Cina?" Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh


Apa cerita ni Zaid Hamidi?

Sunday, November 14, 2010

Latihan Perisikan

Perisikan merupakan cabang yang tidak asing bagi pasukan keselamatan, apatah lagi kepada agensi seperti Force 136. demi menghasilkan pasukan yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang perisikan, Force 136 telah memilih 2 seksyen terbaik untuk dihantar menjalani latihan lanjut kesalah satu agensi perisikan terbaik didunia.

***

"Kamu semua akan dihantar menjalani latihan di ISI, Pakistan" mendatar suara Lt Kolonel Hatimtai

semua pelatih force 136 yang terpilih kelihatan teragak agak dengan keputusan yang telah dinyatakan, namun tidak bagi gua. fikiran gua menerawang jauh. sememangnya pilihan pucuk pimpinan angkatan tentera kali ini agak esktrem.

***

ISI merupakan satu badan bebas perisikan yang berpusat di Pakistan. mempunyai reputasi yang sangat hebat serta dikatakan satu satunya agensi perisikan yang boleh menandingi MOSSAD. Tiada agen ISI yang pernah tertangkap serta terlibat dengan banyak misi misi berbahaya. Dikatakan juga, tiada seorang pun agen rahsia ISI yang pernah diambil gambarnya. Sememangnya latihan yang bakal dijalankan di ISI ini sesuatu perkara yang bukan calang calang orang boleh lakukan.

***

24 jam sahaja masa diberikan sebelum berlepas ke Pakistan. Standard Operational Procedure dalam Force 136.


Prepare for the worst!

Saturday, November 6, 2010

Rukun Moral Tentera

Didalam 10 prinsip peperangan, maintenance of morale diletakkan ditangga kedua. Secara tak langsung itu menunjukkan morale didalam ketenteraan adalah satu perkara vital yang tidak patut dipandang enteng. Merujuk kepada situasi yang gua alami di UPNM dapatlah gua simpulkan bahawa ada 4 perkara yang boleh meruntuh-naik kan moral seorang militer personel.

1. Duit
2.Cuti
3.Makan
4. Wanita

Hilangnya satu perkara boleh memberi kesan yang buruk kepada pembentukan sahsiah dan jati diri personel tersebut. Inilah gua katakan sebagai Rukun Moral Tentera.