Thursday, June 25, 2009

Jatuh bagaikan nangka

abes je kelas military appreciation process, gua lari laju-laju naik bilik.
gua jerit-jerit riang.
gua bukak kasut. ready nak pergi bilik kri.
gua ingat nak pinjam internet brader tu kejap.
ingat nak tengok blog dan usya fesbuk.
sambil-sambil lari, gua nyanyi lagu kamalia.


gua lari laju sambil nyanyi-nyanyi


BEDEBUSSSSSSSSSSSSSSS.........CREEEEETTT


gua dah tak nyanyi lagu kamalia lagi.
gua diam je
gua landing baek punya depan rumah kri
best, memang best.


p/s: peristiwa tersungkur memang puki!

Wednesday, June 24, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah!

hari ni gua rasa gumbira yang amat sangat.
bangun pagi pukul 4.30 (excited kan).
pergi kelas pun cepat.
kat kelas pun gua tak tido.
ajaib sungguh.

semua tengok gua pelik.
lagi-lagi junior rumah gua.
ada standby bed pun gua buat tenang je.
tak ada gua nak maki-maki, hell semua.
gua memang tenang hari ni.

gua layan handset pun tak seberapa
tapi sempat jugak usya-usya awek ajak tengok transformers.
macam biasa,plan berjaya punya.
gua senyum lagi.

tapi bila malam,
gua dah start gelabah.
nak tido tak boleh.
golek kiri,golek kanan,golek kiri kanan
habis bantal gua peluk.
gua punya badan pun dah setart peluh-peluh.

gua tengok jam
gua tengok kalendar
gua tengok jam balik
gua tiba tiba semangat
gua start countdown sambil bilang masa kuat-kuat

3............2.............1


YESSSSSSSS!!!!

gaji gua dah masuk!!

hati sangat senang.
baru gua boleh tido.

Tuesday, June 23, 2009

gua tanya lu jawap 1: hantaran anak dara

akhir-akhir ni, gua tengok dah macam trend anak dara,janda,andartu mintak hantaran yang tinggi tinggi.kalau nak compare ngan dulu-dulu lah,gua rase benda ni tak adalah se extreme sekarang.ape kes minah kilang pun nak mintak rm 20000?. gila apa,bukan rm 2000.rm 20000 bai.

lepastu, hantaran tinggi-tinggi ni dah macam jadik satu perlumbaan pulak .paling-paling koman pun rm10000. tu tak masuk lagi makan-makan kenduri, duit kopi rempit-rempit yang datang maen kompang, rokok-rokok orang tua,kain batik makcik makcik, duit pengeras tok kadi.kering bai,kering. nak nak kalau dapat bakal isteri/mertua yang tak mahu tong-tong duit.perghhhh,merasa lah lu brader.

lagi satu, kalau kat kampung kampung tu,dengar je cerita anak si joyah ni dapat hantaran rm50000, gua rase setahun pun tak habis cerita kena jaja.kedai kopi dengar cerita tu, dewan orang ramai pun otai-otai kampung bising-bising pasal hantaran,makcik-makcik duduk kat tangga ngumpat ngumpat sane sini. begitulah hebatnya penangan hantaran ni kan.

kalau kat bandar pulak, kalau boleh si pengatin ni nak jemput artis sane, artis sini memeriahkan majlis perkahwinan.hotel besar-besar,kek bertingkat-tingkat, konon-konon eksklusif.padahal menggigil nak buat fast loan kat bank rakyat.piiiiiiiirahhh.

so sekarang ni gua fokus kepada hantaran anak dara.
dan apakah yang membuatkan hantaran tu semakin lama semakin tinggi?

"gua rasalah( gua rasa je) hantaran semakin tinggi diletak menandakan semakin berharga anak dara yang dibela itu."


tapi kat sini gua ada satu pertanyaan pulak kat lu orang semua. harap lu boleh tolong jawapkan.

"lu rase berbaloi ke nak bagi hantaran tinggi-tinggi kat anak dara yang dah TAK ADA DARA?"

gua betul-betul musykil ni. gua perlukan pendapat lu orang.sila komen ya!

Sunday, June 21, 2009

destinasi ronggeng 1

Disebabkan gua tak outing minggu ni. Maka gua dengan megahnya nak cerita pengalaman manis gua mase outing minggu lepas.gambar-gambar ni gua snap curik-curik time outing tu lah. kali ni, gua berganding bahu bersama faris,penyu,zaim(muka baru dalam blog gua),ijat(yang ni gua tak mau mention lebih-lebih.bahaye beb,bahaye). destinasi ronggeng gua dan anak-anak buah gua adalah sogo+pertama+maju junction. matlamat gua dan rakan-rakan nak carik kasut.tapi sebenarnya, faris sorang jer nak carik kasut,yang lain tu macam biasa,sibuk-sibuk nak ikut. apa yang gua dapat simpulkan untuk pengalaman outing kali ini adalah " gua jumpa orang-orang yang makan tahap celaka punya ". sadis beb,sadis.lagi-lagi faris.gua suspek faris bela hantu raya lah. gua dah ready jer nak panggil uncle seekers ni. lu tunggu je lah faris.apa-apa hal pun, gua tak nak bazir masa, lu tengok je gambar-gambar kat bawah. sure air lu terembes punya.


"nasik lemak ni dengan ayam rendang serta kerang baru 4 ringgit jer?" penyu melontarkan pertanyaan khuatir bercampur megah

"nasik lemak ni memang heaven" gua dengan bongkak membalas kata-kata penyu.

"belasah roti canai pulak.memang padu lah" kata gua lagi kepada rakan-rakan.

"masih tak kenyang? anda ada ini" penyu bersuara dengan takburnya.

"wah! keledek goreng beserta donut" kata faris kagum.

"jagung ni memang ekselen" faris menguyah tanpa belas kasihan.

"misi gua mencari asam berjaya" sambil gua tersenyum puas.

"gua makan bahulu ni sampai menangis-nangis.gua amat bersyukur" ijat memanjatkan kesyukurannya.

"lu ingat gua dah abes makan? lu silap beb,silap" penyu membantah kata-kata gua dengan keras sekali.

"gua tak dapat nak tambah telur mata. gua gusar gila ni" zaim kecewa apabila diminta menambah seringgit untuk telur mata.

"gua dapat telur mata dengan tambah 30sen sahaja" ijat bangga dengan pencapaiannya.

"ada orang cakap, gua punya chicken chop dah macam muntah kucing" gua tenang sambil mengunyah chicken chop tersebut dengan rakus.


"gua tengok makcik-makcik usya tak puas hati je bile tengok anak anak muda menyerbu pasaraya giant ni" cakap gua kat member-member disekeliling

"gua rasa lah,gua nak duduk indon. konpem gua kaya raya" kata zaim dengan yakin.

"gua ludah amerika,tapi gua suspek betul-betul sama kuala lumpur" gua tabik hormat sama senbod tersebut.



lu tunggu untuk episod seterusnya. gua bagi lagi kick punya gambar dia


p/s: gua nasihatkan lu orang.hayatilah gambar-gambar diatas dalam suasana kelaparan yang amat sangat. gua konpem,lu jadik kenyang punya. gua konpem.

Thursday, June 11, 2009

lu sangap apa?

satu hari yang bahagia,tengah gua layan nasik lemak ayam baik punya, gua telah diterjah dan disergah oleh segerombolan manusia.tersedak gua seketika.gua perhati, masing-masing muka tak puas hati,perangai masing-masing tak payah cakap lah. macam setan. hangin satu badan gua tengok. tapi dalam hangin-hangin tu, gua perasan budak-budak ni datang macam nak blanket party gua. secara otomatis,timbul rasa cuak yang menebal di hati gua.tapi gua control macho,control tahap ketenangan gua. peluh setitik pun tak menitik. gua punya dada ni tak payah nak cakaplah, berombak-ombak macam tsunami. gua pikir,sebijik macam orang tahan kentut pun ada.

gua perhati satu persatu budak-budak yang datang mengganggu gua ni.gua bilang-bilang adalah empat lima enam orang.gua toleh-toleh, kalau boleh gua nak cam satu satu. apa-apa hal,boleh gua repeat balik.siapa mereka ini lu jangan tanya gua. malas gua nak menjawap.

nak dijadikan cerita,dalam banyak banyak lembaga yang menerjah gua ni,gua ada perasan seorang brader nie pakai topeng ala-ala ray mysterio. dua kali pandang macam burung kakak tua pun ada.gua usya mamat tu berhati-hati.mata gua renung tajam-tajam muka beliau. gua suspek mamat tu faris, tapi gua tak ada bukti yang kukuh. so, gua tak boleh melakukan apa-apa pertuduhan terhadap beliau. aiseyman,kacau jiwa gua. kalau betul lah faris, dah lama gua taji cukup-cukup. gua menghitung hari je dengan faris ni.

TIBA-TIBA

mamat misteri yang bertopeng tu sound gua. gua dalam keadaan tak mengerti ketika itu. dahi gua berkerut-kerut. perut gua kecut.

"demang, nape lu tak update blog lu lagi? gua dah sangap ni" tanya beliau malu-malu.

(darah gua menyirap)

gua yang memang pantang dicabar, apatah lagi diterjah ketika waktu bersantap, terus merasakan semangat gua tiba-tiba membara. tiba-tiba je gua rasa kuat melampau-lampau. otot-otot,urat-urat gua dah timbul-timbul semuanya. naik ngeri kalau fikir balik. gua tak sedar menda pun.

*fighting sound effect

itu je kot bukti terkuat yang gua ingat.apa yang terjadi terhadap mangsa gua tak mahu cerita. top secret kata orang kampung gua.

apa yang gua pasti,mereka-mereka yang menganggu masa gua menikmati nasik lemak ni menyesal dengan sikap masing-masing.terutama mamat bertopeng tersebut.dan gua memang pasti, mereka-mereka yang berkenaan pasti menjadi orang yang berbudi bahasa selepas ini

sangap anda terhadap blog gua boleh membawa pada kemusnahan yang besar terhadap diri anda.gambar hiasan diatas menunjukkan keadaan mereka yang sangap sehingga sanggup menggadai maruah diri dan memperjudikan masa depan orang yang tercinta.



p/s: amaran untuk lu orang,.gua akan update blog gua selalu-selalu. lu orang jangan cuak.

Saturday, June 6, 2009

handset second hand panjang

dari semalam lagi, gua,panjang, faris dengan penyu dah bising-bising nak gegar ibukota kuala lumpur. alih-alih gua ngan panjang je yang keluar sama-sama. penyu entah kemana. faris pulak gua jumpa dekat lrt bandar tasik selatan dengan rasul, baik punya plan nak makan pizza. leleh jugak gua dengar. faris ajak gua sekali, tapi gua jual mahal, konon-konon gua urban dah biasa makan pizza. masa tu jugak, faezi datang mempengaruhi faris, gua tak berapa pasti apa yang dia cakap, gua syak faris ngan faezi nak bikin plan baru. sejurus kemudian, gua dapati ada perkelahian kecil antara faris dengan rasul. gua tak mahu masuk campur hal mereka, pasal semua orang kenal faris sebagai seorang wrestler paling berpengaruh kat universiti gua ini.

tiket gua hari ini menuju ke hang tuah, pergi times square plan gua. untuk ke times square, gua perlu menapak lebih kurang satu relung seingat gua lah. macam biasa, gua lagak-lagak macho muka ketat ala-ala kirk hammet. gua perasan lah, ada sorang budak tu macam cuak-cuak jer lalu sebelah gua. ape kes?. jejak kaki kat stesen hang tuah je,panjang sound gua. kata beliau nak carik big apple. ah sudah, sangap donut apa mamat ni? pasal gua memang star cilok-cilok area kuala lumpur ni, gua dengan tenang membawa panjang ke big apple terdekat. gua ngan panjang order 6 ketul donut secara agresif.dapat jer donut, gua ngan panjang duduk silang kaki kat satu meja. betul-betul sebelah starbucks.gua ngan panjang makan dengan penuh taksub. time tu gua konpiden abes panjang mesti lupa baca doa makan. pasal gua awal-awal lagi dah lupa baca doa makan. sambil-sambil kunyah donut mata gua tak habis-habis usya peha omputih sebelah meja gua. telan air liur.

lu jgn terpedaya dengan gambar hiasan. saranan gua,try sendiri.

makan punyalah makan,tiba-tiba panjang sound gua lagi sekali.tegas nada suara beliau.

" weh bai, nak pi mano?" jelas kedengaran loghat negri sembilan yang dicampuradukkan dengan loghat kedah.

gua berdehem seketika sambil menjawab dengan penuh konpiden.

"ehem-ehem.mula-mula pergi beli handset ko dulu, pastu makan mcd" jawab gua dengan berhati-hati

(lu tengok,entri gua tak habis-habis nak cerita pasal makan kan)

selepas mencapai persetujuan.gua dengan panjang bingkas bangun.pergerakan gua dengan panjang berjalan lancar.ke tingkat tiga arah tujuan kami.sambil-sambil itu, gua ambil kesempatan cuci mata jugak lah.
nak handset second hand kata panjang. usya punyalah usya, mata panjang tangkap cintan sama satu handset nie. gua suruh panjang pergi nego dengan tokey cina itu.tapi, gua cakap sama lu, panjang punya nego dengan tokey cina tu punyalah mengancam keselamatan gua. ayat-ayat yang dikeluarkan panjang lebih membawa kepada pergaduhan daripada pembelian. tapi tokey cina gua tengok tenang semacam. gua kagum melihat ketabahan beliau.

lebih kurang 20 minit panjang ngan tokey cina itu bertikam lidah,akhir kata sepakat mereka temui. panjang berjaya merangkul handset second hand tersebut dengan harga rm310 tunai beserta aksesori. padu jugak bai. time nak bayar je, panjang cakap kat tokey cina itu. berpeluh-peluh jugak lah dahi mamat tu. gua seba salah. panjang sound tokey cina tu.

"eh apek,gua mau cucuk duit dulu lah. tunggu kejap eh" seraya tersengih-sengih.

tiada langsung unsur serba salah dimuka panjang

gua terkesima. hati beku

seraya hati gua berkata-kata.

"apa kejadahnya beli handset tak keluar duit awal-awal?"

wachaaaaaaaaa. time itu jugak gua rasa mahu karate panjang.

gua janji,satu hari nanti handset ni mesti kena santau dengan gua.





gua terjah lu orang

tanpa memberi salam atau kata-kata aluan, secara slumbernya gua muncul menghantui hidup lu orang ngan blog baru gua. lu jangan sentap pulak. gua sound awal-awal bai. secara jujurnya, blog gua yang lama tak dapat diteruskan atas dasar kebengapan diri gua sendiri yang lupa kata laluannya. aib gila. tapi hati gua memang pedih lah, pasal gua tak dapat menghabiskan agenda-agenda penting dalam blog gua yang lama tu. modus operandi blog gua yang baru ni tak susah mana bai. agak-agak gua kenyang makan kat cafe baby, konpem-konpem gua tak post entri. tu pasal gua melebihkan tidur dari melayan blog ni.abes kuat pun geli-geli layan facebook. apa-apa hal pun, gua syak mesti ada orang mahu usya gua punya blog ni. lagi-lagi anis tajam ngan farid aswan. gua tahu lu orang mesti cuak gila pasal blog gua mesti bikin gegar kat lu orang punya blog. HA HA HA.



p/s: gua bagi lu sekuntum mawar merah pasal gua sayang sama lu. apa macam?