Wednesday, September 30, 2009

'mak' raya u

ehem-ehem, laaame mak tak post entri kan. eeeee, mak riiindu sangat-sangat dengan blog ni tau. jari-jari mak ni, gataaaal je nak picit-picit keyboard tu. eh u, picit-picit keee tekan-tekan?? hurrrm, ikut suke hati u lah nak guna ape, janji sedaaap.hikhik

u nak tau tak,mak raya tahun ni sikit punya meriah tau. mak shopping sakan u. mak beli kasut, beli biskut,mak beli baju melayu, beli baju kurung, even telekung pun mak beli tau. sepetot-sepetot mak beli kat avon je. boleh dapat point banyak sikit. lagipun boleh hutang tau kalau beli kat avon. bagus jugak jualan langsung ni u.erm tahun ni kan, mak ingat nak different sikit dengan orang lain time sembahyang raya. mak plan nak pakai telekung u. dan bosan pakai baju melayu seluar slack.lagipun mak tak nak jadik hipokrit lagi. mak nak semua orang tahu sape mak 'sebenarnya'. tapi bila mak bawak telekung tu balik kampung, 'mak' i pulak yang perasan mak belikan untuk dia. nak tak nak, mak kenaaa lah bagi kat orang tua tu. tak kan lah nak bekira pulak dengan parent mak kan. tak elok tu.

yang tu semua before raya tau. mak tak larat nak type banyak-banyak. nanti jari mak rosak pulak. losyen sekarang dah la mahal. tak patut betul lah. aritu kan mak beli losyen kat guardian harge dia RM17.90 tapi bila mak check dekat MYDIN, harga dia baru RM15.00. rugi tau u. lepas dari tu, mak shopping semua dekat MYDIN je. jimat sikit duit mak. boleh simpan buat haji. selalu dapat haji bila maen dam haji je u. tak grand langsung. lagi satu, kalau u ollss perasan semua biskut rumah mak sejenis je, tu sebab mak beli kat MYDIN. hikhikhik.

oh lupa, mak membebel lame sangat. sebenarnya mak nak pesan kat u ollss, tahun depan jangan lupa ajak mak datang open house rumah korang tau. mak dah excited sangat nak tempah baju kebaya pulak. kalau datang rumah mak, sms awal-awal, takut mak takde kat rumah. biskut-biskut macam biase, biskut tunjuk MYDIN lah. hikhik.okeylah, mak nak mandi dulu. karang bisinggg lak 'abang' mak pulak. daaaaaa.muaaaaaaahhhxxx..=p


p/s: 'abannnnnnnngggg' gedix u.

Wednesday, September 23, 2009

Kenalilah saudara mara sendiri. mana tau anda jumpa makwe yang kencang-kencang.

gua balik kampung belah abah gua raya kali ni. dekat Karak, Pahang. lepas siri kunjung mengunjung yang luar biasa, gua diskaver sedara-mara yang boleh tahan kencangnya. gua boleh describekan marion caunter crossover dengan amy winehouse. naughty dia boleh tahan jugak. meremang gua.

dulu marion main congkak sebelah rumah gua je. tapi gua buat dek je.


masa malam raya haritu, amy winehouse call gua ucap selamat. sempat jugak dia nyanyi lagu tears dry on their own untuk gua.

sekarang ni,tengah mengejas makwe. lu jangan kacau. balik cuti gua bagitau perkembangan. kepada lu orang semua, selamat hari raya dan ingatlah orang tercinta masa bawak kereta. chow dulu

Thursday, September 17, 2009

PAT PAT SIKU LIPAT, CAKAP LEBAT MEMANG DAPAT.

Bonus dapat punya pasal, so reebok berlin dengan supra skytop menanti gua dengan megahnya.

merah bergaya.


menawan bukan.



p/s: gua dah jumpa tokan-tokan sneakers. gua sembang kencang bagi depa goyang.heh

Sertailah PASKAL!

Paskal! (sekadar gambar hiasan)

setakat minggu ini sahaja, dua tiga orang dah sound gua suruh kasik improve sikit gua punya blog. header macam celaka, layout budak-budak tadika,murahan dan bermcam lagi kata makian dihamburkan kepada gua. boleh tahan padu dia punya maki. Oleh itu, demi menjaga kredibiliti, gua mengambil keputusan untuk menubuhkan satu pasukan khas aka PASKAL(PASUKAN KHAS AYAT LONGKANG) unuk mentransformasikan blog gua nih. mungkin lebih 'longkang' barangkali.

gua memerlukan mereka-mereka yang mahir dalam photoshop, coding, atau licking untuk meneruskan agenda-agenda baru ini. gua juga tidak keberatan untuk menjemput penulis-penulis tamu untuk blog ini. mereka yang mempunyai idea bernas, segar juga yang bermulut 'longkang' adalah amat dialu-alukan untuk turut serta dalam PASKAL. idea-idea bebas, anarki, politikal, fashion, ashkar atau apa saja amat diperlukan bagi kemajuan blog ini. kualiti serta kuantiti mestilah selari dalam abad ke 21 agar tidak ketinggalan dikemudian hari.chewah.perhatian kepada gadis-gadis, barangkali ini peluang anda.


apa tunggu lagi? Sila dapakan borang sekarang. sertai lah PASKAL!


tertakluk pada terma dan syarat.

Wednesday, September 16, 2009

BONUS!!

baru gua teringat, ada ura-ura kata ada bonus tahun ni.
tapi lambat sikit lah.
tapi gua dah ready nak abeskan duit.
kali ni, gua pulak takde nak pikir masa depan langsung.
geng-geng hippies betullah.

Monday, September 14, 2009

GUA DUDUK MERENUNG DOMPET YANG SEMAKIN NIPIS, 3 TEST CELAKA SEDIA MENUNGGU SERTA KERINDUAN GUA TERHADAP AIR TEBU.

Saturday, September 12, 2009

Shopping Raya 2009

bermula dari 10hb september 2009(gaji untuk gomen), gua perasan, member-member, hatta musuh-musuh gua dah kasik keluar semua duit dari mesin atm.dia punya keluar duit, macam esok semua kedai kat kuala lumpur ni tutup. takde nak pikir masa depan langsung. bawak-bawak lah menyimpan kot ye pun.

ada yang gua tengok, rancang nak beli baju raya,seluar raya serta seluar dalam raya.semua yang ada kaitan dengan 'raya' lah senang cerita. jenis yang nak belanje awek pun ada.golongan ni, gua dah selalu sangat jumpa, so gua tak heran sangat. ada gak dua-tiga orang yang nekad nak beli kuih raya. yang ni gua setuju sangat lah,rare serta membantu perut gua. dapat gak gua pekena kuih almond london seketul dua. kadang-kadang dapat gak tibai tart nenas.

yang ekstrim pun ada jugak. jenis ni selagi tak putus jari, pecah kepala, memang tak reti-reti nak insaf. golongan peminat mercun atau meriam ni, selalunya menjadikan tentera, polis serta pengawal keselamatan sebagai kerjaya masa hadapan. gua dah survey baik punya.

bila gua sibuk-sibuk komen orang punya hal, maka ada lah jugak yang tanya gua nak beli apa untuk raya tahun ni. gua dengan selambanya jawab.



"gua nak beli cd SEARCH"


wachaaaaaaaa. semua buat muka tak puas hati.

SEARCH masa gua baru lahir.



p/s: 18hb gua nak sahur shisha dekat restoren rooftop pak arab kat bukit bintang. siapa mahu join?




Friday, September 4, 2009

MEGASALES. Bahulu Ori Baek Punya!

sekitar umur gua 7-9 tahun, berpuasa bukanlah aktiviti wajib. lebih kepada kerja sampingan untuk dapat duit lebih. yelah masa tu abah gua sound awal awal, sehari puasa kira seringgit. mana nak carik bai. umur-umur macam tu dapat belas-belas ringgit dah kira berharta abes.

tapi, selalunya puasa gua terbatal di tengahari disebabkan aktiviti makcik-makcik yang masak secara 'heavy' serta bau makanan yang sedap tahap 'king' punya.

dan benda yang betul-betul gua into adalah aktiviti membakar kuih bahulu. ni bahulu ori bakar guna sabut kelapa bai. perghhhhhh. dia punya 'kick' gua cakap sama lu, memang lain macam. gua ingat lagi, puasa yang ke 14 gua terbatal pada tahun 1998 (gua revival balik kisah-kisah lama pasal hari ni puasa yang ke 14). Cik Along, merangkap jiran gua telah membakar bahulu di taman tema rumah beliau.gua dengan takde segan-segannya tibai 2-3 bijik bahulu jugaklah. itu pun atas perintah cik along jugak. gua takde lah nak tibai sesuka hati. fuhhhhh layannnn.ah tak lupe jugak, cik along bekalkan gua se 'tupperware' bahulu untuk orang tua gua. balik rumah gua tertido puas.

tapi tu semua kisah lama, arini gua still dapat makan bahulu tapi bahulu bakar oven lah. bagi gua, tu semua tak 'true'. gua pandang sebelah mata sahaja.

*ringtone lenka-the show

gua tengok member ketat gua, yanie call tak tentu pasal

"hello semekom apis" yanie memberi salam

"w'salam.hah apsal?" jawap gua

tindakan serta merta gua memang ganas-ganas je. takde nak sopan-sopan langsung.

"ni ha, ko bukak fesbuk, ade gambar kuih bahulu bakar ori punya. aku jual."

gua dengar kuih bahulu jer dah suspek semacam. gua syak yanie nak pekena gua.

"ori?"

"aah ori la, bakar gune sabut kelape bai"

gua takde nak bagi 'bye' or 'take care' terus je off phone dan bukak fesbuk sepantas kilat. gua tengok, kuih bahulu yanie memang true. kecur air liur gua bai. lu tengok lah sendiri gambar die. memang 'kick'!


ni aduanan namenye.


cara tradisional tetap dihati. bakar bahulu guna sabut kelapa, hasilnya amat dinantikan.


kuih bahulu ori yang mampu meruntuhkan iman puasa anda.



siap dibungkus dan sedia menerima tempahan. =)




segala tempahan diterima sekarang. barang baek maa.

boleh dihubungi melalui fesbuk(yanie) : http://www.facebook.com/profile.php?id=1122898068
takpun email gua di metalstrokes@yahoo.com.sg





Wednesday, September 2, 2009

peristiwa dengan si blonde

lu pernah jumpa perempuan/lelaki melayu?
mesti pernah kan.

lagi satu, lu pernah jumpe perempuan/lelaki melayu yang tak reti-reti nak cakap melayu?
gua gerenti, mesti ade.

ayat yang paling meluat pernah gua dengar.
'can i have a beer please?'
dem.

tapi lu pernah jumpe tak perempuan berambut blonde, bermata biru, berkulit putih anglo saxon bercakap bahasa melayu dengan fasih dengan innocentnya bercakap dengan lu. humble some more.

dia sangat hot.
sumpah tak tipu.