Thursday, January 28, 2010

Sid Vicious dan Killeur Calculateur

Sid Vicious merupakan seorang pegawai kadet UPNM manakala Nancy adalah makwe UiTM yang rock! mereka berdua berkawan baik serta gemarkan musik musik bingit serta rebel. ikuti perbualan gampang mereka ini.

Sid Vicious: gua sekarang da slow la beb. gig pun tak turun. paling kuat pun gua layan karok je.

Nancy: ah lu, sembang lebat. malas pergi cakap je lah. membesarkan **** kat bilik je.

Sid Vicious: ******. gua askar mane boleh kuar ikut suka hati bai.

Nancy: abes tu, lu kata Rock The World ada cuti. apa pasal lu tak turun?

Sid Vicious: gua bukan tak nak pergi bai. Killeur Calculateur tak maen.

Nancy: cilakak lu Sid.


selepas perbualan itu Sid Vicious telah menikam mati Nancy. tak lama kemudian, Sid Vicious telah mati akibat overdose dadah.


"I stabbed her, but I didn't mean to kill her. I loved her, but she treated me like shit" Sid Vicious

"gua nak jadik rokstar satu stage sama M.Nasir sambil hisap shisha" Demang



Wednesday, January 27, 2010

Budak budak 5 minit

cilakak.budak budak 5 minit terjah rumah masa gua tengah berseluar dalam sahaja.
kena sound

"demang, pakai lah elok elok sikit..."

serta merta gua pakai baju melayu lalu terus berwuduk.

Monday, January 25, 2010

Derma Darah 2

lama Khairul Zaid berbaring diatas katil tersebut. entah bila agaknya nurse nak datang 'hisap' darah beliau.puas Khairul Zaid kaver bau badan sambil usya Syakila dari sisi.nak ajak berborak, Khairul Zaid memang fail dalam bab bab mengorat awek ini. budak sekolah agama katakan, mana nak bercampur sangat dengan awek awek ni.

Khairul Zaid mengelamun sendiri,hampir sahaja terlelap, lalu datang seorang nurse menghampiri beliau. lega hati Khairul Zaid. nurse tersebut memberi arahan agar beliau menghulurkan lengannya. Khairul Zaid patuh bak lembu yang diikat dengan tali.

***

siap juga Fakharuddin mendermakan darahnya. badan sedikit letih, namun dia gembira nampaknya. Fakharuddin memang hebat, 2 pint darah dia derma. betul betul gempak. Fakharuddin bangun dari katil tersebut dan membetulkan pakaiannya. sambil membetulkan pakaian, Fakharuddin juga memerhatikan sekeliling. secara automatis mata Fakharuddin tertancap ssatu muka yang amat dikenalinya.

"tuan Khairul Zaid"

Fakharuddin bergerak menuju ke Khairul Zaid. dilihat sedang bersiap siap hendak menderma darah. langkah diatur penuh yakin. standard budak kadet la brader.

***

kali ini hati Khairul Zaid tiba tiba berdegup kencang. lain macam betul rasanya. nak kata gementar dengan awek awek, tak juga. degupan jantung terus kencang.

jarum dikeluarkan, lengan Khairul Zaid ditepuk sedikit. memang besar sedikit jarum untuk derma darah ini. inilah kali pertama Khairul Zaid dapat 'merasa' jarum sebesar berkenaan.

secara perlahan,nurse tersebut menikam lengan Khairul Zaid. saat titisan darah pertama mengalir, Khairul Zaid lemah. mata berpinar pinar lalu beliau rebah terkulai diatas katil. ya, rebah layu diatas katil.

***

Fakharuddin yang melihat keadaan tersebut senyum simpul. tanpa disuruh, Khairul Zaid mengeluarkan handset dan merakam kejadian. cilakak betul punya junior bernama Fakharuddin ini. lagi bertambah celaka apabila Fakharuddin pulang ke bilik bersama nombor telefon Syakila. bloody junior betul.


nota kaki: apa cerita askar takut darah brader????

Sunday, January 24, 2010

Tembakan tepat seorang Sniper

petang yang hening...


"weh gigi jarang, lidi sate pun boleh masuk.hahahaha..." sapa Basiron.

"BUTOH pok hang..." gua jawab dalam version utara sambil buat kening The Rock


Basiron terkedu.

Thursday, January 21, 2010

Idola Gua bagi tahun 2010


idola terbaru gua sekarang. rambut pun gua ingat mahu kasik potong itu macam. gym dah macam rumah kedua.

Sunday, January 17, 2010

Derma Darah 1

mata Khairul Zaid tertumpu kepada poster yang ditampal itu. khusyuk sekali beliau membacanya. tak berkelip mata.

"dah 3 tahun aku duduk UPNM ni, tapi sekalipun tak pernah derma darah..." Khairul Zaid bermonolog sendiri.

dalam perjalanan menuju ke kelas, fikiran Khairul Zaid berputar tentang kempen derma darah tersebut. timbul dihatinya untuk mencuba. lama berfikir, akhirnya Khairul Zaid menganggukkan kepalanya sambil menghembus nafas lega.

"kali ini aku mesti cuba..." bisik kata hati Khairul Zaid sambil peluh mula memercik didahinya.

Bersinar-sinar mata Khairul Zaid menandakan semangat yang tak putus putus menjelma. memang taksub, obses gayanya sepanjang hari tersebut.malam itu, Khairul Zaid tidur awal sebagai langkah persediaan untuk menderma darah.

***

nama saja tidur awal, tapi haram bangun tetap lambat. mula lah Khairul Zaid menggelabah. mandi ala kadar sahaja. bedak tak ada, deodoran tak ada, apatah lagi minyak wangi. janji siap.nasib baik sabun ada, kalau tak bau badan memang 'paing' punya.

langkah Khairul Zaid terus ketempat menderma darah.beliau lihat, ramai betul orang membanjiri kawasan derma darah. macam kenduri kendara gamaknya. makwe-makwe Palapes havok betul. timbul pula rasa ghairah untuk beliau menderma darah secepat mungkin.

"cakap banyak tak guna, baik aku terus daftar..." ya, Khairul Zaid bermonolog lagi.

setelah melakukan pendaftaran, Khairul Zaid terus 'placing' ditempat yang strategik. dengan harapan ada makwe Palapes yang akan duduk disebelah beliau. Khairul Zaid berpegang teguh kepada slogan " apa barang awek issue".

nampaknya usaha Khairul Zaid tak sia sia. seorang awek Palapes bernama Syakila mengambil kedudukan disebelah beliau. comel serta ayu orangnya. duduk sebelah Khairul Zaid pun mintak izin. sopan betul, sejuk mata Khairul Zaid memandang Syakila.

dalam pada masa yang sama dada Khairul Zaid berdegup kencang. peluh menyelinap keseluruh tubuhnya. tak selalu ada makwe berada hampir dijarak 1 meter disebelah beliau.

"cilakak, hari ni terlupa pulak pakai minyak wangi 'Brave'..."

Syakila memandang Khairul Zaid, mimik muka lain macam nampaknya. satu kesilapan berlaku disitu. Khairul Zaid, Khairul Zaid. lain kali nak derma darah wangi wangi la sikit.

bersambung



nota kaki: Khairul Zaid belilah minyak wangi oiiiiii...








Saturday, January 16, 2010

Resolusi 2010

selaras dengan umur yang makin meningkat, gua berharap segala produktiviti dan kualiti gua dalam hal hal agama serta pelajaran dapat ditingkatkan. acara-acara ibadah diharap dapat dipertingkatkan seiring dan sejalan dengan umur yang semakin meningkat dewasa.

tak lupa juga, gua ingin lebih bersikap materialistik dengan mengumpul lebih banyak sneakers dan gajet gajet tak tentu hala. Adidas Starwars, Reebok( itu sudah pasti) serta Nike Air Max serta Supra berada dalam wishlist.oh ya, lomo LCA memang seksi. gua terliur.

sehubungan dengan itu, aktiviti mengumpul duit syiling dalam tabung boneka babi mungkin tak akan berlaku langsung bagi tahun 2010. aktiviti berlapar juga mungkin berleluasa sepanjang tahun ini. aktiviti 'mapleying' atau lepak lepak mapley juga nampaknya terpaksa dikurangkan.

***

berkenaan dengan muzik pula, gua berharap tahun 2010 dipenuhi dengan kehadiran band-band yang membolehkan gua berpenetrasi mahupun orgasma. mungkin Metallica mahupun Iron Maiden harus dibuka ruang untuk memasuki arena negara ini, dan lebih banyak 'Yuna', 'Hujan' serta 'Bunkface' dihasilkan oleh penduduk Malaysia yang berkapasiti 27 juta ini. 2010 gua menjangkakan Killeur Calculateur akan bertambah 'hit' serta ditambah lagi dengan AJL 25 yang mungkin setaraf Grammy Award.

secara konklusinya, gua mengharapkan perubahan positif dalam diri serta masyarakat Malaysia. adegan-adegan 3gp dapat dikurangkan serta kemakmuran negara ini dapat ditingkatkan. paling penting, gua mahu Ray Ban Clubmaster untuk hadiah birthday kali ini. Ya, they're strikes back!!

Ray Ban Clubmaster ini melambangkan ketahanan serta ke 'stylo' an gua dalm menghadapi 2010


p/s: 17 hb jan...=)

Wednesday, January 13, 2010

Mee Bandung

Kota Tinggi, Johor.
warung tepi sungai.


"bang, nak order ape?..." pelayan wanita

"apa yang special kat kedai ni?..." soalan pelayan wanita gua balas dengan soalan.

"macam-macam, abang tengok kat menu tu lah..." pelayan wanita muka nak tak nak je jawab.

gua bagi tengok sama menu. semuanya lebih kurang sama je pada pendapat peribadi gua, yang bezanya makwe baju pink depan table gua. goyah jugak lah iman gua. tengok menu pun tunggang terbalik. setelah lebih kurang 30 saat berfikir antara awek atau makan, akhirnya baru gua bersuara.

"bagi saya teh 'o' halia sama mee bandung..." tegas percakapan gua.melambangkan keperibadian seorang pegawai tentera.

"ok, tu je?..." pelayan wanita

"bagi mee bandung kurang mee ye..." sambil memandang muka pelayan sekilas lalu.

apa kejadahnya nak mee bandung kurang mee? hilang akai apa...




Thursday, January 7, 2010

Khairul Zaid dan Smookies

kalau nampak lambang Smookies ni, lu orang better cuak.


"Hari ni kita main tackle..." suara Khairul Zaid memecahkan suasana.

masing-masing memerhati segala tindak tanduk Khairul Zaid. tak kira dari segi peradaban, mahupun pakaian, semuanya diteliti. gaya memang up. short 'canter', boot pun mahu canter. sekali tengok ada gaya macam Bryan Habana. memang kelas.

hari ini ada uji bakat untuk junior-junior masuk first team Smookies, pasukan ragbi UPNM. Fakharuddin pun turut serta. gaya memang tak ada langsung macam player ragbi. short bundle, boot pulak jenama Admiral. apa cerita main ragbi pakai boot Admiral?. tak true langsung.

tanpa banyak disuruh, junior-junior yang datang untuk di uji bakat terus berpecah kepada dua pasukan. Khairul Zaid serta beberapa orang rakan rakan yang lain turut serta bermain. masing-masing terus ke posisi tertentu dengan Khairul Zaid mengambil tempat sebagai seorang winger. Fakharuddin ditempatkan ke pasukan yang akan menentang pasukan Khairul Zaid. posisi beliau : Fullback. disebabkan ramai yang sibuk-sibuk nak diuji bakat, maka mereka semua bermain 15.

***
'priiiiiiiiiiitttttttt'. pengadil membunyikan wiselnya. lalu mengarahkan dua pasukan yang bertarung untuk membentuk posisi scrump. Khairul Zaid mengarahkan pasukannya bersedia. terserlah leadership skills beliau yang diasah sejak dari tahun asas lagi. tak sia sia kena taji dengan Bukhari dulu.

"ours" bisik hati Khairul Zaid menandakan scrump tadi dimenangi oleh pasukannya. larian separa pantas dibuat oleh Khairul Zaid.terserlah otot-otot kaki beliau yang tidak berbulu itu.
bola ragbi tersebut dihantar ke pemain posisi line. satu persatu sehinggalah sampai ke tangan Khairul Zaid. gerakan diatur, larian pantas, jigging tak dilupa. tangan liar menolak pemain pasukan lawan. tinggal semeter lagi untuk melakukan try. langkah larian penuh yakin dilakukan Khairul Zaid. asyik sekali jikalau anda melihat gayanya.

'bedebukkkkk'. satu terjahan keras dikenakan. Khairul Zaid tertewas akibat satu tackle yang keras serta padat disitu. bola dirampas pemain lawan. khairul zaid terpinga-pinga sebentar lalu beliau memerhatikan siapa yang melakukan tackle tersebut.

"fakharuddin" hanya itu yang mampu diucapkan. kecewa nampaknya beliau.

di suatu sudut yang lain, kelihatan Fakharuddin tersenyum simpul atas kejayaannya melakukan tackle terhadap Khairul Zaid. sambil berlari-lari anak, Fakharuddin menjerit kepuasan.



p/s: kalau player ragbi luar yang baca entri ni, baik lu orang jaga-jaga.hooo haaa