Saturday, September 12, 2009

Shopping Raya 2009

bermula dari 10hb september 2009(gaji untuk gomen), gua perasan, member-member, hatta musuh-musuh gua dah kasik keluar semua duit dari mesin atm.dia punya keluar duit, macam esok semua kedai kat kuala lumpur ni tutup. takde nak pikir masa depan langsung. bawak-bawak lah menyimpan kot ye pun.

ada yang gua tengok, rancang nak beli baju raya,seluar raya serta seluar dalam raya.semua yang ada kaitan dengan 'raya' lah senang cerita. jenis yang nak belanje awek pun ada.golongan ni, gua dah selalu sangat jumpa, so gua tak heran sangat. ada gak dua-tiga orang yang nekad nak beli kuih raya. yang ni gua setuju sangat lah,rare serta membantu perut gua. dapat gak gua pekena kuih almond london seketul dua. kadang-kadang dapat gak tibai tart nenas.

yang ekstrim pun ada jugak. jenis ni selagi tak putus jari, pecah kepala, memang tak reti-reti nak insaf. golongan peminat mercun atau meriam ni, selalunya menjadikan tentera, polis serta pengawal keselamatan sebagai kerjaya masa hadapan. gua dah survey baik punya.

bila gua sibuk-sibuk komen orang punya hal, maka ada lah jugak yang tanya gua nak beli apa untuk raya tahun ni. gua dengan selambanya jawab.



"gua nak beli cd SEARCH"


wachaaaaaaaa. semua buat muka tak puas hati.

SEARCH masa gua baru lahir.



p/s: 18hb gua nak sahur shisha dekat restoren rooftop pak arab kat bukit bintang. siapa mahu join?




3 comments:

Adibah kamal baharin said...

mau join shisha bai

Aminah said...

nak ikut.....huuhuh....pahl lu beli cd search masa nk rye??

demang said...

diba-gua pergi shisha je
xisap.jage kesihatan

aminah-gua ingin kelainan beb