Friday, September 4, 2009

MEGASALES. Bahulu Ori Baek Punya!

sekitar umur gua 7-9 tahun, berpuasa bukanlah aktiviti wajib. lebih kepada kerja sampingan untuk dapat duit lebih. yelah masa tu abah gua sound awal awal, sehari puasa kira seringgit. mana nak carik bai. umur-umur macam tu dapat belas-belas ringgit dah kira berharta abes.

tapi, selalunya puasa gua terbatal di tengahari disebabkan aktiviti makcik-makcik yang masak secara 'heavy' serta bau makanan yang sedap tahap 'king' punya.

dan benda yang betul-betul gua into adalah aktiviti membakar kuih bahulu. ni bahulu ori bakar guna sabut kelapa bai. perghhhhhh. dia punya 'kick' gua cakap sama lu, memang lain macam. gua ingat lagi, puasa yang ke 14 gua terbatal pada tahun 1998 (gua revival balik kisah-kisah lama pasal hari ni puasa yang ke 14). Cik Along, merangkap jiran gua telah membakar bahulu di taman tema rumah beliau.gua dengan takde segan-segannya tibai 2-3 bijik bahulu jugaklah. itu pun atas perintah cik along jugak. gua takde lah nak tibai sesuka hati. fuhhhhh layannnn.ah tak lupe jugak, cik along bekalkan gua se 'tupperware' bahulu untuk orang tua gua. balik rumah gua tertido puas.

tapi tu semua kisah lama, arini gua still dapat makan bahulu tapi bahulu bakar oven lah. bagi gua, tu semua tak 'true'. gua pandang sebelah mata sahaja.

*ringtone lenka-the show

gua tengok member ketat gua, yanie call tak tentu pasal

"hello semekom apis" yanie memberi salam

"w'salam.hah apsal?" jawap gua

tindakan serta merta gua memang ganas-ganas je. takde nak sopan-sopan langsung.

"ni ha, ko bukak fesbuk, ade gambar kuih bahulu bakar ori punya. aku jual."

gua dengar kuih bahulu jer dah suspek semacam. gua syak yanie nak pekena gua.

"ori?"

"aah ori la, bakar gune sabut kelape bai"

gua takde nak bagi 'bye' or 'take care' terus je off phone dan bukak fesbuk sepantas kilat. gua tengok, kuih bahulu yanie memang true. kecur air liur gua bai. lu tengok lah sendiri gambar die. memang 'kick'!


ni aduanan namenye.


cara tradisional tetap dihati. bakar bahulu guna sabut kelapa, hasilnya amat dinantikan.


kuih bahulu ori yang mampu meruntuhkan iman puasa anda.



siap dibungkus dan sedia menerima tempahan. =)




segala tempahan diterima sekarang. barang baek maa.

boleh dihubungi melalui fesbuk(yanie) : http://www.facebook.com/profile.php?id=1122898068
takpun email gua di metalstrokes@yahoo.com.sg





4 comments:

faqhrule said...

mak gua buat je tiap-tiap raya. siap adunan tu letak ais krim soda lagi

Cik LeYha~~~ said...

entri kau buat aku terliur la weh...

pose..pose...

tgkpikirtulehpikirbacepikir said...

alamak..sedap gile...tgugat kesabaran nih..

demang said...

fakrul-gua nak serang rumah lu.amacam?

cik leha-silalah kontek si yanie tue. die sedia menerima tempahan tau

tgk-tergugat kan. gua hampir terbuka dunhill 14 td