Tuesday, December 29, 2009

belok woking

dah lama tak blogwalking...jaga-jaga, gua mau terjah sama lu orang.mana yang patut gua sembur, gua sembur. mana yang patut gua tala, gua tala. mood anarki sambil pegang m16.

Sunday, December 27, 2009

Borak 'kaya' di Pavillion.

Food Republic, Pavillion.

gua dengan alip tunggu member sorang lagi, Sang nama dia. macam celaka lambat. berlendir dulu ke hape. sambil sambil tunggu, gua kasik pekena nasik lauk pari bakar. alip pulak nasik lauk pari asam pedas. memang champion betul bidang pemakanan ni. tapi masa order gua tak cakap ikan pari, gua cakap stingray. gaya kan.

***

sesampai je Sang ke meja makan kami, gua tanpa berdolak dalik terus kasik 'hai' sekali. malu-malu je jantan tu. tanpa membuang masa, kami terus berborak borak style orang kaya. borak-borak gua bersama alip, sang dan gadis-gadis banyak berkisar tentang jenayah, budaya hidup yang tak keruan serta lawatan sambil belajar Najib ke amerika syarikat. dalam hati gua "ape kejadahnya semua ini?...tak rock langsung". lalu gua mengambil keputusan untuk bagi twist topik perbualan hari itu.

" lu ada duit lagi tak, jom kuar duit" pertanyaan cepu emas gua.

"aku baru lepas balik TAHA ni" jawap jantan Sang berterabur.

mula mula gua suspek TAHA ni hotel bertaraf murahan area kuala lumpur. mungkin Sang sangap sampai tersalah jawap. tapi gua tak mahu membuat penghakiman awal. gua lontarkan soalan seterusnya.

"TAHA apebenda bai?..." tanya gua.

"tabung haji la, keluar duit rm600" ringkas serta padat jawapan Sang, sambil membuat mimik muka mintak pelempang.

terkesima dengan jawapan angkuh serta bajet 'kaya' tersebut, membuatkan gua merangka strategi untuk membahan Sang balik. lalu gua melontar soalan seterusnya.

"gua lepas ni nak pergi KOTE bai..." selamba je keadaan gua.

semua senyap,buntu malahan gua syak masing-masing khuatir dengan posisi nafsu gua. gua duduk silang kaki sambil memperhatikan wajah-wajah buntu alip serta sang dan gadis gadis. lalu gua bersuara.

"lu ingat apa?...KOTE tu koperasi tentera lah"

gua buat muka bongkak sambil minum air oren. alip dengan sang kasik karate sama meja. gadis-gadis pula membetulkan bra masing masing. gua tersenyum sinis melihat gelagat kebudak budakan mereka.





Tuesday, December 22, 2009

Pacak Kepala

" Khairul Zaid, kemari kau..." panggil Bukhari.

" tuan!! " teriak Khairul Zaid

dengan pantas Khairul Zaid berlari mendapatkan Bukhari. hentak kaki padat sambil mendongakkan kepalanya. memang displin serta bongkak gaya beliau, betul-betul askar. hati Khairul Zaid dah berdegup kencang menanti apa yang akan dilakukan Bukhari.

"pacak kepala" perintah Bukhari. takde dakwa dakwi.

Khairul Zaid terus memacakkan kepalanya. dadanya berombak dengan tindakan Bukhari yang sememangnya terkenal dengan ke fucked up (sebut fak tap) nya. kalau bab menaji ni, memang tak boleh nak bawak berbincang langsung.

"bangun"

Khairul Zaid berasa sedikit pelik. lain betul suara Bukhari. lembut, tak parau macam biasa. ciri-ciri pegawai kadet susu terkesan disitu.

"Khairul Zaid...bangun...bangunlah..."

Khairul Zaid terpinga-pinga. rupa-rupanya beliau hanya bermimpi. itulah penangan tidur diwaktu maghrib. orang tua tua dah pesan, jangan tidur waktu maghrib, tapi Khairul Zaid degil juga. dasar budak budak zaman sekarang, memang tak faham bahasa.

***

sedikit penerangan tentang Bukhari...

Bukhari merupakan senior Khairul Zaid. antara kegemaran beliau adalah memberi hellterutamanya komando rest (pacak kepala) serta skot jump. hell dari Bukhari antara igauan ngeri Khairul Zaid. mimpi Khairul Zaid tadi bagaikan membuka kembali luka lama. pedih.

***

"ini tak boleh jadik" bisik Khairul Zaid sambil mengepal sebuku penumbuk.

mata Khairul Zaid meliar memerhatikan sekeliling. mimpi tadi betul betul mengganggu perasaannya. sambil itu, dilihatnya Fakharuddin sedang membancuh 3 in 1 milo. tiba tiba satu idea liar muncul dikepalanya.

"Fakaharuddin" jerit Khairul Zaid

"tuan!!!" teriak Fakharuddin

"kemari kau, bawak milo tu sekali" Khairul Zaid memberi arahan, angkuh betul suaranya.

Fakaruddin bergegas mendapatkan Fhairul Zaid. milo 3 in 1 yang dibancuh tadi dibawa sekali, lalu milo tadi diambil oleh khairul zaid. garang betul muka beliau. masam seperti cuka.

"pacak kepala" perintah Khairul Zaid

dengan keadaan terpinga-pinga Fakharuddin memacakkan kepalanya. Khairul Zaid tersenyum puas sambil menikmati milo yang dibancuh Fakharuddin.


p/s: sweet revenge..hikhik

Monday, December 21, 2009

Sembang anak bersama orang tua

malam yang cukup tenang. gua baru lepas mandi, niat nak keluar rumah. tapi tak manis rasanya kalau gua pergi begitu sahaja. lalu gua mengambil kesempatan untuk berbual dengan orang tua. sembang gua dengan orang tua tak berapa nak kencang, adab bagus betul. gua tak mahu orang tua gua suspek bukan-bukan. jejaka nakal macam gua mesti tahu menyimpan rahsia.

sembang kami macam macam, dari soal ketenteraan sehinggalah persoalan agama. alhamdulillah, gua hafal doa qunut. belum hilang pedoman lagi nampaknya.

tiba-tiba mak perhati muka gua. sedikit gelabah gua dibuatnya. gua syak mak nak perhati cahaya iman dimuka gua. tinggi betul ilmu.

"along, dah bersih ye muka kau. pakai apa?..." tanya mak gua.

gua jawap

"ini semuanya berkat wudhu' dan doa yang along buat mak..."

jawapan paling bernas serta angkuh yang pernah gua keluarkan.heh





Sunday, December 20, 2009

Sekitar Acara Window Shopping


secara tak sengaja, gua telah berada di midvalley. suasana macam kenduri kendara, meriah betul. makwe-makwe bersepah-sepah., pakwe-pakwe pulak macam biasa, membosankan.

gua menggunakan kesempatan ini untuk memperhati serta menilai peha-peha, lurah dada serta warna rambut yang pelbagai di sekitar midvalley. orgasma gua punya minda. mata pun naik kuyu jadinya.

***

acara 'berbelanja tingkap' gua guna sebaik-baiknya. dari satu butik ke satu butik. gua teringat, dalam radio sikit punya bising pasal Year End Sales, tapi haram jadah rege barang mahal macam celaka. cakap banyak pun tak guna, gua jalan-jalan jugak.

gua berjalan mengikut arah mata, mana ada yang best, gua jenguk. mana ada yang comel, gua usya. last-last gua terjebak ke butik Nike. tak anarki langsung layan Nike, tapi gua persetankan ideologi anarki buat seketika. nafsu diutamakan.

" TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

"MALAYSIA 1 - VIETNAM 0"

dia punya ayat memang patriotik, gua terdiam sambil menyanyikan Negaraku didalam hati.



p/s: kapitalis memang pandai mengambil kesempatan,laku betul jersi Malaysia dekat butik Nike tu.

Thursday, December 10, 2009

D.M.G

Definition

of

Managable

Greatness


amacam??

Monday, December 7, 2009

Nasik Lemak 'Dada'


walaupun hujan, itu tak menghalang gua untuk ke cafe. keputusan gua nekad, perut lapar tak boleh tahan punya. hujan rebas-rebas gua redah dengan tabah. duit gua kira ada 3 ringgit, lepas lah nasik lemak sama air teh 'o' ais.

sesampai di cafe, keadaan penuh sesak. masing-masing beratur mahukan nasik lemak. gua kira dah macam dekat Mali lah pulak. tapi lagi havok, macam nak bergaduh pun ada. gua pun turut serta beratur sambil mengamalkan sedikit kesopanan.

masa tu, ada sorang je yang jaga kaunter nasik lemak tu. makwe badan berisi. senang cerita, gemuk lah. anggaran gua berat makwe tersebut didalam lingkungan 90kg keatas. hampir sahaja gua sarankan kepada beliau untuk menyertai The Biggest Loser Asia.


***

sorang-sorang mintak nasik lemak, makwe tu ambil runcit-runcit. agak-agak banyak yang order,nasik lemak tu dia kendong sambil rapatkan tangan kat dada. nasik lemak tersebut beratur dengan kemas diatas dada beliau. kalau ada 4 nasik lemak, maka ke empat empat nasik lemak di grip dengan kemas oleh makwe tersebut. mungkin mengambil berkat kot.

sejak dari itu,baru sekarang gua faham pasal apa nasik lemak cafe cepat habis.


p/s: nasik lemak tersebut dibungkus. sila ambil perhatian.

Sunday, December 6, 2009

Latihan Baca Peta.

"memang letih latihan baca peta ni..."

itu sahaja yang khairul zaid mampu katakan. itu pun teriak beliau dalam hati. siang malam khairul zaid dan seksyennya terpaksa menempuh keadaan muka bumi Jugra yang mencabar. sawit, getah, bukit bukau, dusun durian, kebun sayur cakap apa sahaja, semua telah dilalui khairul zaid dan seksyennya.

misi mereka mesti sampai ke setiap checkpoint yang telah ditentukan. khairul zaid yang bertindak sebagai ketua seksyen mestilah memastikan anak-anak buah beliau dalam keadaan selamat. ada 7 semuanya anak buah khairul zaid, dan beliau lah yang paling senior diantara mereka. campur khairul zaid, ada 8 semua sekali didalam satu seksyen.

berpandukan prosedur yang telah ditentukan, khairul memberikan setiap orang nombor. bermula dari dari satu sehingga 8. beliau adalah orang yang ke 3. apabila khairul zaid menyebut " nombor " sahaja, seara auto anak-anak buah beliau akan menyebut nombor masing-masing.


****

telah 6 checkpoint telah dilalui oleh khairul zaid dan seksyennya, checkpoint ke tujuh berada dirumah api di diatas bukit Jugra. dahulunya ada kem komando dekat situ. banyak juga cerita-cerita seram pasal bukit Jugra dan rumah api tersebut. khairul zaid persetankan semua itu, digagahkan juga perasaannya. kata senior, semua mestilah paling mantap.

beliau membawa anak-anak buahnya mendaki bukit Jugra tersebut. keadaan gelap gelita ketika itu. masing-masing ingin cepat sampai dan menamatkan misi gamaknya. sambil mendaki, mata khairul zaid meliar memerhatikan keadaan dipersekitaran. styer aug berada ditangannya digenggam erat, bimbang berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. peluh tak usah kira, bau badan serupa kerbau.

tiba-tiba khairul zaid rasa tak sedap hati, badan beliau meremang tiba-tiba. namun segala perasaan tak baik beliau tangkis. untuk menyedapkan hati, beliau menyebut "nombor" separa menjerit.

mendengar sahaja khairul zaid menyebut " nombor " secara auto anak-anak buah beliau menjeritkan nombor masing-masing. termasuk juga khairul zaid. 1...2...3...4...5...6...7...8...lega hati beliau apabila kelapan-lapan orang termasuk beliau didalam seksyennya cukup. baru sahaja hendak menghela nafas lega, tiba -tiba...9...satu suara menyebut nombor ke sembilan. hati khairul zaid berdegup kencang, muka beliau mungkin sudah sedikit kebiru-biruan. siapakah orang ke 9?

air suam-suam panas laju mengalir dari seluarnya. khairul zaid terkencing ketakutan.




Friday, December 4, 2009

Berterabur.

geng vampire.