Tuesday, December 22, 2009

Pacak Kepala

" Khairul Zaid, kemari kau..." panggil Bukhari.

" tuan!! " teriak Khairul Zaid

dengan pantas Khairul Zaid berlari mendapatkan Bukhari. hentak kaki padat sambil mendongakkan kepalanya. memang displin serta bongkak gaya beliau, betul-betul askar. hati Khairul Zaid dah berdegup kencang menanti apa yang akan dilakukan Bukhari.

"pacak kepala" perintah Bukhari. takde dakwa dakwi.

Khairul Zaid terus memacakkan kepalanya. dadanya berombak dengan tindakan Bukhari yang sememangnya terkenal dengan ke fucked up (sebut fak tap) nya. kalau bab menaji ni, memang tak boleh nak bawak berbincang langsung.

"bangun"

Khairul Zaid berasa sedikit pelik. lain betul suara Bukhari. lembut, tak parau macam biasa. ciri-ciri pegawai kadet susu terkesan disitu.

"Khairul Zaid...bangun...bangunlah..."

Khairul Zaid terpinga-pinga. rupa-rupanya beliau hanya bermimpi. itulah penangan tidur diwaktu maghrib. orang tua tua dah pesan, jangan tidur waktu maghrib, tapi Khairul Zaid degil juga. dasar budak budak zaman sekarang, memang tak faham bahasa.

***

sedikit penerangan tentang Bukhari...

Bukhari merupakan senior Khairul Zaid. antara kegemaran beliau adalah memberi hellterutamanya komando rest (pacak kepala) serta skot jump. hell dari Bukhari antara igauan ngeri Khairul Zaid. mimpi Khairul Zaid tadi bagaikan membuka kembali luka lama. pedih.

***

"ini tak boleh jadik" bisik Khairul Zaid sambil mengepal sebuku penumbuk.

mata Khairul Zaid meliar memerhatikan sekeliling. mimpi tadi betul betul mengganggu perasaannya. sambil itu, dilihatnya Fakharuddin sedang membancuh 3 in 1 milo. tiba tiba satu idea liar muncul dikepalanya.

"Fakaharuddin" jerit Khairul Zaid

"tuan!!!" teriak Fakharuddin

"kemari kau, bawak milo tu sekali" Khairul Zaid memberi arahan, angkuh betul suaranya.

Fakaruddin bergegas mendapatkan Fhairul Zaid. milo 3 in 1 yang dibancuh tadi dibawa sekali, lalu milo tadi diambil oleh khairul zaid. garang betul muka beliau. masam seperti cuka.

"pacak kepala" perintah Khairul Zaid

dengan keadaan terpinga-pinga Fakharuddin memacakkan kepalanya. Khairul Zaid tersenyum puas sambil menikmati milo yang dibancuh Fakharuddin.


p/s: sweet revenge..hikhik

10 comments:

sharamli said...

pacak kt mn?

demang said...

kepala kasik pacak atas lantai..tapi kaki masih diatas lantai..tangan diletakkan dibelakang pinggang

naNa.neRRa said...

huhu..kesian aje..
x fasal2.. :PP

demang said...

tapi seronokkk

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

ahahah..seronok yee?

koboys8888 said...
This comment has been removed by the author.
Cik Rara said...

igt motor je leh pcak..

Itther said...

huhu..tragis jadi junior..

kudabesi said...

lu dah senior skang ek..

boleh la hell junior...

ape perasaan hell junior demang?

noin said...

still tak dpt imagine camne pacak pale tu eh? huhu..