tiket gua hari ini menuju ke hang tuah, pergi times square plan gua. untuk ke times square, gua perlu menapak lebih kurang satu relung seingat gua lah. macam biasa, gua lagak-lagak macho muka ketat ala-ala kirk hammet. gua perasan lah, ada sorang budak tu macam cuak-cuak jer lalu sebelah gua. ape kes?. jejak kaki kat stesen hang tuah je,panjang sound gua. kata beliau nak carik big apple. ah sudah, sangap donut apa mamat ni? pasal gua memang star cilok-cilok area kuala lumpur ni, gua dengan tenang membawa panjang ke big apple terdekat. gua ngan panjang order 6 ketul donut secara agresif.dapat jer donut, gua ngan panjang duduk silang kaki kat satu meja. betul-betul sebelah starbucks.gua ngan panjang makan dengan penuh taksub. time tu gua konpiden abes panjang mesti lupa baca doa makan. pasal gua awal-awal lagi dah lupa baca doa makan. sambil-sambil kunyah donut mata gua tak habis-habis usya peha omputih sebelah meja gua. telan air liur.
makan punyalah makan,tiba-tiba panjang sound gua lagi sekali.tegas nada suara beliau.
" weh bai, nak pi mano?" jelas kedengaran loghat negri sembilan yang dicampuradukkan dengan loghat kedah.
gua berdehem seketika sambil menjawab dengan penuh konpiden.
"ehem-ehem.mula-mula pergi beli handset ko dulu, pastu makan mcd" jawab gua dengan berhati-hati
(lu tengok,entri gua tak habis-habis nak cerita pasal makan kan)
selepas mencapai persetujuan.gua dengan panjang bingkas bangun.pergerakan gua dengan panjang berjalan lancar.ke tingkat tiga arah tujuan kami.sambil-sambil itu, gua ambil kesempatan cuci mata jugak lah.nak handset second hand kata panjang. usya punyalah usya, mata panjang tangkap cintan sama satu handset nie. gua suruh panjang pergi nego dengan tokey cina itu.tapi, gua cakap sama lu, panjang punya nego dengan tokey cina tu punyalah mengancam keselamatan gua. ayat-ayat yang dikeluarkan panjang lebih membawa kepada pergaduhan daripada pembelian. tapi tokey cina gua tengok tenang semacam. gua kagum melihat ketabahan beliau.
lebih kurang 20 minit panjang ngan tokey cina itu bertikam lidah,akhir kata sepakat mereka temui. panjang berjaya merangkul handset second hand tersebut dengan harga rm310 tunai beserta aksesori. padu jugak bai. time nak bayar je, panjang cakap kat tokey cina itu. berpeluh-peluh jugak lah dahi mamat tu. gua seba salah. panjang sound tokey cina tu.
"eh apek,gua mau cucuk duit dulu lah. tunggu kejap eh" seraya tersengih-sengih.
tiada langsung unsur serba salah dimuka panjang
gua terkesima. hati beku
seraya hati gua berkata-kata.
"apa kejadahnya beli handset tak keluar duit awal-awal?"
wachaaaaaaaaa. time itu jugak gua rasa mahu karate panjang.
8 comments:
donut~~~
kepingin gile...
huhu..
esok alep balik!!!
wahahahahaha
wah2 suke ko ea alip balik
suke2!!!
ko suke gak kan??hehehe
demang,gua dah link dah blog lu kat blog gua..msti lu jadi hot..tapi gua lama dah xtulis kat blog gua..sepi sket r..sory..huhuhuhu
baik ko santau iPhone je
aku bole tumpang sekaki
mueheheh
bing-gua dah tengok lu pya blog.terkencing-kencing gua baca.
ana-gua tak layan iphone ni.gua terus santau blackberry jer.lagi cara apa.
big apple memang sedaappp
:D
tapi gua layan j.co
mcm mane tu?
Post a Comment