Saturday, June 6, 2009

handset second hand panjang

dari semalam lagi, gua,panjang, faris dengan penyu dah bising-bising nak gegar ibukota kuala lumpur. alih-alih gua ngan panjang je yang keluar sama-sama. penyu entah kemana. faris pulak gua jumpa dekat lrt bandar tasik selatan dengan rasul, baik punya plan nak makan pizza. leleh jugak gua dengar. faris ajak gua sekali, tapi gua jual mahal, konon-konon gua urban dah biasa makan pizza. masa tu jugak, faezi datang mempengaruhi faris, gua tak berapa pasti apa yang dia cakap, gua syak faris ngan faezi nak bikin plan baru. sejurus kemudian, gua dapati ada perkelahian kecil antara faris dengan rasul. gua tak mahu masuk campur hal mereka, pasal semua orang kenal faris sebagai seorang wrestler paling berpengaruh kat universiti gua ini.

tiket gua hari ini menuju ke hang tuah, pergi times square plan gua. untuk ke times square, gua perlu menapak lebih kurang satu relung seingat gua lah. macam biasa, gua lagak-lagak macho muka ketat ala-ala kirk hammet. gua perasan lah, ada sorang budak tu macam cuak-cuak jer lalu sebelah gua. ape kes?. jejak kaki kat stesen hang tuah je,panjang sound gua. kata beliau nak carik big apple. ah sudah, sangap donut apa mamat ni? pasal gua memang star cilok-cilok area kuala lumpur ni, gua dengan tenang membawa panjang ke big apple terdekat. gua ngan panjang order 6 ketul donut secara agresif.dapat jer donut, gua ngan panjang duduk silang kaki kat satu meja. betul-betul sebelah starbucks.gua ngan panjang makan dengan penuh taksub. time tu gua konpiden abes panjang mesti lupa baca doa makan. pasal gua awal-awal lagi dah lupa baca doa makan. sambil-sambil kunyah donut mata gua tak habis-habis usya peha omputih sebelah meja gua. telan air liur.

lu jgn terpedaya dengan gambar hiasan. saranan gua,try sendiri.

makan punyalah makan,tiba-tiba panjang sound gua lagi sekali.tegas nada suara beliau.

" weh bai, nak pi mano?" jelas kedengaran loghat negri sembilan yang dicampuradukkan dengan loghat kedah.

gua berdehem seketika sambil menjawab dengan penuh konpiden.

"ehem-ehem.mula-mula pergi beli handset ko dulu, pastu makan mcd" jawab gua dengan berhati-hati

(lu tengok,entri gua tak habis-habis nak cerita pasal makan kan)

selepas mencapai persetujuan.gua dengan panjang bingkas bangun.pergerakan gua dengan panjang berjalan lancar.ke tingkat tiga arah tujuan kami.sambil-sambil itu, gua ambil kesempatan cuci mata jugak lah.
nak handset second hand kata panjang. usya punyalah usya, mata panjang tangkap cintan sama satu handset nie. gua suruh panjang pergi nego dengan tokey cina itu.tapi, gua cakap sama lu, panjang punya nego dengan tokey cina tu punyalah mengancam keselamatan gua. ayat-ayat yang dikeluarkan panjang lebih membawa kepada pergaduhan daripada pembelian. tapi tokey cina gua tengok tenang semacam. gua kagum melihat ketabahan beliau.

lebih kurang 20 minit panjang ngan tokey cina itu bertikam lidah,akhir kata sepakat mereka temui. panjang berjaya merangkul handset second hand tersebut dengan harga rm310 tunai beserta aksesori. padu jugak bai. time nak bayar je, panjang cakap kat tokey cina itu. berpeluh-peluh jugak lah dahi mamat tu. gua seba salah. panjang sound tokey cina tu.

"eh apek,gua mau cucuk duit dulu lah. tunggu kejap eh" seraya tersengih-sengih.

tiada langsung unsur serba salah dimuka panjang

gua terkesima. hati beku

seraya hati gua berkata-kata.

"apa kejadahnya beli handset tak keluar duit awal-awal?"

wachaaaaaaaaa. time itu jugak gua rasa mahu karate panjang.

gua janji,satu hari nanti handset ni mesti kena santau dengan gua.





8 comments:

astrinee said...

donut~~~
kepingin gile...
huhu..
esok alep balik!!!
wahahahahaha

demang said...

wah2 suke ko ea alip balik

astrinee said...

suke2!!!
ko suke gak kan??hehehe

BiNg!! said...

demang,gua dah link dah blog lu kat blog gua..msti lu jadi hot..tapi gua lama dah xtulis kat blog gua..sepi sket r..sory..huhuhuhu

Fatin Farhana said...

baik ko santau iPhone je
aku bole tumpang sekaki
mueheheh

demang said...

bing-gua dah tengok lu pya blog.terkencing-kencing gua baca.

ana-gua tak layan iphone ni.gua terus santau blackberry jer.lagi cara apa.

zanarkist said...

big apple memang sedaappp
:D

demang said...

tapi gua layan j.co
mcm mane tu?