Sunday, October 3, 2010

Misi Rahsia


19 RAMD, Julai 2015

Sudah hampir 2 tahun setengah gua ditauliahkan dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja. Alhamdulillah gua dihantar ke rejimen ke 19 mekanis, unit idaman gua. Bermacam onak duri serta panca roba yang gua lalui. Bermula dari penampar salam perkenalan 'brader', organize yeh yeh sehinggalah berhadapan dengan lanun ketika Ops Pasir. Dengan izinNya, gua masih bernafas ego disini.

***

Hari ini, gua dikehendaki berjumpa dengan CO jam 0900H. Hati gua mensyaki bagaikan ada perkara yang tak kena. Gundah perasaan ini, namun gua mengambil langkah produktif dengan mengambil sebatang rokok berjenama Dunhill. Bibir gua mengepit kemas filter rokok tersebut, lalu gua nyalakan menggunakan pemetik api berjenama Cricket. Gua hisap rokok tersebut dalam dalam sambil tangan kiri gua menekan skrin iphone 6. Tangan gua aktif menaip sms untuk awek gua yang berada di London.

***

Setibanya gua di bilik CO, gua lihat hanya kelibat CO dan 2IC. Kelihatan masing masing sedang berbincang. Serius dan penuh dengan gaya flemboyan seorang pegawai tentera.

tok!tok!tok!

"Assalamualaikum Tuan, minta kebenaran masuk..." dengan penuh istiadat ketenteraan gua meminta kebenaran masuk ke pejabat CO.


"Masuk..."

Gua dipersilakan duduk. CO dan 2IC memandang tepat muka gua. Pelbagai persoalan mula menerjah ke benak pemikiran ini. Namun, gua tetap berusaha untuk mempamerkan wajah tenang dan berkaliber. CO menghirup secawan kopi italian roast kegemaran beliau. Riak wajahnya benar benar lain kali ini. Tiada lagi unsur humor.

Gua dihulur sekeping surat. Terlihat diatasnya dicop RAHSIA BESAR.

"Bukalah surat tu..." arah CO sambil mengurut misai lebat beliau.

"Faking!...ape kebendanya ni?" bentak hati gua.

Dengan penuh kerisauan gua sambil mengambil surat tersebut. Berhati hati gua membuka sampul surat tersebut.Hati gua berdegup kencang.

dup dup! dup dup! dup dup!




6 comments:

Kensi Ell Byle said...

tulis bagi hbis la demang oiii...

demang said...

tunggguuuuuuuuuuuuu.keh keh keh keh

iluvcolours said...

saspens btol la...huhu

kudabesi said...

19 RAMD Mech, 3/10/93 bertempur di Bakara Market, seorang terkorban, 2 kondor turut jadi mangsa

Rahsia besar lu ialah pergi ke Pusat Penyelidikan Nuklear Tun Ismail (PUSPATI) dan teleport diri lu ke zaman silam melalui pemecahan atom

nak buat apa kat bakara market?? hehe

haha..

syafiqxsaifullah said...

hah! apakah?

shams said...

cte tak abes..
please end this story..