Monday, October 4, 2010

Misi Rahsia 2



MISI KEAMANAN DI LEBANON

Ringkas tajuk surat berkenaan. Gua menarik nafas lega. Namun belum sempat gua menanyakan apa apa soalan, CO mula bersuara.

"Saya baru sahaja menerima wahyu dari Panglima Tentera Darat" nada penuh misteri dari CO. kelihatan mata beliau bersinar sinar.

"Apa dia tuan?"

"Kamu akan melaksanakan misi serampang dua mata, satu misi yang merbahaya..." penuh misteri kata kata itu.

CO mengambil sekotak rokok Surya yang sedia ada diatas meja lalu mengeluarkan sebatang rokok. Gua tidak berkata apa apa kerana gusar menanti ayat yang akan keluar dari mulut beliau. Dengan tenang, CO menyalakan rokok tersebut,dihisap dengan penuh karisma dan dihembus. Asap berkepul kepul menyelinap kepelusuk ruang udara. Tanpa suara, beliau mengarah gua agar merapatkan badan kearahnya. Gua akur lantas bergerak menuju kearah beliau. Lalu sesuatu yang serius dibisikkan ke telinga gua. Darah gua berderau dan gua merasakan tiada apa yang dapat menenangkan hati gua pada ketika ini.

***

Gua diberikan notis 24 jam agar melapor diri di Pusat Latihan Perisikan Tentera Darat(PULARIS). Sememangnya satu tugas yang tidak diduga dan mencabar kemampuan gua sebagai seorang anggota tentera. Namun gua cekalkan hati dan menerima tugasan yang diberikan dengan penuh taat setia. Walaupun sukar, namun demi maruah negara yang tercinta, gua akur dengan segala arahan yang diberikan. Bak kata pepatah Askar Melayu "rela abang mati dulu" atau ringkasnya RAMD.

***

Gua mengambil keputusan untuk berehat seketika sementara menunggu kehadiran pemandu yang akan membawa gua ke PULARIS. Dalam kesempatan itu, gua menyeluk kocek lalu mengeluarkan iphone 6 handphone kebanggan gua ini. Dengan cekap, jari jemari gua menekan skrin sentuh iphone dengan tujuan mencari nombor awek gua.

'Calling Zooey Deschanel' tertera nama awek gua di skrin telefon bimbit berjenama berkenaan. Agak lama menanti, namun tiada jawapan. Lalu gua meninggalkan voicemail untuk beliau. Gua senyum pahit. Untuk pengetahuan kalian semua, awek gua sedang menjalani penggambaran filem 500 days of Winter arahan Razaisyam Rashid. Sweet bukan?. Voicemail berkenaan berbunyi begini.

"When I see your smile, and I know it’s not for me, that’s when I’ll miss you"

ahh gua faking jiwang sial.

gua snap selepas selesai bersenggama dengan awek gua.





p/s: tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau meninggal dunia.bersambung dan pastinya lebih saspen.kehkehkehkeh.









1 comment:

maksurozana said...

terbaeekkklah demang.pasni wat novel okengg??