Tuesday, October 12, 2010

Latihan Keras dan kelas Bahasa Yahudi

Force 136 adalah satu unit lama yang diaktifkan bagi melaksanakn misi misi ketenteraan Top Secret. Tujuan gua dihantar ke unit ini adalah bagi mendapat latihan perisikan bagi membantu angkatan tentera Malaysia dalam membendung anasir anasir paramilitari MOSSAD di Lubnan yang banyak memberi ancaman kepada pasukan militer Malaysia.

Setiap hari gua dikehendaki berlari sejauh 10KM dalam masa 40 minit tanpa gagal. Ini bertujuan agar pelatih pelatih sentiasa dalam keadaan cergas fizikalnya. Penalti akan dikenakan bagi mereka yang gagal mencapai target tersebut. pelatih pelatih yang dikenakan penalti akan menghadapi hukuman yang hanya "Jasni" boleh describe.

Selain latihan fizikal, latihan latihan yang membentuk ketahanan mental juga diterapkan. Setiap pelatih wajib melepasi semua kriteria yang ditetapkan Force 136. Maaf kerana gua tidak dapat memberikan butir butir lebih lanjut mengenai latihan tersebut atas sebab sebab keselamatan. Biarlah ia menjadi rahsia pasukan ini.

***

Gua diletakkan didalam Seksyen Delta yang berkekuatan seramai 5 orang dan bertindak sebagai IC. Ahli seksyen gua terdiri dari Leftenen Syukri dari Kor Semboyan DiRaja- Pakar Komputer, Koperal Shahjunain dari Rejimen ke 8 Renjer Diraja-Sniper dan juga Komando 21 GGK yang akan bertindak sebagai Hitman jika diarahkan, Leftenen Lim Pey Chin Airforce-Pilot dan koordinator bagi segala kenderaan (lebih mesra dipanggil Andre) dan akhir sekali wanita kacukan yang pernah gua katakan, Kapten Melissa Abdullah dari Kor Risik Tempur- sebagai grifter yang berkebolehan tinggi dalam penyamaran dan aktiviti sabotaj.

Apa pula speciality gua? heh sebagai IC gua adalah MASTERMIND bagi setiap pergerakan yang akan dijalankan seksyen ini. Cewahhh.

***

Melissa yang mengadap cermin mengenakan gincu merah ke bibirnya. Beliau kelihatan anggun sekali.Dicapainya beg tangan Louis Vutton yang berada disisi kiri pehanya lalu memasukkan handphone berjenama Blackberry kedalamnya. Malam itu, beliau mengenakan sepasang dress rekaan Zhang Toi berwarna merah serta kasut tumit tinggi sedondon rekaan Jimmy Choo. Memang puas dapat mengenakan busana hasil tangan anak anak tempatan, 1Malaysia katanya.

***

Didalam kelas Bahasa Yahudi, gua serta pelatih pelatih Force 136 kelihatan khusyuk sekali. Masing masing tertumpu kepada lecturer yang sedang mengajar. Kelas Bahasa Yahudi merupakan subjek kegemaran pelatih pelatih didalam unit Force 136 dan merupakan subjek wajib bagi tujuan perisikan dinegara haram Yahudi. Tak salah kalau gua katakan, hampir semuanya fasih 70% dalam bertutur bahasa Yahudi. Agak gampang bukan.

Disatu sudut, kelihatan Kapten Melissa sedang menulis sesuatu dipapan putih. tangannya lincah menulis.skirt pendek yang dipakainya benar benar menyerlahkan tubuhnya yang montok serta kaki beliau yang bertaraf A++. Tak hairanlah didalam kelas beliau pelatih pelatih Force 136 kelihatan bersemangat serta bersahaja.

Mazel tov Melissa!







4 comments:

Kensi Ell Byle said...

Jasni jugak yg top. hahaha

Paan Ovrtd said...

Melissa Kerambit Walinangpidu!

syafiqxsaifullah said...

gua suka ayat nie "Komando 21 GGK yang akan bertindak sebagai Hitman jika diarahkan"

lu buat skrip bebetul.
pastu bg gua pass kat yusop aslam.
bosan gua asyek citer polis buku teks ja dia buat!

hahahahahaha

Дорогой дневник said...

haha... bro... suke aa ngan watak melissa tu, terhbur aq eh...