Tuesday, October 19, 2010

Prinsip Kepimpinan

0500H


Kringg..Kringg..Kringg..Kringg

Bunyi jam loceng mengejutkan gua. Sebagai seorang pegawai tentera yang berdisplin, gua bingkas bangun lalu menanggalkan semua pakaian dan mengenakan tuala yang berwarna merah jambu. Gua duduk sebentar bagi menghilangkan rasa mamai. sambil sambil itu, gua menggeliat menghilangkan rasa lenguh badan. Tanpa melihat, tangan gua mencapai sekotak rokok Dunhill 20 yang berada di laci sisi.

***

Asap rokok itu menari nari di udara. keadaan memang bosan. Didalam Force 136, segala peralatan elektronik adalah haram selagi pelatih pelatih belum menghabiskan segala modul yang ada. Sudah 3 bulan gua berada di unit ini dan masih ada 3 bulan lagi sebelum dilepaskan untuk misi yang pertama. Segala perhubungan dengan dunia luar adalah terbatas.

***

Sambil tersenyum nipis, gua melihat katil. Lalu merapatkan diri ke sekujur tubuh yang masih enak dibuai mimpi. Beliau kelihatan enak sekali menikmati mimpi indah. Gua rapatkan bibir ke telinganya.


"Melissa honey, it's morning dear" bisik gua ke telinga Melissa dengan romantik sekali


Melissa mengeliat kecil. Lalu gua kucupkan satu ciuman ikhlas ke dahinya lalu beredar untuk mandi dan bersiap siap. Didalam bilik air, gua menyanyi dengan penuh keriangan.


WTF gua nyanyi lagu Bunkface dalam bilik air.

6 comments:

MOFASAD said...

nyanyi lagu raja gelek la stail

faqhrule said...

tu bukan melisa ngok! tu mikel!

demang said...

gua tengah mandi junub tuuuu

Paan Ovrtd said...

"Get your hands off my girl" - Good Charlotte

si biskut said...

wujud lagi ker force 136?

Дорогой дневник said...

Haha... suspen je kan ad pompoan baring kt katil... ko ad penyakit 'lust' ke? :P