Saturday, January 16, 2010

Resolusi 2010

selaras dengan umur yang makin meningkat, gua berharap segala produktiviti dan kualiti gua dalam hal hal agama serta pelajaran dapat ditingkatkan. acara-acara ibadah diharap dapat dipertingkatkan seiring dan sejalan dengan umur yang semakin meningkat dewasa.

tak lupa juga, gua ingin lebih bersikap materialistik dengan mengumpul lebih banyak sneakers dan gajet gajet tak tentu hala. Adidas Starwars, Reebok( itu sudah pasti) serta Nike Air Max serta Supra berada dalam wishlist.oh ya, lomo LCA memang seksi. gua terliur.

sehubungan dengan itu, aktiviti mengumpul duit syiling dalam tabung boneka babi mungkin tak akan berlaku langsung bagi tahun 2010. aktiviti berlapar juga mungkin berleluasa sepanjang tahun ini. aktiviti 'mapleying' atau lepak lepak mapley juga nampaknya terpaksa dikurangkan.

***

berkenaan dengan muzik pula, gua berharap tahun 2010 dipenuhi dengan kehadiran band-band yang membolehkan gua berpenetrasi mahupun orgasma. mungkin Metallica mahupun Iron Maiden harus dibuka ruang untuk memasuki arena negara ini, dan lebih banyak 'Yuna', 'Hujan' serta 'Bunkface' dihasilkan oleh penduduk Malaysia yang berkapasiti 27 juta ini. 2010 gua menjangkakan Killeur Calculateur akan bertambah 'hit' serta ditambah lagi dengan AJL 25 yang mungkin setaraf Grammy Award.

secara konklusinya, gua mengharapkan perubahan positif dalam diri serta masyarakat Malaysia. adegan-adegan 3gp dapat dikurangkan serta kemakmuran negara ini dapat ditingkatkan. paling penting, gua mahu Ray Ban Clubmaster untuk hadiah birthday kali ini. Ya, they're strikes back!!

Ray Ban Clubmaster ini melambangkan ketahanan serta ke 'stylo' an gua dalm menghadapi 2010


p/s: 17 hb jan...=)

6 comments:

kudabesi said...

adegan 3gp dapat dikurangkan?

ye..industri 3gp wajar dihapuskan terus.

tak berkualiti..lol

momoc said...

happy birthday..=)

Spoons said...

happy birhday! semoga terus tua di tahun2 yang mendatang dengan lebih lama daripada biasa.

Yuki Yusuf said...

semoga rayban itu dapat membantu memenuhi semua resolusi kau dengan penuh stailo

Unknown said...

happy birthday demang!

teddybiegirl said...

ishk2....
klau btul2 hayati agama tu..
agak2nnya...
hasrat tok membeli sneakers berleluasa bleh dikurangkan...
heheheh...
pikir2 kan lah...