Sunday, January 17, 2010

Derma Darah 1

mata Khairul Zaid tertumpu kepada poster yang ditampal itu. khusyuk sekali beliau membacanya. tak berkelip mata.

"dah 3 tahun aku duduk UPNM ni, tapi sekalipun tak pernah derma darah..." Khairul Zaid bermonolog sendiri.

dalam perjalanan menuju ke kelas, fikiran Khairul Zaid berputar tentang kempen derma darah tersebut. timbul dihatinya untuk mencuba. lama berfikir, akhirnya Khairul Zaid menganggukkan kepalanya sambil menghembus nafas lega.

"kali ini aku mesti cuba..." bisik kata hati Khairul Zaid sambil peluh mula memercik didahinya.

Bersinar-sinar mata Khairul Zaid menandakan semangat yang tak putus putus menjelma. memang taksub, obses gayanya sepanjang hari tersebut.malam itu, Khairul Zaid tidur awal sebagai langkah persediaan untuk menderma darah.

***

nama saja tidur awal, tapi haram bangun tetap lambat. mula lah Khairul Zaid menggelabah. mandi ala kadar sahaja. bedak tak ada, deodoran tak ada, apatah lagi minyak wangi. janji siap.nasib baik sabun ada, kalau tak bau badan memang 'paing' punya.

langkah Khairul Zaid terus ketempat menderma darah.beliau lihat, ramai betul orang membanjiri kawasan derma darah. macam kenduri kendara gamaknya. makwe-makwe Palapes havok betul. timbul pula rasa ghairah untuk beliau menderma darah secepat mungkin.

"cakap banyak tak guna, baik aku terus daftar..." ya, Khairul Zaid bermonolog lagi.

setelah melakukan pendaftaran, Khairul Zaid terus 'placing' ditempat yang strategik. dengan harapan ada makwe Palapes yang akan duduk disebelah beliau. Khairul Zaid berpegang teguh kepada slogan " apa barang awek issue".

nampaknya usaha Khairul Zaid tak sia sia. seorang awek Palapes bernama Syakila mengambil kedudukan disebelah beliau. comel serta ayu orangnya. duduk sebelah Khairul Zaid pun mintak izin. sopan betul, sejuk mata Khairul Zaid memandang Syakila.

dalam pada masa yang sama dada Khairul Zaid berdegup kencang. peluh menyelinap keseluruh tubuhnya. tak selalu ada makwe berada hampir dijarak 1 meter disebelah beliau.

"cilakak, hari ni terlupa pulak pakai minyak wangi 'Brave'..."

Syakila memandang Khairul Zaid, mimik muka lain macam nampaknya. satu kesilapan berlaku disitu. Khairul Zaid, Khairul Zaid. lain kali nak derma darah wangi wangi la sikit.

bersambung



nota kaki: Khairul Zaid belilah minyak wangi oiiiiii...








4 comments:

Ain bintu Amir said...

aiseyh.. ade sambungan plak.. huhu

Unknown said...

kemainnn.siap ada sambungan lak!hahah

-li.zue- said...

siapakah khairul zaid..?
yg tu.aku sorg je kot yg tak tahu.
ahaha

kasi lah sambung cite ni cepat. xD

faramira said...
This comment has been removed by the author.