Wednesday, January 13, 2010

Mee Bandung

Kota Tinggi, Johor.
warung tepi sungai.


"bang, nak order ape?..." pelayan wanita

"apa yang special kat kedai ni?..." soalan pelayan wanita gua balas dengan soalan.

"macam-macam, abang tengok kat menu tu lah..." pelayan wanita muka nak tak nak je jawab.

gua bagi tengok sama menu. semuanya lebih kurang sama je pada pendapat peribadi gua, yang bezanya makwe baju pink depan table gua. goyah jugak lah iman gua. tengok menu pun tunggang terbalik. setelah lebih kurang 30 saat berfikir antara awek atau makan, akhirnya baru gua bersuara.

"bagi saya teh 'o' halia sama mee bandung..." tegas percakapan gua.melambangkan keperibadian seorang pegawai tentera.

"ok, tu je?..." pelayan wanita

"bagi mee bandung kurang mee ye..." sambil memandang muka pelayan sekilas lalu.

apa kejadahnya nak mee bandung kurang mee? hilang akai apa...




5 comments:

naNa.neRRa said...

kurang mee dpt kurang harge x??
hehehe... :D

faqhrule said...

mee udang pulau pinang betul-betul hao lioww

FarhanShahrom said...

pompuan amek order tu da wat muke pelik dah...haha

Rajuna said...

peh.
mee rebus pun sama. gerek!

Aminah said...

mee bndung kurang bandung satu