Thursday, January 7, 2010

Khairul Zaid dan Smookies

kalau nampak lambang Smookies ni, lu orang better cuak.


"Hari ni kita main tackle..." suara Khairul Zaid memecahkan suasana.

masing-masing memerhati segala tindak tanduk Khairul Zaid. tak kira dari segi peradaban, mahupun pakaian, semuanya diteliti. gaya memang up. short 'canter', boot pun mahu canter. sekali tengok ada gaya macam Bryan Habana. memang kelas.

hari ini ada uji bakat untuk junior-junior masuk first team Smookies, pasukan ragbi UPNM. Fakharuddin pun turut serta. gaya memang tak ada langsung macam player ragbi. short bundle, boot pulak jenama Admiral. apa cerita main ragbi pakai boot Admiral?. tak true langsung.

tanpa banyak disuruh, junior-junior yang datang untuk di uji bakat terus berpecah kepada dua pasukan. Khairul Zaid serta beberapa orang rakan rakan yang lain turut serta bermain. masing-masing terus ke posisi tertentu dengan Khairul Zaid mengambil tempat sebagai seorang winger. Fakharuddin ditempatkan ke pasukan yang akan menentang pasukan Khairul Zaid. posisi beliau : Fullback. disebabkan ramai yang sibuk-sibuk nak diuji bakat, maka mereka semua bermain 15.

***
'priiiiiiiiiiitttttttt'. pengadil membunyikan wiselnya. lalu mengarahkan dua pasukan yang bertarung untuk membentuk posisi scrump. Khairul Zaid mengarahkan pasukannya bersedia. terserlah leadership skills beliau yang diasah sejak dari tahun asas lagi. tak sia sia kena taji dengan Bukhari dulu.

"ours" bisik hati Khairul Zaid menandakan scrump tadi dimenangi oleh pasukannya. larian separa pantas dibuat oleh Khairul Zaid.terserlah otot-otot kaki beliau yang tidak berbulu itu.
bola ragbi tersebut dihantar ke pemain posisi line. satu persatu sehinggalah sampai ke tangan Khairul Zaid. gerakan diatur, larian pantas, jigging tak dilupa. tangan liar menolak pemain pasukan lawan. tinggal semeter lagi untuk melakukan try. langkah larian penuh yakin dilakukan Khairul Zaid. asyik sekali jikalau anda melihat gayanya.

'bedebukkkkk'. satu terjahan keras dikenakan. Khairul Zaid tertewas akibat satu tackle yang keras serta padat disitu. bola dirampas pemain lawan. khairul zaid terpinga-pinga sebentar lalu beliau memerhatikan siapa yang melakukan tackle tersebut.

"fakharuddin" hanya itu yang mampu diucapkan. kecewa nampaknya beliau.

di suatu sudut yang lain, kelihatan Fakharuddin tersenyum simpul atas kejayaannya melakukan tackle terhadap Khairul Zaid. sambil berlari-lari anak, Fakharuddin menjerit kepuasan.



p/s: kalau player ragbi luar yang baca entri ni, baik lu orang jaga-jaga.hooo haaa



12 comments:

faqhrule said...

gua tak berapa into dengan scene rugby

maEL said...

gua dah bersara..dulu zaman sekolah boleh laa..dah besar ni kena fikir masa depan, karang main ragbi teruk-teruk tak boleh perform di ranjang nak jawab apa dengan bini? kehkehkeh..

-bekas inside centre NS Wanderers-

Cik LeYha~~~ said...

kesian khairul zaid. hahha

feez said...

ahh mael. lu 'besar'. kecohh.

kudabesi said...
This comment has been removed by the author.
kudabesi said...

aku dlu masa junior lg teruk, main ragbi pakai kasut sukan lg..

lepas tu pakai suar panjang..sbb suar ragbi mahal sangat..

kira fakharuddin..x truk sgt la.

btol weh, main ragbi x syok. main x box lg syok haha

cikot said...

mael ~ lu maen ns wanderers, power siot team tue .. kekekeke

Gua cuak gak ngan smookies, sebab lu orang dtg naik lori askar.

.millalara. said...

ohh.. sumpah teruja melihat insan2 yg bermain ragbi... sedap.. haha.. boleh??

noin said...

cuak ohh tgk org men ragbi. tatau la nk kate dorg ni samade nk main ataupon nk dok gasak org len. peh! hihi

Sang Harima said...

Ragbi?? sekolah gua femes dengan ragbi. Gua asyik duk kutuk cikgu ragbi..

Aminah said...

gua men konda kondi je

azman said...

ini ragbi main 2 org saja ka?