Thursday, November 5, 2009

Sehari Tanpa Outing 3

hari-hari minggu pekena sate, memang kick.


dekat UPNM atau mane-mane institusi ketenteraan, apabila 'sangkakala' dibunyikan, gua dan rakan-rakan kadet akan 'freeze'. lebih kurang dalam 2 minit jugaklah, maybe kurang kot. budak-budak civillian cakap, budak-budak askar ni pandai buat freeze prank. apa budak-budak askar ni lawak sangat ke?

gua panggil 'sangkakala' ni tuang-tuang, tapi orang kampung gua panggil trompet. kat UPNM ni sorang je yang pandai tiup benda alah ni. name die Salleh. putih kemerah merahan kulit die. badan pun sedap-sedap, orang Sarawak.

Salleh ni dia punya rajin lain macam. so gua ingat mahu kasik test sama Salleh. gua bagi call itu jam jugak. gua ingat nak pekena sate.

"stap, gua nak sate. lu tolong beli boleh" gua cakap dengan ketat sekali, tak ade salam-salam.

"boleh-boleh. lu bagi duit, gua beli" Salleh pun dah pandai guna gua-lu sekarang.

gua sediakan duit cukup-cukup untuk 3 orang makan. tak dilupa nasik impit sama dengan air botol. duit gua maen lempar je kat Salleh. biadap betul. Salleh balas balik dengan renungan tajam. gua perasan ade semangat 'adi idup agi ngelaban' disitu. gua ambik langkah berhati-hati berhadapan dengan Salleh. silap percaturan makan penampar Salleh jawapnye.

***

sate sampai dalam sejam lepas tu. Salleh kate sate kena pow 3 cucuk dekat guard room. gua tak amek port sangat pun. balen gua bagi Salleh terus. tanda terima kasih.

hari tu gua dengan member-member memang sedap pekena sate. makan sorok-sorok. cuak jugak ade yang mintak-mintak. sambil-sambil makan, gua dengan member kira-kira balen yang sepatutnya tinggal. gua syak Salleh mark up dalam dua tiga sen, sama sate 5 cucuk.cilakak, kate 3 cucuk je. marah betul Salleh kat gua nampaknye. tapi takpe, gua kira sedekah je dekat Salleh.

***

10.30 malam menandakan tiupan sangkakala akan bergema, gua dah get ready nak bagi freeze satu badan. bila bunyi je sangkakala, gua rasakan bunyi dia tak semerdu macam hari-hari biasa. bunyi dia betul-betul malas. melantong hangit punya. dalam hati gua berkata:

"kenyang sangat kau pekena sate ni Salleh"

9 comments:

Kensi Ell Byle said...

aku agak bukan guard room yg bantai 3 cucuk tue. tapi salleh...
nak niup sangka kala pon semput dah..
hahaha...

acha said...

cilakak mang, mamam sate x ajak aku seh....

Ain bintu Amir said...

haish. tegode lak dgr sate2 neh..

Siti Nur Aminah said...

makan sate bole lari pitching tiup trompet ke?

Siti Nur Aminah said...

nsib dia xsendawa sekali

sharamli said...

makan bismillah x?

demang said...

cik leyha- gua syak salleh yang makan pasal die letak sate dekat bonet. kalau letak depan maybe gak pak gard nampak

acha-gua xajak tokey nasik lemak

noin-lagi tergode lepas makan

aminah-pitching lari woo pasal kenyang dengan hati senang

sharamli-gua makan baca bismillah bukan makan bismillah.hhehehe

Anonymous said...

oke..apakah itu 'adi idup agi ngelaban?'smgt apakah itu?

.millalara. said...

time bc pasal salleh tiup2,, tetiba teringat kat cerita pndekar bjg lapok yg part antu tiup trompet kat kubur tu... hoOOoooo~~~~~ *apakah?*