Sunday, October 25, 2009

Sehari Tanpa Outing 2 (mimpi basah)

gambar saje gua bagi panas fans Liverpool.

gua malas sebenarnye nak cerita apa pasal gua tak boleh outing lagi. kalau lu orang tanya, gua cerita guna tangan je. kasik grip leher bagi stone cold stunner satu. hati panas rasa nak beradu kekuatan je. bagi mengelakkan gua marah-marah atau menghabiskan tenaga dengan bergusti lengan, maka gua kasik pekena milo ais. gua buat sendiri, milo gua taruk 5 sudu. milo gua pow junior rumah punya, takde bincang-bincang. gula tarak letak, apatah lagi susu isian pekat manis F&N. gua kacau bancuh bagi sebati. boleh tahan pekat dia. gua sure sembelit boleh berlaku dalam 2-3 hari lagi.

gua pergi laptop, pasang lagu-lagu metal. gua selitkan jugak lagu lagu rock kangkang serta irama pop yeh yeh dalam treklis gua. mana lagu yang sedap, gua ikut nyanyi ala kadar je. lirik mana yang gua tau, gua sebut. yang mana gua tak tau, gua buat-buat tau je lirik, sebut bagi bunyik dekat-dekat sudah. gua baring-baring dengar lagu. gua bagi golek kiri kanan.

***

"suasana di Anfield begitu tegang sekali, Manchester United dan Liverpool terikat satu sama didalam minit-minit kecerderaan ini. masing-masing berusaha untuk meraih tiga mata. tinggal satu minit lagi masa kecederaan. giggs membawa bola. cantek disitu, oh gerakannya berjaya melepasi pertahanan Liverpool, lorongan diberikan kepada Owen. gerakan bijak Owen menggelecek benteng pertahanan Liverpool, satu dua disitu dengan Berbatov. kembali kepada Owen, bahaya disitu, sepakan dalam kotak penalti dan GOAAAAAAAAAALLLLLLLLL"

***

gua tersedar dari dari tido. perghhh mimpi memang bagi bakar budak-budak Liverpool lah. kahkahkah.gua tersenyum puas bagaikan suami yang kepuasan setelah berjimak dengan isterinya.puas bai puas.

Gua predict Manhester United menang dengan Liverpool 2-1. amacam fans Liverpool?



p/s: malam ni gua bagi penuh cafe, bawak ape yang patut. kate die hard fans man u kan. gua pikir mahu bawak bola pantai.

9 comments:

siggplus said...

bawak la bola pantai..gua takut lu sedih nanti..tak pasal2 guna tanduk setan merah cucuk bola pantai tu..tanda kecewa kekalahan..hahaha

YNWA

Siti Nur Aminah said...

kt tgok..the reds or red devils mng mlm ni...pntg btul..eh gua pon cm lu..xthu lirik bg bntai sdp bnyi je..asal match da

demang said...

gua baru pegi pasar tadi. beli stiker liverpool satu. kasik tampal kat bola pantai. gua ingat nak bagi kat budak2 liverpool.

gua dah siap pakai bandana, baju, topi, jam kasut seluar semuanya manchester united.hatta baju kalis peluru pun manchester united.gua kasik tampal setiker.amacam? hardcore kan

untuk bdk2 liverpool ni mesej untuk anda.

"you'll never win again"

siggplus said...

aku tahu kau jeles dengan liverpool sebab kau orang tak ada motto yang menarik..

hanya setakat glory glory man united..heh tak bermakna langsung..haha

demang said...

jeles tu ada jugak lah. itu pasal gua bagi tagline yang paling sesuai untuk liverpool.

lu bet 2-1. lu bet?

-li.zue- said...

mu vs liverpool
2-1.
terbaeeek!

demang said...

wah ade glory jugak disini.
salam manhester untuk lu -li.zue

Nathalia said...

tetap glory2 man utd!~

ashraf sahdan said...

kehkehkeh...mimpi lu mmg tak boleh pakai..YNWA!