Wednesday, October 21, 2009

Khas untuk 'anak-anak' kalian.

" nak, belajar betul-betul. bila besar nanti masuk universiti, dapat kerja bagus-bagus. jadik orang kaya, boleh tolong mak dengan abah ni"

pernah kau mengalami peristiwa berkenaan?

aku pasti setiap dari kita pasti pernah dinasihati sebegini rupa. bagi aku, ini cara yang begitu tradisional. cara yang terlampau selamat. mungkin ini cara mereka, cara orang 'dahulu'. seperti biasa, bila besar mesti jadi doktor, bila besar jadi engineer, bila besar jadi askar, bila besar jadi pegawai kerajaan. statik, tiada perubahan minda.

bagi aku, pelajaran bukanlah segalanya. pekerjaan bagus juga bukan segalanya. manusia terlalu disogokkan dengan sikap materialistik, mementingkan pangkat, rupa dan segala-galanya yang bersifat fizikal. sesuatu yang tidak akan kekal buat selamanya. penyakit jiwa yang semakin membarah didalam jiwa masyarakat, yang sampai kini tidak dapat diubati.

mungkin aku sendiri, atau kamu semua perlu merubah atau mengubati penyakit jiwa ini. kalian boleh mulakan dirumah sendiri. ubah cara pemikiran kamu. penuhkan diri kalian dengan imaginasi kreatif serta sesuatu yang berada diluar comfort zone. pelajaran sahaja yang tinggi tidak membawa apa-apa makna jikalau anda semua mempunyai taraf pemikiran lebih rendah dari seorang kanak-kanak. ini mesej yang anda semua boleh sampaikan untuk generasi seterusnya.


"nak, belajarlah serta berusahalah sebaik mungkin. bukannya untuk kami, untuk kamu, menghadapi hidup. ceburilah apa bidang yang kamu kehendaki, kami sedia membantu kamu. tiada halangannya buat kamu.asalkan ianya tidak lari dari nilai-nilai murni yang diajar oleh kami. agar kamu gembira serta bahagia dengan apa yang kamu lakukan nanti"

aku yakin,dengan hanya setitis kasih sayang dan ditambah magis cinta, semua kekusutan serta permasalahan dapat diselesaikan. ubati lah penyakit jiwa masyarakat, sebarkan kasih sayang serta cinta sesama kita. anda patut merubahnya!

7 comments:

aminah said...

wow..sejak bile anda berubh jadi pakar motivasi ni

bibie_boodyn said...

ha...this is what u were thinking about??think..think..is good for our future....

faqhrule said...

pertamanya, entri paling intelektual dalam blog lu.

gua pernah cakap macam ni
" jangan ingat keputusan spm korang cemerlang, jamin hidup kau cemerlang, belum tentu kawan!"
watu dapat result spm dulu. sebenarnya gua jaki dorang dapat a berbaris

demang said...

aminah-pakar motivasi? oh tidak, maybe gua lebih bersifat "kritis" kali ini.

bb-our?

faqhrule-mungkin kau dan aku boleh mewakili serting dlm acara pemikir bebas peringkat negri sembilan.

-li.zue- said...

ni ayat ikhlas drpd hati.

rase mcm maw copy.
simpan ntuk cucu-cicit! =)

demang said...

ya memang ikhlas
berdasarkan pengalaman sebenar

fievelski said...

nilai keintelektuilan entri ini x dapat disanggah lagi.

macam ko kata, tak guna belajar tinggi-tinggi tapi pemikiran mengalahkan budak2.