Sunday, June 26, 2011

Kisah Seorang Penyokong Manchester United Yang Ego.

Lokasi Wangsamaju

Kuala Lumpur hari ini hujan. Lama rasanya tak hujan sebegini, dan suasana amatlah ideal untuk mentelaah barang secawan dua teh tarik. Setelah berfikir selama 5 saat, aku mengambil keputusan untuk ke mamak secara solo. Jenis jenis lelaki kental memang rilek sahaja kalau pekena teh tarik tak berteman, tapi kadang kadang hati pedih jugak melihat pasangan lain berpegangan tangan. Cewah.

***

"Anney, teh tarik kurang manis satu!" lantang dan tegas aku bersuara.

"Wokey, makan?" tanya pelayan kedai mamak tersebut.

"Makan tarak, minum je" sekali lagi suara yang lantang dan tegas kedengaran

"Ha lagi satu,jangan lupa tulis" aku menyambung lagi

Mendengar nasihat yang diberikan itu, anney tersebut terus memberikan pandangan paling tajam yang pernah aku perhatikan. Mungkin tidak berpuas hati apabila diingatkan agar menulis order yang telah aku utarakan. Sombong betul anney tersebut apabila ditegur, macam mana Bangladesh nak maju jikalau tabiat sebegini yang diamalkan.

Dihadapan meja aku ada 2 orang brader yang sedang berbicara tentang politik. Gaya mat belia nampaknya, tapi sembang ada wawasan. Salah seorangnya memakai jersi Barcelona, bercermin mata dan berkumis nipis. Aku usya atas bawah atas bawah. Brader jersi Barcelona kelihatan rimas dengan perbuatan aku itu.

***

Sedap teh tarik dikala waktu sejuk macam ni. Sambil sambil tu juga, aku ambil kesempatan untuk menghisap rokok. Rasanya, tak manis pula dipandang orang jikalau minum teh tarik tanpa menghisap rokok. Kali ini rokok jenama Dunhill dan berperisa mentol. Apa ada hal dengan menthol ye dak.

Sedang asyik menikmati teh tarik featuring dunhill menthol, tiba tiba brader jersi Barcelona bangun dan menanyakan satu soalan.

"Bro, Seksyen 1, Wangsamaju kat mana?" ringkas soalannya

Aku tersenyum simpul. Jaga kau brader jersi Barcelona.

"Sori la bro. Saya bukan orang sini, cuma seorang perantau yang mencari sesuap nasi dikota maksiat" jawab aku sebagai tanda tak tahu

Brader jersi Barcelona kelihatan kecewa. So terpaksalah brader jersi Barcelona bertanya dengan insan insan lain. Menggelitik gaya beliau akibat kesukaran untuk mendapatkan jawapan.

***

Sambil disuatu sisi yang lain, kelihatan seorang lelaki tersenyum puas. Senyum sampai ketelinga.

"Ha pakai baju Barcelona lagi, Seksyen 1 Wangsamaju depan tu je bai...KAH KAH KAH"

No comments: