Friday, June 24, 2011

Kisah Makwe yang di Rahasiakan Namanya.

Lately aku tak selalu sangat approve orang yang add aku dalam fesbuk. Aku takde reason yang kukuh berbuat demikian. Kalau ada yang aku approve pun mungkin mereka mereka yang bergiat aktif dalam scene basikal atau scene buku. Kadang kadang terselit juga sorang dua makwe yang aku approve, itu pun atas dasar buah dada yang melimpah ruah. Enough said.

Tapi satu hari ni, ada seorang makwe yang boleh tahan cun nya add aku beserta satu kali mesej.

"hai hfz, blh berkenalan? :)" Nama beliau aku rahsiakan.

Peh solid dia punya mesej. Bagaikan kucing yang laparkan seekor ikan, aku kasik approve makwe tu. Lepas tu aku kasik usya sikit gambar gambar dalam profile dia.Tak sampai 5 minit makwe yang dirahsiakan namanya kasik 'hai' satu kali kat chatbox aku.

"Amboi makwe ni, betul betul berminat nampaknya"

Hati aku tersenyum riang sambil menaip 'hai' beserta ':)' untuk makwe tersebut.

"Awak ni study UPNM kan. Kadet ke?" makwe tu reply, tang kadet tu aku dah rasa something fishy.

"aah,kenapa ya?" jawab aku ringkas. Layankan je.

Aku teruslah melayan makwe tu adalah dalam 15 minit lagi. Banyak juga persoalan dunia dan akhirat yang dilontarkannya. Dari politik, ekonomi serta hubungan laki bini turut dibincangkan. Handal betul makwe ni bab bab hubungan laki bini. Lepas habis sembang pasal laki bini dia tanya lagi soalan.

"I nak tanya sikit, u kat UPNM tu perbelanjaan cukup tak?"

Sekali lagi soalan berbentuk ekonomi dikemukan. nasib baik tak susah nak dijawab.

"Ermm, ok lah. Kadang kadang cukup, kadang kadang terkurang, kadang kadang terlebih" lebih kurang je jawapan aku.

"oh kalau macam tu cuba tengok link ni www..shsjdcjhdsjdjs..kita bagi peluang kat sesiapa pun nak cuba. rugi kalau tak tengok. belum cuba belum tahu tau" reply makwe tersebut.

aku try bukak link tu dan terus tak reply reply mesej si makwe.

***

Aku pergi ke profile makwe yang dirahsiakan nama dan klik 'unfriend'.
Bab bab bisnes klik facebook boleh dapat RM100 memang boleh pergi mampos.

5 comments:

Setelus Hati Zinnirah said...

ahaha.. bkn versi awek cin je.. wersi balak hensem pun ade yg mcm tu.. huhu

ashraf sahdan said...

kah kah kah. win!

BOURNE said...

woowoo..mlimpah ruah!haha

Kensi Ell Byle said...

hambek...sekali mlm derrr..hahaha

Дорогой дневник said...

Die ingat ko x ckup makan kt upnm tu, sebelum unfriend, awat x bagi pelempang kt makwe tu? haha~