Sunday, November 21, 2010

Subculture dari Kaca Mata Anak Muda

Kalau kau perasan atau tidak, setiap negara pasti berdepan dengan subculture yang majoritinya didokong oleh golongan remaja. Kalau di England mereka ada skinhead, Amerika mereka ada hippies which is subculture tersebut diadaptasikan dari nature dan environment negara tersebut. Aku tak mahu bercakap pasal subculture seperti skinhead, punk atau hardcore yang datang ke negara ini kerana kau boleh googlenya. Aku lebih tertarik kepada subculture yang lahir secara semulajadi dalam Malaysia tanpa/kurang pengaruh mana mana subculture luar.

Aku bahagikan subculture yang wujud dimalaysia kepada 3 era.

***

Era Mahathir Wawasan 2020

Subculture yang popular dimasa ini adalah budaya bohjan dan bohsia. Mana mana remaja yang hidup pada zaman ini sememangnya familiar dengan dua perkara ini. Aku tak pasti apa definisi sebenar bagi bohsia dan bohjan ini. Namun satu yang aku pasti, golongan ini gemar melakukan seks bebas, bertukar tukar pasangan dan berparti liar. Maksud liar dari pengamatan aku, bukanlah parti mereka berpakaian fancy atau crowd yang hadir itu cantik dan kacak, tetapi lebih kepada parti sesama mereka. Venue tertumpu dirumah sewa, jeram jeram atau sekali sekala di tempat awam seperti taman tasik permaisuri. Masa masa ini, nasihat ibu bapa mesti berbunyi

“belajar rajin rajin, tak mahu bila besar jadik bohjan/bohsia”

Era Pak Lah Islam Hadhari

Era islam hadhari yang bagi aku bermula anjakan paradigma golongan subculture di Malaysia. Era ini memperlihatkan subculture dikalangan remaja satu perkara yang dominan. Remaja remaja baru hendak matang melihat subculture ini sebagai satu perkara yang cool, meningkatkan pergerakan adrelin dan juga menggabungkan antara hobi serta fashion.

Subculture yang dimaksudkan adalah mat rempit. dilihat sebagai satu golongan subculture yang memperbaiki apa yang kurang pada golongan bohsia dan bohjan. Penambah baikan yang “cukup rasa” sehingga mereka dilihat sebagai satu subculture yang hamper sempurna. Sempurna dari erti kata, rebel, sukar disekat perkembangannya serta mampu “menjentik hidung kerajaan”. motor kapcai merupakan tiket utama untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertai golongan ini. Tukar ekzos bunyi letup sedikit, seluar potongan carrot, dan loafer harga ekonomi sudah cukup untuk kau diterima dalam golongan ini.

Bagi mereka yang digelar orang lama dalam scene rempit ini,selalunya mempunya citarasa yang sedikit up. Honda ex 5? Apa barang. Aku ada tengok movie rempit yang diarahkan oleh anak Yusof Haslam, tak patut betul otai dalam filem itu pakai superbike. Tak true langsung. Sebetulnya otai otai dalam scene rempit menggunakan RXZ sebagai instrument utama dalam memperjuangkan pergerakan rempit ini.

Namun ada juga usaha usaha yang dilakukan golongan rempit bagi mewujudkan persepsi sihat terhadap mereka. Bermain kompang dan bertandang ke kenduri kendara dilihat antara usaha yang paling giat dilakukan ketika ini.

Era Najib 1 Malaysia

Aku malas nak cerita. Sambung lain kali boleh tak?

3 comments:

ashraf sahdan said...

kah kah kah. macam setan. subculture yang entah apa benda perjuangan pun gua taktau rempit tu.

Anonymous said...

aku tau.era subculture tepi pavilion and comolot umpama malaysia new york.

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

teringat zaman gua rempit-rempit dulu skrg dah tobat