Thursday, December 9, 2010

Cafe dan Ketuanan Melayu.

Di 'unit' gua terdapat 2 buah cafe. Satu darinya diusahakan usahawan Melayu bumiputera dan satu lagi dimiliki usahawan mamak.

Cafe mamak berdekatan dengan kolam. Bersempena dengan kedudukannya yang berhampiran dengan kolam, maka cafe yang diuruskan usahawan mamak ini lebih dikenali sebagai 'cafe kolam'. Harga makanan sedang sedang dan perkhidmatan pantas.

Cafe yang diusahakan oleh usahawan melayu pula amat dikenali dengan masakan ala carte yang super lembab dan banyak kes terjadi setelah 40 minit hingga 1 jam menunggu barulah si tukang masak mengatakan "dik, nasik goreng kampung dah habis". Kata orang, jawapan palat sebegini boleh menimbulkan aksi tempur tanpa senjata. Harga pula memang fucking mahal. Itulah sebanya cafe ni lebih dikenali sebagai 'Cafe Yahudi'.

Bermula dari semalam, gua mendapat sebuah konklusi. "perut lapar tak mengenal erti ketuanan melayu, perkhidmatan pantas lebih diutamakan". 3 kerusi gua terajang tanda protes.

2 comments: