Monday, October 4, 2010

PULARIS (James Bond)


Julai 2015, PULARIS(Pusat Latihan Perisikan Tentera Darat)


"Tuan, segala peralatan tuan sila simpan disini." seorang Lans Koperal dari Kor Risik meminta gua untuk berbuat demikian.

Latip nama beliau. Orang Bachok Kelantan katanya.

Gua akur, lalu memberikan semua peralatan seperti beg, majalah Maskulin, kordial sarsi serta apa apa yang patut kepada Lans Koperal berkenaan. Tak banyak bunyi orangnya, mesti jenis dekat sekolah sikat rambut belah tepi. Jerawat pun tak habis tumbuh.

"Tuan, prosedur disini juga menetapkan telefon bimbit dan dompet mesti diserahkan." lagi sekali Latip bersuara.

"What Corporal, are you fucking kidding with me?" gua ter speaking separa menjerit akibat permintaan luar tabii Lans Koperal Latip.

"Kamu patut buat seperti apa yang diminta Kapten" satu suara menerjah gua dari sudut 270 darjah.

Gua berpaling kebelakang untuk mengesan siapakah yang bersuara tersebut. Gua lihat, seorang pegawai berpangkat Leftenen Kolonel berdiri sambil tangan kanannya memegang sebiji cawan.Lantas gua memberikan satu salute kepada beliau. Namun hanya satu senyuman sinis diberikan kepada gua.

POWWW!

Satu hentakan padu berkekuatan 50 horse power dikenakan terhadap tulang belakang gua. semuanya berlaku sangat pantas sedar sedar muka gua sedang sujud menghadap bumi.Tangan gua diikat serta mata gua ditutup. Pandangan terakhir gua adalah Leftenen Kolonel misteri tersebut sedang menghirup air yang berada di cawannya.

Gua betul betul dalam keadaan dumb fuck dan lemah. Apakah nasib gua selepas ini?

4 comments:

Paan Ovrtd said...

You're fucked.

demang said...

yes i am fucked up!!!
tapi takpe, gua mesti ade penyelesaian

Jef Hadi said...

lu kena bawak pegi funfair.

haha.

zaffar said...

Haha... padan muko kau...