Tuesday, October 5, 2010

Markas Operasi


"Aah faking, gua screwed up" gua bermonolog sendiri.

Pergelangan tangan gua digari, mata ditutup dan hanya deria pendengaran sahaja yang berfungsi. Pergerakan gua terbatas kerana gua dikawal oleh entah berapa orang manusia. Lengan gua di grip kemas, mulut gua ditampal selotep. Hanya langkah langkah padu yang kedengaran. Mungkinkah ini penjara Abu Gharib versi Malaysia?

***

"Bawa dia ke markas operasi" satu suara memberi arahan.

Walaupun sayup sayup bunyinya, tapi gua pasti itu adalah suara Leftenen Kolonel misteri berkenaan. Sekali lagi gua diselubungi seribu satu pertanyaan. Perasaan sangap rokok juga timbul ketika itu. Alangkah baiknya jikalau bibir gua dapat mengepit sebatang Dunhill ketika itu. Bertambah enak jikalau dihidangkan sekali bersama cupcakes Wondermilk.perghh pancut sial.

***

"lepaskan dia"

Satu persatu benda benda yang membelenggu gua dibuka. Bermula dari gari, selotep dimulut dan akhir sekali kain yang menutupi mata gua ini. Pandangan gua kabur dan cahaya yang silau meyakitkan lagi mata gua ini.

Setelah beberapa ketika barulah pandangan mata gua kembali pulih. Di hadapan gua berdiri seorang gadis mulus yang gua syak berdaruh kacukan. Perghh padok sungguh tubuhnya. Hati gua berdegup kencang melihat keadaan sekeliling. Apakah semua ini?


3 comments:

Paan Ovrtd said...

Apa nerakanya semua ini demang? Apakah nerakanya??? Apakah ini suatu cubaan kau bagi menggagalkan paper Kemahiran Hidup aku dalam PMR ini???

demang said...

ini semua adalah perjalanan gua didalam unit Rejimen ke 19 Askar Melayu diRaja. dimana pada ketika itu gua telah dipanggil ke pusat latihan perisikan tentera darat untuk melakukan persiapan sebelum bergerak ke lebanon bagi misi keamanan. apakah tujuan barisan tertinggi tentera darat memanggil gua ke PULARIS? mengapakah gua berada di markas operasi. segala persoalan akan terjawab pada entry seterusnyaaaaaa

shams said...

sebab kamu da qualified n layak tuk berada di situ...
congrats tuan....!!