Sunday, December 6, 2009

Latihan Baca Peta.

"memang letih latihan baca peta ni..."

itu sahaja yang khairul zaid mampu katakan. itu pun teriak beliau dalam hati. siang malam khairul zaid dan seksyennya terpaksa menempuh keadaan muka bumi Jugra yang mencabar. sawit, getah, bukit bukau, dusun durian, kebun sayur cakap apa sahaja, semua telah dilalui khairul zaid dan seksyennya.

misi mereka mesti sampai ke setiap checkpoint yang telah ditentukan. khairul zaid yang bertindak sebagai ketua seksyen mestilah memastikan anak-anak buah beliau dalam keadaan selamat. ada 7 semuanya anak buah khairul zaid, dan beliau lah yang paling senior diantara mereka. campur khairul zaid, ada 8 semua sekali didalam satu seksyen.

berpandukan prosedur yang telah ditentukan, khairul memberikan setiap orang nombor. bermula dari dari satu sehingga 8. beliau adalah orang yang ke 3. apabila khairul zaid menyebut " nombor " sahaja, seara auto anak-anak buah beliau akan menyebut nombor masing-masing.


****

telah 6 checkpoint telah dilalui oleh khairul zaid dan seksyennya, checkpoint ke tujuh berada dirumah api di diatas bukit Jugra. dahulunya ada kem komando dekat situ. banyak juga cerita-cerita seram pasal bukit Jugra dan rumah api tersebut. khairul zaid persetankan semua itu, digagahkan juga perasaannya. kata senior, semua mestilah paling mantap.

beliau membawa anak-anak buahnya mendaki bukit Jugra tersebut. keadaan gelap gelita ketika itu. masing-masing ingin cepat sampai dan menamatkan misi gamaknya. sambil mendaki, mata khairul zaid meliar memerhatikan keadaan dipersekitaran. styer aug berada ditangannya digenggam erat, bimbang berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. peluh tak usah kira, bau badan serupa kerbau.

tiba-tiba khairul zaid rasa tak sedap hati, badan beliau meremang tiba-tiba. namun segala perasaan tak baik beliau tangkis. untuk menyedapkan hati, beliau menyebut "nombor" separa menjerit.

mendengar sahaja khairul zaid menyebut " nombor " secara auto anak-anak buah beliau menjeritkan nombor masing-masing. termasuk juga khairul zaid. 1...2...3...4...5...6...7...8...lega hati beliau apabila kelapan-lapan orang termasuk beliau didalam seksyennya cukup. baru sahaja hendak menghela nafas lega, tiba -tiba...9...satu suara menyebut nombor ke sembilan. hati khairul zaid berdegup kencang, muka beliau mungkin sudah sedikit kebiru-biruan. siapakah orang ke 9?

air suam-suam panas laju mengalir dari seluarnya. khairul zaid terkencing ketakutan.




7 comments:

Siti Nur Aminah said...

weh...jgn bikin serm weh..aku duk sorg ni da cuak2 da

Rona Realiti said...

masa aku dlm board...
kolonel tu gelak bila aku ckp styer aug...
dia boleh ckp ada ke nama senjata mcm tu...!?
what the heck...!?

Anonymous said...

ko dah pandai buat suspend story ...

Anonymous said...

latihan gne kompas pun memeningkn gk..heh.. :D

demang said...

aminah- cerita betul.

rona-board saje poyo2.hehe

cikot-baru belajar nih.

rara-susah rara.sies



p/s: busy latihan ketenteraan

Kensi Ell Byle said...

aku benci kalo kene buat pandu arah time lthan medan kat hulu langat tue.nak2 syeksen aku ade YO2 cam cilaka x nak potong jalan....
last2 sesat...pdn muke masing2. hahhaha...

Ain bintu Amir said...

woah. seram2~