Sunday, December 27, 2009

Borak 'kaya' di Pavillion.

Food Republic, Pavillion.

gua dengan alip tunggu member sorang lagi, Sang nama dia. macam celaka lambat. berlendir dulu ke hape. sambil sambil tunggu, gua kasik pekena nasik lauk pari bakar. alip pulak nasik lauk pari asam pedas. memang champion betul bidang pemakanan ni. tapi masa order gua tak cakap ikan pari, gua cakap stingray. gaya kan.

***

sesampai je Sang ke meja makan kami, gua tanpa berdolak dalik terus kasik 'hai' sekali. malu-malu je jantan tu. tanpa membuang masa, kami terus berborak borak style orang kaya. borak-borak gua bersama alip, sang dan gadis-gadis banyak berkisar tentang jenayah, budaya hidup yang tak keruan serta lawatan sambil belajar Najib ke amerika syarikat. dalam hati gua "ape kejadahnya semua ini?...tak rock langsung". lalu gua mengambil keputusan untuk bagi twist topik perbualan hari itu.

" lu ada duit lagi tak, jom kuar duit" pertanyaan cepu emas gua.

"aku baru lepas balik TAHA ni" jawap jantan Sang berterabur.

mula mula gua suspek TAHA ni hotel bertaraf murahan area kuala lumpur. mungkin Sang sangap sampai tersalah jawap. tapi gua tak mahu membuat penghakiman awal. gua lontarkan soalan seterusnya.

"TAHA apebenda bai?..." tanya gua.

"tabung haji la, keluar duit rm600" ringkas serta padat jawapan Sang, sambil membuat mimik muka mintak pelempang.

terkesima dengan jawapan angkuh serta bajet 'kaya' tersebut, membuatkan gua merangka strategi untuk membahan Sang balik. lalu gua melontar soalan seterusnya.

"gua lepas ni nak pergi KOTE bai..." selamba je keadaan gua.

semua senyap,buntu malahan gua syak masing-masing khuatir dengan posisi nafsu gua. gua duduk silang kaki sambil memperhatikan wajah-wajah buntu alip serta sang dan gadis gadis. lalu gua bersuara.

"lu ingat apa?...KOTE tu koperasi tentera lah"

gua buat muka bongkak sambil minum air oren. alip dengan sang kasik karate sama meja. gadis-gadis pula membetulkan bra masing masing. gua tersenyum sinis melihat gelagat kebudak budakan mereka.





8 comments:

Siti Nur Aminah said...

KOTE habis..cis..hahaahh

Sang Harima said...

haha.. Caya, lu punya short form..!

siggplus said...

bra jenis apa?saiz apa?

spesifik lah sikit

hahaha

Kensi Ell Byle said...

melmpau shortform lu...huhu

Anonymous said...

gua da gigil dengar kote. cibai ah lu. hahaha.

demang said...

aminah-bleh prektis kat adik lu.btw..heppi belated birthday..

sang harima-spontaneous.

siggplus-gua benda2 bidaah mcm tu tak amek port..haha

cik leyha-rotu kena try cakap sket kat stap xpon offier korg..hehe

gadissebelahpintu-rilek2, takde sape dirogol disitu k..

Ain bintu Amir said...

haha saba je la.. penangan shortform terlampau.. hihi

Mie Master^G said...

salam hinggap...
saspen gak lu punya borak kaya di pavillion tu...huhuh