Sunday, November 1, 2009

Port Baek Punya


masa gua kecik-kecik dulu, port-port lepak memang banyak. dari kandang kambing Cik Along, tapak masjid yang tak jadik-jadik sampailah ke stor baja dekat dengan kolam belakang rumah gua. taraf-taraf port ni memang tinggi, hanye padre-padre yang boleh lepak tempat ni.

pemilihan port -port ni yang juga markas operasi mengambil kira beberape faktor, antaranya 'punca air', pokok-pokok buah dan juga keistimewaan kawasan tersebut yang tak terdapat dekat tempat lain.


kandang kambing cik along

ni adalah port lepak pertama yang berjaya diteroka oleh anak-anak muda kuaters felcra ayer hitam. die punya meriah port ni tak payah cerita, petang-petang je budak-budak dah berkumpul kat area ni.budak-budak datang dari seluruh pelusuk kampung.

port ni feymes dengan aktiviti maen kejar-kejar dengan kambing, mancing dekat parit, tak pun jadik buruh paksa tarik kambing cik along masuk kandang. agak-agak lapar maen kejar-kejar dengan kambing, gua pergi pekena jambu batu yang tumbuh dekat sebelah kandang kambing tu. jambu die besar besar. mungkin berkat baja tahi kambing yang ditabur disekitarnya.gua sempat jugak toreh kat batang pokok jambu tu. gua tulis 'hafiz the legend'.

kalo haus pulak, gua minum je air paip dekat stor 'lantun' sebelah kandang kambing. kalau nak minum tu, hidung gua tutup rapat-rapat.tak nak bagi bau lantun masuk hidung.bau lantun memang macam celaka. kalau tak tutup hidung, alamat seminggu tak selera makan.tapi selalunya tak lekat pun, mitos je budak-budak gua buat.

aritu gua dengar cerita tempat tu dah tutup dah, budak-budak dah lama tak lepak dekat area kandang kambing ni. semua lepak cc maen counter strike je sekarang.


tapak masjid tak jadik-jadik

port ni merupakan port terbesar diantara semua port yang pernah gua dan rakan-rakan teroka. lu sekali tengok port ni, macam padang jarak, padang terkukur die punya besar. port ni best pasal boleh maen 'Tarzan'. budak-budak macam kena rasuk nak maen tarzan punya pasal.lu cakap je bila, tengahari, petang, hampir malam,pagi sabtu ahad, semua budak-budak ade.

lagi satu, port ni bukan saje best maen tarzan, tapi merupakan tempat pertama gua dan budak-budak lain maen 'motorcross'.basikal hancur-hancur buat maen motorcross. pomen kampung gua hairan pasal lambakan basikal rosak yang berkunjung ke wokshop beliau.kalau karamjit tengok port ni, mesti dia nak pekena rally satu.

tapi sayang, port ni budak-budak stop maen lepas tali tarzan tu putus, budak-budak gua kena kejar dengan anjing, lepas tu chekal( anak cik along) hilang kejap. gua syak kena sorok dengan makhluk asing. tapi orang tua cakap kena sorok dengan jin. haissh betul-betul tak saintifik lah. start aritu, budak-budak kampung ayer hitam dikenakan larangan maen nyorok-nyorok. gua hantar surat bantahan kat ketua kampung, ketua balai polis ayer hitam malah persekutuan maen nyorok-nyorok sedunia, tapi semua sepakat untuk tetap mengenakan larangan tu. gua givap, maen dash yankuro lagi bagus.


stor baja dekat kolam

port yang paling dekat dengan rumah gua. feymes sebab dekat dengan pokok durian,rambutan, mangga,kuini denagn jambu air. kiranya, port ni paling lengkap dari segi logistik. masa ni gua dengan asrap memang 'pegang' tempat ni. budak-budak luar kuarters tak boleh lepak suka-suka. kalau berdegil jugak, asrap selalunye repot kat bapak die, Cik Termimi. barwa betul perangai.

kolam dekat stor ni pulak tak boleh buat maen. dalam dia ade ikan piranna bai. gua dengan asrap pernah mancing sekali, letak umpan tak sampai seminit ikan dah ragut. huru-hara jugak lah masa first time dapat piranna ni. tapi last-last gua dengan asrap seludup bawak balik rumah, masak stim.indie betul gua dengan asrap masa tu, hidup dah macam komando pulak. tak reti-reti nak makan kat rumah, semua harapkan buah-buahan serta hasil tangkapan je. port ni dia tak berape nak meriah pasal budak-budak yang nak lepak kena bayar cukai kepala. yelah gua dengan asrap nak bagi baja kat pokok buah-buah, ikan-ikan kat kolam tu pulak nak jugak pekena dedak.


bila dah besar ni, port lepak-lepak lagi bagai-bagai. shisha roofop lah, kopi bean lah, pusat snuker WeLike lah(tanye budak Seremban mesti tau), macam-macam gua cakap lu. tapi semua nak kena bayar, takde ke tempat lepak tak payah nak kena bayar ape-ape?? nak sep sikit, kumpul duit buat beli mini cooper satu.

5 comments:

ashraf sahdan said...

malam tadi gua lepak rumah pena pekena maskara shorties..free!
amacam? kehkehkeh..

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

hahaha..betul2..gua lepak rumah pena gak..bukan setakat free,ade nasik goreng + naget2 ayam-yang-rasanya-amat-sedap-ketika-di makan-di bawah-hujan-dengan-kuantiti-yang-sedikit-sebab-malu-nak-ambil-banyak2-sebab-free..

bibie_suke_sukun said...

ha..siyes..pompuan pon ader port tau x..even x maen secare xtreme n kutip cukai kpale cam korang but we still have our strategik port yg dilengkapi pelbagai kemudahan dan mmg heaven sampai arwah ayah carik bawak rotan ditengah hari suh balik...kene pukol depan member2..malu siot!!!!!

faqhrule said...

budak air hitam tak true langsung.
serting tak musim dah main nyorok-nyorok baru air hitam musim. lambat dow! lu geng sangat dengan budak lui dengan pasoh tu yang lambat!

iluvcolours said...

erm,mengingat ak zmn kanak2 dlu..
byk gak port yg kitorg teroka..
paling x dpt dlupa, kat umah Yah..
nme pun cm dak kg..
hehe..
umah dy ni besh..
belakang ad sungai..
dpn umah luas..
men galah pjg n rounders r..
bling tin ngan baling sliper..
ganas sgguh ak waktu kecik..
agk2 dh kuar peluh...
kedebushhhh...
terjun sungai..
lapar?
pnjt pokok jambu air..
sonok giler...rindu waktu dulu..
skrg kne stdy..pnjt tgga library..men kt padang exam..boringggggg...sesaaaaaaak