Friday, October 16, 2009

Khurafat

hari ni memang panas, orang gila je yang nak keluar time panas terik macam hari ni. tapi tak bagi pegawai kadet UPNM. masing-masing gila nak nak bertumbuk. masing-masing gila nak taekwondo. kena rasuk dengan setan apa?

disebabkan panas yang melampau, gua rasa sia-sia je pakai whitening facial foam. gua ingat nak try pakai temulawak pulak lepas ni. macam-macam cerita gua dengar tentang kehebatan temulawak. sekarang ni,tinggal masa je gua nak pekena secalit dua kat muka.

sebabkan kulit gua yang semakin hitam(manis), adalah 2-3 orang senior yang suggest gua balik deepavali. bawak balik maruku, laddu dengan manisan some more. masa tu gua dah terpikir nak panggil geng-geng tabligh kasik ceramah sama senior gua. akidah dah lari sangat tu.

selalunya, sepanas mana pun cuaca, gua tetap bertaekwondo sebaik mungkin. tapi ntah macam mane gua terpedaya desakan setan serta mereka-mereka yang berperangai setan. gua didesak untuk 'secure' taekwondo atas alasan cuaca yang panas gile. mula-mula gua bajet, gua je yang mempunyai idea bernas serta plan untuk secure ni, tapi rupanya ramai lagi. nampaknya ramai juga yang terpedaya dengan pujuk rayu setan ya. gua bagi geleng kepala atas kerosakan sosial yang berlaku terhadap remaja masa kini.


***

gerakan diatur sebaik mungkin, segala risiko gua ambil kire. masa ni gua applykan Principle of War yang kedua iaitu Security. mulut senyap, langkah panjang serta pantas.

tapi jangan fikir gua dah selamat, tiba-tiba satu suara menjerit dengan lantangnya.

"hoi kadet, ko nak pergi mana? balik sini."

takde nak cakap banyak, gua kasik lari itu jam juga. die punye cuak tak payah kira. kucar-kacir pemikiran dan tindak tanduk gua dibuatnya. pusing punya pusing, masing-masing yang secure bersama gua mengambil keputusan untuk secure didalam sebuah stor. keadaan kembali aman damai. tapi masing-masing mengambil langkah berjaga jaga agar Concentration of Force dapat dikekalkan pada tahap yang tertinggi.

masuk dalam stor perkara pertama sekali gua fikirkan adalah:

"mintak-mintak lah jumpa RM100 kat sini"

cilakak.apa cerita masuk stor pun pikir jumpa RM100?. ni khurafat namanya.




p/s: gua selamat dari segala ancaman pada aktiviti secure hari ini. tapi gua kena jadik punch bag pulak dengan master taekwondo. karma baby, karma.

4 comments:

aminah said...

hahaha...knp mesti duit 100??

kudabesi said...

haha demang, kat upnm pun ada monteng-monteng ek

p/s:aku jumpe blog ni mase bukak komen2 kat blog shahpaskal

demang said...

aminah-gua memang ade perangai macam tu, pergi tempat2 sunyi mesti berharap jumpe duit

kudabesi-ade je.lu xkan xde kot?

salman said...

ko secure stor mane ha??