Monday, August 24, 2009

Suparman anak Jawa Parit Botak 1

siapa yang tak kenal Suparman. lu cakap sama gua, boleh gua bagi jotos sikit kepala. jejaka keturunan jawa yang sedikit berisi, berambut panjang serta berkumis nipis, ala-ala sedap mata memandang. kadang-kadang pipi beliau ditumbuhi jerawat-jerawat manja kemerahan. hendak dimudahkan cerita, jarko tiada cacat celanya. seluruh kampung parit botak kenal Suparman. terkenal dengan trademark berbaju hitam, seluar jeans bundle potong setengah, tangan yang tak pernah lekang dengan gelang mekah yang dibeli pakcik saudaranya. ah gua lupa pulak, baju Suparman kasik potong dia punya lengan, nak bagi nampak lengan ulas beliau. penampilan beliau yang sedikit ekstrim tapi maskulin selalunya menimbulkan rasa cuak dikalangan anak-anak muda sekitar pekan kecil ayer hitam. gua pernah jugak terserempak dua tiga kali dengan suparman, gua bagi lambai tapi Suparman buat dek jer. ikut hati panas, mau jer gua fire sedas dua. tapi status Suparman sebagai idola Kampung Parit Botak memadamkan hasrat murni gua tersebut.

Suparman terkenal dengan kehebatan beliau dalam bermain gitar. setakat
cliff dover, vodoo child, semuanya bagai mainan bagi Suparman. lu cakap skill apa Suparman tak reti buat, legato?two-handed tapping? arpeggio tapping? semua Suparman boleh buatlah. kacang kata beliau. tapi yang tak best pulak si Suparman ni takde gitar. ape kes power maen gitar tapi takde gitar?. cerita budak Parit Botak yang gua dengar, Man Kidal pernah battle lawan gitar dengan Suparman, dekat dewan orang ramai Parit Botak kata budak-budak tu lah. dengar cerita lagi, Suparman bagi kick baek punya dekat Man Kidal. Gua bagi dengar je cerita budak-budak Parit Botak tu, percaya belakang kira.

selain dari bermain gitar, Suparman juga handal memancing. agak-agak ada masa terluang je, Suparman akan turun memancing tak kiralah di sungai, kolam ternakan, laut, hatta parit dihadapan rumah pun turut jadik tempat persinggahan beliau. ada sekali Suparman claim dapat ikan tongkol masa mancing dekat parit tepi simpang ke rumah tok penghulu. Mati-mati budak-budak K.L yang balik kampung masa tu percaya. bengap betul.

Suparman ada satu cita-cita. nak jadik gitaris kata beliau. tapi tak sempat beliau nyatakan hasrat terpendam itu,Wak Kardi bapak Suparman awal-awal lagi dah bantah.

"pantang aku orang jawa jadik maen musik, kebun sawit aku 5 ekar tu sape yang nak kerjakan?" garang betul Wak Kardi menjawap.

atas dasar anak soleh, Suparman mendiamkan diri sahaja. tapi dalam hati, beliau nekad untuk melakukan sesuatu. kepala beliau ligat memikirkan cara yang terbaik untuk lari ke Kuala Lumpur untuk meneruskan cita-cita beliau sebagai seorang gitaris handalan. Suparman tak peduli lagi kebun sawit Wak Kardi.

malam tersebut Suparman mengatur langkah untuk lari ke Kuala Lumpur. hati beliau berdegup kencang.



p/s: lu kalo pekena soto dekat simpang nak masuk parit botak tue, series tak nak balik kl dah. sedap weh

No comments: