Sunday, August 2, 2009

Retrospective : cuti tambahan part 1



kejadian berlaku hari rabu dan awal khamis.stim sikit-sikit lah.29 julai 2009.


4.00 pm rabu
atas dasar keselamatan, gua diarahkan pulang untuk menyambung cuti sehingga 2hb ogos 2009. gua akur dengan kehendak pihak atasan, walaupun hakikatnya, gua dah melonjak-lonjak bagai orang gila. baju-baju gua siap packing tak sampai 5 minit. muka yang sakit, gua tambah lagi sakit bagi mewujudkan suasana yang betul-betul ideal.

4.30 pm rabu jugak
gua keluar kem memang tergesa-gesa. abes semua cab gua call. tapi haram, satu pun tak nak angkut gua. sempat jugak gua maki sorang dua. dia punya layan maki driver cab nie lain macam sikit. gua rasa betul-betul besar kepala time tu.

7.00 pm rabu lagi
sampai sampai rumah, gua dah tak ingat bagi salam dah. gua terjah masuk je. mak gua pun tak sempat nak sound.gua kasik salam semua orang, abah, adik-adik, hatta kucing gua yang bernama manje tu pun gua bagi salam.gua perasan, hati gua dah tentu arah time tu. badan pun dah tak berapa nak sedap. sekali lagi gua ambil keputusan untuk "terjah". mangsa seterusnya katil gua. jiwa gua pulak masa tue betul betul into dengan bantal dan selimut je. gua kasik layan kehendak jiwa gua ni.

7.30 pm ni khamis
gua bangun dengan dramatiknya. mati-mati gua ingat gua dah lambat pergi baris. dalam 10 saat, baru gua sedar yang gua tengah landing atas katil,rumah gua ok.secara otomatis gua maki bantal dan selimut. nak tido pun gua rasa tak berapa nak layan. bangun-bangun gua terus pergi dapur angkat tudung saji. cekodok bai. gua bagi licin semua cekodok.gua rasakan, cekodok kasik campur tahi gigi memang true. stap mess pun tak boleh challenge lah. hari khamis, macam biasa semua orang dah blah dari rumah pagi-pagi lagi. gua terlupa nak suruh Ari(adik gua) tak payah pergi sekolah hari tu.kalau tak, boleh jugak gua buat Ari jadik a.d.c gua hari tu.

12.00 pm sehingga kul 6 pm.khamis lagi
dalam time-time macam ni, gua tak mahu membuang masa. gua habiskan masa yang ada dengan membasuh pinggan,menyapu rumah, membasuh kain serta menonton televisyen. apa pendapat lu?




pesananuntukawek2: oh lupa gua nak bagitau, sambil-sambil duduk kat rumah basuh kain, gua maen mesej ngan awek depan rumah gua. betul-betul true.=p

4 comments:

Miss Jezzebelle said...

wooit cpt r part 2 punyer.ak nak bace!!!!!!!!!

demang said...

haha rilex babe

faqhrule said...

basuh kain pakai tangan dengan berus sabut baru true! stakat basuh pakai mesin xtrue langsung

Ipang said...

haha..mmg true kdet ah..
bgun2 trus igt nk g baris..