Saturday, July 18, 2009

sketsa : time junior-junior dulu part 2

dalam cerita
-gua
-senior x

sambungan

dalam keadaan mencangkung, gua parking betul-betul depan pintu bilik senior tersebut. gua angkat kepala perlahan lahan. gua tengok senior x tengah layan rokok baik punya layan. senior x sedut rokok dalam-dalam. fuhhhhhhh dia hembus asap rokok berkepul-kepul ke udara.fuuuuhhhh lagi, sambil sambil tu senior x buat "o". terhibur gak gua tengok.riak muka senior x habis bangga bila pandang gua. cehhhh, ada gua heran?

*keadaan senyap seketika

senior x tenung gua lama-lama. hati gua tak tentu arah tengok tenungan dia tu. gua nak tenung balik, pikir dua tiga kali jugak. gua senyap menikus je.sambil-sambil tu, gua curi-curi tengok gak senior x.gua tengok, muka dia betul-betul macam mahu bagi starlite kat gua. gua kerut-kerutkan dahi konon-konon bagi padat sikit gua kulit dahi gua ni.

"ehem, lawa stokin brader"

satu suara parau memecahkan kesunyian.petanda awal hell like hell.gua tengok stokin gua. memang lawa lah.kaler die dah hitam-hitam kelabu tahi anjing. bau pulak layan betul. hati gua ni dah fikir bagai-bagai. dada macam nak pecah je rasa. secara otomatis gua berfikir secara kreatif dan kritis. gua dah bayangkan pelbagai teknik hell yang akan dipraktikkan kelak.

"crawl position"

ahaaaa,dah start dah.dengan sepantas kilat gua tukar kedudukan crawl.gua set mental "mampos" je sekarang. gerakan gua time ni betul betul cergas.

"kau pergi pintu balik,tanggal stokin dalam kedudukan crawl"

wachaaa memang gua dah agak dia punya teknik memang kreatif. gua seret badan gua kepintu rumah tersebut. baju putih gua ni sekarang dah merangkap pengelap lantai sekarang.dalam hati gua sumpah seranah jugaklah. tapi apa mau buat,nasik sudah menjadi bubur. lantai rumah memang tak nak kalah,habuk tak payah kira,kiwi gua rase ada lah dalam dua tiga tepek jugak kat lantai.gua kasik lap semuanya dengan baju gua. bersih bai.

sampai je depan rumah,gua tanggal stokin laju-laju,pastu gua campak stokin entah mana hala. gua crawl laju-laju patah balik.baju gua kotor ke tak, gua dah tak kisah.janji mission jalan.dalam keadaan meniarap,gua parking sekali lagi didepan bilik senior x. gua buat muka seposen. konon-konon mohon simpati. taktik bai, mau mampos apa buat muka fuck up.

"bangun"

sekali lagi suara parau tu mengarahkan gua. macam biasa,gua ikut je. mental belum cair lagi kot.gua perasan,baju gua dah ada kesan kiwi,nescafe tumpah malah kuah keropok lekor pun ada.

"nak jadik officer ni,kau kena mula dari bawah" senior x bersuara lagi

aiseyman,dia dah start ceramah dah. gua malas nak dengar, hell sudah kot.

"kau kena jadik kuli dulu, baru boleh mengarah orang"

ceramah lagi.mental-mental.

"officer ni apa yang dia bagi kat orang bawahan,dia dah pernah rasa dulu"

gua angguk kepala je.bosan betul. apalah yang dia nak ni kan. bagitahu je lah.

"kau nampak kasut tu?" tanya senior x kat gua

"nampak tuan" gua jawab sambil tengok ada 2 pasang kasut drill boot kat situ

"shine kasik kilat,siap lapor dekat aku balik" senior x men'detail' gua sambil menghembus asap rokok yang terakhir.

celaka!
hati gua koyak. setakat shine kasut gua boleh buat kan.
memang dah jadik senior tak reti nak mintak tolong elok-elok. hangin satu badan gua bai.




p/s: kadang-kadang teringat zaman junior boleh bikin gua terharu.

6 comments:

faqhrule said...

askar mmg standet mcm ni kan?
apa ada hal.
slamat gua jadik cikgu

sharamli said...

kal0 mintak t0l0ng el0k2..

m0 buat?

x kn?

m0?

mstila x..

alepzuhri said...

hahahah
nostalgic sial cite cani
tergelak bile tringat balik
hahahah

Siti Nur Aminah said...

stndrd la.....da nama senior......ego terclar la kalu minta elok2....cm pompuan je style klu ckp leklok

Siti Nur Aminah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aku tringatkan zaman junior aku..