Sunday, August 9, 2009

Semalam bersama Pipiyapong-Rockes Kuala Lipis(kentel)

malam semalam, gua memang betul betul mati kutu. semua benda gua buat, semua gua rasa tak berapa nak into.gua tengok jam tangan berjenama gua, "alamak dah pukul 2, tak true lah kalau malam minggu tido awal". maka, gua ambil keputusan untuk merembat usb modem rummet gua. 3 minit je gua ambil masa nak rembat modem. siap-siap pasang modem, gua terus terjah fesbuk. memang dah tak ingat apa dah, semua mahu maen terjah saja. betul-betul rosak moral.

gua mengadap fesbuk boleh tahan lama lah jugak. gua reply semua komen-komen, gua maki mana yang patut maki, gua sergah yang mana perlu sergah. mane yang gua rasa patut kompelin, gua kompelin jugak. senang cerita, gua memang betul-betul into dengan fesbuk ni. sambil-sambil berfesbuk, gua usya-usya jugak apa-apa yang patut. lu jangan pikir bukan-bukan, gua bagi penangan karang.

lebih kurang pukul 3, gua kasik usya pulak sapa lagi kutu yang tak reti reti nak tido. gua ingat nak ajak mengeteh.2- 3 orang jugak yang tak reti nak tido,tapi kepala gua tak berapa nak into dengan mat-mat skema ni. oleh yang demikian, gua buat tak reti lah dengan kutu-kutu tersebut.dalam masa gua melayan perasaan, tiba-tiba gua perasan Pipiyapong tengah online. kalau lu tak kenal sama Pipi, gua rasa baik lu tak payah ada internet. gua segan-segan jugak mahu berchatting sama beliau. apa yang gua dengar dari kisah-kisah dongeng yang mengatakan Pipi ni seorang rockes bertaraf diva. apa kes?setelah lama berfikir, gua pun kasik sound sikit sama Pipi. akhirnya Pipi termakan jugak umpan gua.

Aha

pipi

nk gi umah pena naek public ap yg ade?

tren


3:10amPipiyapong

naik tren boleh

tapi kena jalan kaki laa sikit lepas tu


3:11amAha

no prob

* gua memang takde nak bagi-bagi salam terus sergah beliau. gua bajet nak tanya mana Rumah Pena. ala yang buat Maskara tu, tapi kalau lu ak tau jugak gua sarankan lu google sudah. malas nak google gua ingat nak bagi sidekick saja sama lu.

3:11amPipiyapong

hehehe


3:11amAha

star or putra o komuter?


3:11amPipiyapong

apsal?

lu duduk mana?


3:11amAha

sg.besi


*time pipi gelak macam tu, gua syak orang lain yang taipkan untuk beliau. apa kes rockes gelak macam makwe-makwe. gua perasan jugak, Jasni pun gelak macam tu time taji budak-budak ATMA. hati gua dah kucar kacir time ni. gua tanye dan jawap pun ala kadar je. berdebar bai, rockes kental Kuala Lipis nih. Diva bai, diva.


3:11amPipiyapong

star

ooo

lu nak pergi maskara bila?


*bila Pipi tanya gua bila mau pegi Maskara, gua dah rasa laen macam. gua cepat-cepat kasik bukak blog Sindiket Sol-Jah, gua perhati betul-betul flyer tersebut. gua klik gambar bagi besar. gua bukak mata gua bulat-bulat.

MASKARA

Rumah Pena

8:30 malam

Sabtu, 8 Ogos 2009

celaka!

hari ni 9 Ogos 2009. Maskara dah abes bai.

3:13amAha

lepas yg arini

nak recce dl


3:13amPipiyapong

ooo

lambat lagi

bulan 10

lu naik tren star sampai hang tuah

lepas tu kena menapak dalam 1 km

lu gugel laa peta


3:14amAha

okeyh


*gua cover konon-konon gua mau recce itu Rumah Pena lah. gampang gila. reply pun dah malas-malas, padahal tengah chatting dengan blogger idola masa kini.malu bai. gua amek keputusan tido awal lepas tu. malam yang celaka. gua tido pun takde baca-baca doa. betul-betul ketat.



nota gua kepada kutu-kutu fesbuk: lu apahal gelak-gelak? nak penangan?




3 comments:

Kensi Ell Byle said...

maluu seyhh..??
hahhaha...

sharamli said...

0rg lain yg taipkn la tu...

demang said...

cik leyha-gua malu2 sendirilah
haha

sharamli-gua memang pasti pipi yang taip,taip gua syak pipi tgh sangap surya time tuh