Tuesday, August 11, 2009

KING Of PEMADAM


1996. kelas 2 merah.

gua darjah dua. masa ni, gua memang King Of Pemadam. gua ingat, pemadam je dah dekat satu beg swan. gua beli pemadam 3 biji je, boleh menghasilkan 2 dozen pemadam. semuanya hasil perlawanan pemadam dengan rakan-rakan sekelas mahupun bukan sekelas. pergi sekolah dah tak ingat nak belajar, yang gua ingat nak maen pemadam je. masa ni, guru kelas gua cikgu noreha, standard cikgu pempuan lah, mana nak cuak sangat. kata anarki.

aktiviti waktu rehat dipenuhi dengan acara bermain pemadam secara besar-besaran. stok pemadam dekat koperasi sekolah kebangsaan ayer hitam tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan je. kedai-kedai sekitar kampung ayer hitam serta felda lui barat semua dah keluarkan stok simpanan pemadam yang selama ni diorang sorok. gua syak, pekedai-pekedai ni yang memulakan trend bermain pemadam. betul-betul dasar kapitalis lah.

budak-budak punya obses dengan maen pemadam memang gila tak ingat. masa zaman gua, pemadam harga seposen pun dapat. nak kenal pemadam harga seposen ni senang je, lu tengok ada gambar bendera negara-negara didunia ni, maka lu tahu lah itu pemadam seposen. budak-budak tak pandang sangat pemadam seposen ni. nilai rendah kata diorang. tak berapa nak stim lah kata budak-budak bujang.

nak dijadikan cerita,suatu hari ni, mamat loser mana ntah ajak gua maen pemadam. gua ingat, dia budak lui barat lah. wah wah wah, dia punya pemadam besar tak ingat punya.memang tinggi lah harga dipasaran gelap pemadam-pemadam malaysia.gua bertekad untuk mendapatkan pemadam tersebut!. masa tu jugak, ura-ura mengatakan beliau mungkin akan menamatkan streak gua dalam acara maen pemadam ni. gua cuak jugak bila dengar ura-ura yang bertiup kencang tu.mati-mati gua pikir nak pakai pemadam apa,lalu dengan taktikalnya gua menggunakan pemadam yang ada tulisan "ERASER" warna merah diatasnya. gua berharap ada "ong" disebalik warna merah tersebut. gua tak lupa jugak baca bismillah.berkat bai.

perlawanan memang sengit, masing-masing tak mahu mengalah. pemadam opponent memang besar, tapi tak boleh menandingi kelicikan pemadam gua. gua perasan,peluh jantan menitik satu persatu dari dahi gua. tu first time gua mengeluarkan sifat jantan gua secara mainstream. ada dua kelompok jugak yang menyokong. satu sokong gua. satu lagi sokong opponent. dia punya kecoh memang tak ingat bai. macam malaysia lawan manhester united pun ada.

Ya, gua menang perlawanan bersejarah tersebut. gua merampas pemadam opponent dengan megah, rakus dan berwibawa.merah jugak mata mamat tu. menangis kot.Tiba-tiba, cikgu Kalai sampai, melihatkan suasana seperti perlawanan sabung ayam berlaku disudut belakang kelas, beliau datang untuk mengetahui apa yang berlaku. masa ni jugak, beg swan gua penuh dengan pemadam je. mamat loser tersebut dengan muka seposen mengadu kat cikgu kalai. beliau cakap gua ambik pemadam dia. ape kes bai? gua tunjuk penumbuk tanda protes. gua lihat ada senyuman gampang dimuka beliau.

cikgu kalai merampas semua pemadam "rampasan" milik gua. dengan yang dalam beg swan tu skali. wtf man. ini tidak berlaku adil. habis semua pemadam rampasan gua diagih agihkan kepadaa warga kelas 2 merah. masing-masing berebut-rebut mengambil pemadam-pemadam rampasan gua tak kira yang kecil,besar, tua , muda, miskin ataupun kaya. mata gua merah gila dah time tu.tapi, tak menangis pun. cover macho bai. yang tinggal pemadam bertulisan eraser warna merah ditapak tangan gua. sebak jugak lah.

gua balik rumah dengan langkah yang longlai. start dari hari tu, gua bersara dalam arena pemainan pemadam. gua dah tak amek port sangat bab-bab pemadam ni. last sekali gua dengar permainan pemadam dah tak berapa nak kick lagi. semua dah start maen dash yankuro.alaa, kereta mini tu.jualan pemadam kat kedai-kedai pemadam sekita ayer hitam dengan lui barat pun menurun. gua syak, mesti tokey-tokey kedai sorok balik pemadam-pemadam ni.




p/s: gua tak pakai pemadam macam ni.pemadam macam ni guna masa time UPSR je.

11 comments:

Aminah said...

i pon men gk lawan2 pmdam ni

demang said...

mesti kalah kan
hehe

Rona Realiti said...

naper ko x hayun je penumbuk kat mamat tu...!?

demang said...

cikgu kalai ada dow
kalo tak dah lame gua gigit

faqhrule said...

lui barat mana true main pemadam..
datang serting tengok gua bungkus semua pemadam dengan beg swan lu skali! gua 96 pengan king of pemadam sk serting felda dekat dengan masjid lama tu.

Aminah said...

menang la beb...xcyer...jom kite beat

demang said...

faqhrule-gua datg masjid lama serting jalan kaki jeh. no problem. gua tak maen beg swan dah,skrg pakai deuter mau kutip pemadam budak2 serting.haha

aminah-ok set.bawak pemadam banyak2 sket ye

Aminah said...

ele...orang hebt xpyh bawa byk2..satu sudah

Pije. said...

mmg fenomena lah pemadam ni dulu.
aku tak main pemadam ceni.
aku racik kecik2 buat perasa dlm masakan masa main masak2.
naive.

FatinFarhana said...

lawan getah ko xmain pulak?

SCHAKEYRA said...

dah berzaman, dari ako skolah, sampai skang aku cekgu skola, menan ni tetap wujud... anak murid aku pon main lagi!!