Suparman terkenal dengan kehebatan beliau dalam bermain gitar. setakat cliff dover, vodoo child, semuanya bagai mainan bagi Suparman. lu cakap skill apa Suparman tak reti buat, legato?two-handed tapping? arpeggio tapping? semua Suparman boleh buatlah. kacang kata beliau. tapi yang tak best pulak si Suparman ni takde gitar. ape kes power maen gitar tapi takde gitar?. cerita budak Parit Botak yang gua dengar, Man Kidal pernah battle lawan gitar dengan Suparman, dekat dewan orang ramai Parit Botak kata budak-budak tu lah. dengar cerita lagi, Suparman bagi kick baek punya dekat Man Kidal. Gua bagi dengar je cerita budak-budak Parit Botak tu, percaya belakang kira.
Monday, August 24, 2009
Suparman anak Jawa Parit Botak 1
Suparman terkenal dengan kehebatan beliau dalam bermain gitar. setakat cliff dover, vodoo child, semuanya bagai mainan bagi Suparman. lu cakap skill apa Suparman tak reti buat, legato?two-handed tapping? arpeggio tapping? semua Suparman boleh buatlah. kacang kata beliau. tapi yang tak best pulak si Suparman ni takde gitar. ape kes power maen gitar tapi takde gitar?. cerita budak Parit Botak yang gua dengar, Man Kidal pernah battle lawan gitar dengan Suparman, dekat dewan orang ramai Parit Botak kata budak-budak tu lah. dengar cerita lagi, Suparman bagi kick baek punya dekat Man Kidal. Gua bagi dengar je cerita budak-budak Parit Botak tu, percaya belakang kira.
Sunday, August 16, 2009
Sentap dow
Tuesday, August 11, 2009
KING Of PEMADAM
Sunday, August 9, 2009
Semalam bersama Pipiyapong-Rockes Kuala Lipis(kentel)
malam semalam, gua memang betul betul mati kutu. semua benda gua buat, semua gua rasa tak berapa nak into.gua tengok jam tangan berjenama gua, "alamak dah pukul 2, tak true lah kalau malam minggu tido awal". maka, gua ambil keputusan untuk merembat usb modem rummet gua. 3 minit je gua ambil masa nak rembat modem. siap-siap pasang modem, gua terus terjah fesbuk. memang dah tak ingat apa dah, semua mahu maen terjah saja. betul-betul rosak moral.
gua mengadap fesbuk boleh tahan lama lah jugak. gua reply semua komen-komen, gua maki mana yang patut maki, gua sergah yang mana perlu sergah. mane yang gua rasa patut kompelin, gua kompelin jugak. senang cerita, gua memang betul-betul into dengan fesbuk ni. sambil-sambil berfesbuk, gua usya-usya jugak apa-apa yang patut. lu jangan pikir bukan-bukan, gua bagi penangan karang.
lebih kurang pukul 3, gua kasik usya pulak sapa lagi kutu yang tak reti reti nak tido. gua ingat nak ajak mengeteh.2- 3 orang jugak yang tak reti nak tido,tapi kepala gua tak berapa nak into dengan mat-mat skema ni. oleh yang demikian, gua buat tak reti lah dengan kutu-kutu tersebut.dalam masa gua melayan perasaan, tiba-tiba gua perasan Pipiyapong tengah online. kalau lu tak kenal sama Pipi, gua rasa baik lu tak payah ada internet. gua segan-segan jugak mahu berchatting sama beliau. apa yang gua dengar dari kisah-kisah dongeng yang mengatakan Pipi ni seorang rockes bertaraf diva. apa kes?setelah lama berfikir, gua pun kasik sound sikit sama Pipi. akhirnya Pipi termakan jugak umpan gua.
Aha
pipi
nk gi umah pena naek public ap yg ade?
tren
3:10amPipiyapong
naik tren boleh
tapi kena jalan kaki laa sikit lepas tu
3:11amAha
no prob
* gua memang takde nak bagi-bagi salam terus sergah beliau. gua bajet nak tanya mana Rumah Pena. ala yang buat Maskara tu, tapi kalau lu ak tau jugak gua sarankan lu google sudah. malas nak google gua ingat nak bagi sidekick saja sama lu.
3:11amPipiyapong
hehehe
3:11amAha
star or putra o komuter?
3:11amPipiyapong
apsal?
lu duduk mana?
3:11amAha
sg.besi
*time pipi gelak macam tu, gua syak orang lain yang taipkan untuk beliau. apa kes rockes gelak macam makwe-makwe. gua perasan jugak, Jasni pun gelak macam tu time taji budak-budak ATMA. hati gua dah kucar kacir time ni. gua tanye dan jawap pun ala kadar je. berdebar bai, rockes kental Kuala Lipis nih. Diva bai, diva.
3:11amPipiyapong
star
ooo
lu nak pergi maskara bila?
*bila Pipi tanya gua bila mau pegi Maskara, gua dah rasa laen macam. gua cepat-cepat kasik bukak blog Sindiket Sol-Jah, gua perhati betul-betul flyer tersebut. gua klik gambar bagi besar. gua bukak mata gua bulat-bulat.
MASKARA
8:30 malam
Sabtu, 8 Ogos 2009
celaka!
hari ni 9 Ogos 2009. Maskara dah abes bai.
3:13amAha
lepas yg arini
nak recce dl
3:13amPipiyapong
ooo
lambat lagi
bulan 10
lu naik tren star sampai hang tuah
lepas tu kena menapak dalam 1 km
lu gugel laa peta
3:14amAha
okeyh
*gua cover konon-konon gua mau recce itu Rumah Pena lah. gampang gila. reply pun dah malas-malas, padahal tengah chatting dengan blogger idola masa kini.malu bai. gua amek keputusan tido awal lepas tu. malam yang celaka. gua tido pun takde baca-baca doa. betul-betul ketat.
nota gua kepada kutu-kutu fesbuk: lu apahal gelak-gelak? nak penangan?
Saturday, August 8, 2009
Retrospective : cuti tambahan finale
balik-balik UPNM je, gua mati-mati tune kepala jadik askar balik.
celaka!
tapi gua tak boleh lupe macam mane gua tekel awek depan rumah.
memang true.
Wednesday, August 5, 2009
benda celaka yang perlu ada!
Sunday, August 2, 2009
Retrospective : cuti tambahan part 1
kejadian berlaku hari rabu dan awal khamis.stim sikit-sikit lah.29 julai 2009.
4.00 pm rabu
atas dasar keselamatan, gua diarahkan pulang untuk menyambung cuti sehingga 2hb ogos 2009. gua akur dengan kehendak pihak atasan, walaupun hakikatnya, gua dah melonjak-lonjak bagai orang gila. baju-baju gua siap packing tak sampai 5 minit. muka yang sakit, gua tambah lagi sakit bagi mewujudkan suasana yang betul-betul ideal.
4.30 pm rabu jugak
gua keluar kem memang tergesa-gesa. abes semua cab gua call. tapi haram, satu pun tak nak angkut gua. sempat jugak gua maki sorang dua. dia punya layan maki driver cab nie lain macam sikit. gua rasa betul-betul besar kepala time tu.
7.00 pm rabu lagi
sampai sampai rumah, gua dah tak ingat bagi salam dah. gua terjah masuk je. mak gua pun tak sempat nak sound.gua kasik salam semua orang, abah, adik-adik, hatta kucing gua yang bernama manje tu pun gua bagi salam.gua perasan, hati gua dah tentu arah time tu. badan pun dah tak berapa nak sedap. sekali lagi gua ambil keputusan untuk "terjah". mangsa seterusnya katil gua. jiwa gua pulak masa tue betul betul into dengan bantal dan selimut je. gua kasik layan kehendak jiwa gua ni.
7.30 pm ni khamis
gua bangun dengan dramatiknya. mati-mati gua ingat gua dah lambat pergi baris. dalam 10 saat, baru gua sedar yang gua tengah landing atas katil,rumah gua ok.secara otomatis gua maki bantal dan selimut. nak tido pun gua rasa tak berapa nak layan. bangun-bangun gua terus pergi dapur angkat tudung saji. cekodok bai. gua bagi licin semua cekodok.gua rasakan, cekodok kasik campur tahi gigi memang true. stap mess pun tak boleh challenge lah. hari khamis, macam biasa semua orang dah blah dari rumah pagi-pagi lagi. gua terlupa nak suruh Ari(adik gua) tak payah pergi sekolah hari tu.kalau tak, boleh jugak gua buat Ari jadik a.d.c gua hari tu.
12.00 pm sehingga kul 6 pm.khamis lagi
dalam time-time macam ni, gua tak mahu membuang masa. gua habiskan masa yang ada dengan membasuh pinggan,menyapu rumah, membasuh kain serta menonton televisyen. apa pendapat lu?
pesananuntukawek2: oh lupa gua nak bagitau, sambil-sambil duduk kat rumah basuh kain, gua maen mesej ngan awek depan rumah gua. betul-betul true.=p