Thursday, July 14, 2011

Seorang Insan Bernama Avroco Nasir

2005, Brickfield

Ramai sungguh orang didalam rumah sempit itu. Muka muka yang aku kenal hanyalah abang Padil dan Aru sahaja. Yang lain lain haram. Aku malu sendiri. Abang Padil memperkenalkan aku kepada orang orang dalam rumah tu, semuanya buat hal sendiri sahaja. OK lah macam tu, kalau banyak tanya aku pulak segan.

***

Dalam rumah itu ada seorang lelaki yang senyap sahaja. Badannya kecil, rambut menutupi mata. Sekali pandang, bagaikan ada sesuatu yang disembunyikan dari pandangan mata itu. Dia berdiri disebelah meja dan masih tak banyak bicara. Disebelahnya penuh dengan plate plate untuk mencetak baju dan dye yang bermacam warna.

Aku perhatikan dia sibuk dengan plate itu. Aku tak tahu apa yang dibuat. serius itulah pertama kali aku melihat orang mencetak baju. Terasa naif. Aku tak banyak cakap, tak mahu mengganggu lelaki itu. Setelah siap sebanyak 25 helai baju dicetak, satu daripadanya aku beli. Terasa bangga dapat memakai hasil kerja lelaki itu, dan sesungguhnya aku amat menyukainya. Itulah kali pertama aku mengenali insan bernama Avroco Nasir.


2011, Kuala Lumpur

Aku terbangun dari tidur. Jarang terbangun dikala begini. Pelik. Terus aku memegang tetikus. Twitter matlamat aku. Aku scroll satu persatu tweet tweet yang ada, lalu aku tengok ada satu tweet yang sangat memeranjatkan dari sahabat bernama Farhan Azahan yang berbunyi "Al Fatihah buat Avroco Nasir". Aku kehilangan kata kata.

Avroco Nasir 1974-2011. Kehilangan kamu amat dirasai kami. Al Fatihah.

No comments: