Saturday, July 11, 2009

sketsa : time junior-junior dulu part 1

disuatu malam pada penghujung tahun 2006


gedeganggggg...


pintu rumah gua dihempas rakusnya.
semua terdiam tanda terkejut,mata semua tertumpu ke empunya badan yang menghempas pintu tersebut. saudara b (nama gua dah tukar) memandang tepat kearah gua. badan beliau berpeluh-peluh. serta merta rasa kurang senang berpusu-pusu ke hati gua. gua diselubungi tanda tanya. rakan-rakan gua pun begitu rasanya.

dan tiba-tiba

"demang, senior komisen panggil kau, bilik tut tut" saudara b memecahkan kebuntuan

air peluh gua menitik tanda separa cuak.serta merta juga gua sentap baju sama seluar track. gua pakai stokin tak tentu hala. terbalik kongkang juga gua malam tu. siap saja gua memakai kasut, gua berlari-lari anak ke bilik senior tersebut. gua lari lambat-lambat. hati gua semacam nak pecah masa tu. risau tak payah cakap lah.

sesampai di bilik senior

"semekon tuan, saya 30XXXXX pegawai kadet polan bin polan (nama gua sendiri pun terpaksa dirahsiakan) minta kebenaran masuk tuan" ujar gua separuh menjerit

"MASUKKKKK"

suara parau tersebut betul-betul buat gua ketar lutut. gua masuk sambil usya sana sini.

"mari sini kau"

suara tu mengarahkan gua ke satu bilik yang berhampiran. gua akur dengan arahan tersebut. time tu jugak gua rasa macam nak terkencing. aiseyman, spoil betul. time masa-masa kecederaan ni jugaklah mesti rasa nak kencing

"skot jump position down"

tak sempat gua nak berbuat apa-apa,arahan seterusnya diberikan.gua konpiden sangat-sangat. gua kena hell aritu. hati gua berdegup kencang. dup dap dup dap.


bersambung



p/s : gua tulis sambil dengar lagu hujan-jiwa kelajuan

2 comments:

Anonymous said...

lu memang kerek..
gua still xpuas ati ngan lu..
xtau mcm mn nk setel..
enjoy ur life..

BOURNE said...

mamat mne x pueh ati ngn ko ni demang??
x gntlement tol la..
klo x puas ati setel dpn2 la bro..
aiya