Monday, July 6, 2009

Hero Taman Yang Ego!

kat taman,semua orang kenal gua. kalau jumpa gua, mesti tunduk-tunduk. yang menyorok tak payah kira lah. tapi gua kisah apa. petang-petang gua makan biskut sama susu sambil layan sundown. memang masyuk. kadang-kadang gua jalan-jalan gak, usya awek usya musuh. bila nak maghrib baru gua ingat rumah. cepat cepat gua balik, takut orang rumah risau. sampai sampai kat rumah je gua terus terjah nasik lauk ikan. bosan betul. sekali sekala masak lah steak untuk gua. tak up to date betul.

rutin harian gua bangun pukul 7.30 pagi. aiseyman, kecoh betullah orang rumah gua ni.ni satu hal, kalau setakat bangun 7.30 pagi gua boleh tahan lagi. ni tak, tapi tiap hari nak pekena gomol-gomol, cium-cium gua. rimas bai. gua tau lah lu orang rumah gua. tak payah nak lebih-lebih. mana gua nak letak pride gua selaku hero taman ni?

paling gua tak puas hati kalau orang panggil nama sebenar gua. kan gua dah sound banyak kali, jangan panggil nama gua. kampung sangat nama tu. panggil nama samaran gua sudah lah. JOHN jr brader, JOHN jr. baru cara. lain kali gua dengar lu panggil nama gua yang betul-betul, siap lah lu kena cakar dengan gua.

gua paling menyampah kalau ada orang suka-suka snap picture gua.kurang-kurang kalau nak snap pun, belanja lah friskies barang semangkuk dua. sedap jugak hati gua ni.nak snap picture gua free-free je melampau lah kan. bagi lah gua nak privacy or money sikit. tak boleh tengok gua senang sikit.huhhh.

gua nak snap gambar "Manje" sikit punya susah lah. kerek gila mamat ni

"Manje" betul-betul melawan apabila gua cuba snap gambar beliau dari hadapan. rasa nak sembelih je kucing ni.



p/s: entri gua paling "manje". catatan seekor kucing bernama manje. cett poodaaah

3 comments:

Mr. fragile said...

good tiger..
i like the way u wrote..
keep on working..
not imposible u will become famous author one day..
VOTE 100%

demang said...

thanx 4 all the compliment
i'll improve the way i'm writing
love u

Aminah said...

comel ny kucing....ske bulu dia