bercakap tentang apa yang aku hadapi. YA, aku menghadapi emosi yang tidak stabil kategori minor, mungkin menghampiri mediocre. apa yang aku hadapi bagi aku surreal. BAGI AKU, dan mungkin pandangan kalian berbeza. dikala ini, aku lebih gemar berfikir secara rasional terlampau, yang kadang kala membuatkan aku lupa dengan keadaan sekeliling. segala personal drill selalunya aku abaikan. makan antara perkara paling bosan dikala ini. ayat yang aku keluarkan apabila ditahap ini adalah "semakin serabai rambut gua der, semakin bahaya junior junior dengan gua".
saat ini jugalah, segala keputusan yang pernah aku buat selalunya menerpa kedalam bentak pemikiran aku. baik buruk serta pengajaran dari segala keputusan serta pengalaman aku dalami satu persatu, dan selalunya aku menyesali setiap perbuatan serta keputusan tersebut. mungkin ini dipanggil proses kematangan. proses kematangan itu memang pahit, biar pun pahit ia bagaikan satu tonik bagi menyembuhkan luka lama serta memberi tenaga bagi menghadapi hari keesokannya. menyendiri mungkin jalan yang terbaik bagi sesetengah orang. aku termasuk dalam kelompok ini.
***
sigh...
esok bermulanya exam untuk semester ke 6 aku. 2 minggu sahaja exam bagi semester ini. selepas itu Latihan Industri bermula. RUN DMG dah siap, tapi aku tak dapat nak mengambil basikal kesayangan aku tersebut. Brader Azrul cakap basikal aku "Jelita", hampir hampir aku orgasm mendengarnya. oenangan fixie memang hebat beb.
3 comments:
good luck demang. lpas ni boleh la balik kpg smbil berfixie yo...smbil mengimbau kenangan lalu. wahahhaa
selamat berjaya yea abg askar hipster.
:D
SALAM.. TERUSKAN BERJUANG
Post a Comment