Wednesday, April 6, 2011

Racun Semut

what the fuck is fucking fuck is this?

nampak serbuk berwarna coklat diatas?
nampak semut semut yang mengerumuni serbuk coklat tersebut?
apa kejadahnya serbuk coklat tersebut berkoloborasi dengan dengan semut?

gua akan jawab pertanyaan lu orang satu persatu.

serbuk diatas merupakan racun semut. cara penggunaan adalah dengan meletakkan racun semut tersebut disudut dinding atau mana mana kawasan yang disyaki laluan dagangan semut semut berkenaan. apabila semut semut bertembung dengan kawanan racun semut ini,secara otomatis mereka akan berhenti kerana tempting nya rasa racun semut tersebut.

tapi macam mana gua boleh tahu rasa racun semut tersebut tempting?

dikala gua berumur 4-5 tahun saat kenakalan berada di puncak klasemen eksperimentasi dengan pelbagai perkara adalah perkara yang sangat menyeronokkan. gua memang menjadikan abah gua sebagai idola setiap kali beliau dilihat meletakkan racun semut ini.

sebagai menyahut cabaran wawasan 2020 ketika itu, gua dengan beraninya memanjat almari yang tinggi semata mata mahu melihat racun semut tersebut.pabila berjaya mendapatkan racun semut tersebut, gua letakkan sedikit ditangan. wadefak, warna macam biskut merry. gua makan semuanya. dan sememangnya rasa racun semut seperti biskut merry ditambah gula.

***

kejadian memakan racun semut mendapat tempat dikalangan penduduk kampung gua. ini juga mengakibatkan gua terlantar di hospital(gua takde rasa apa apa wei). mak gua juga disiasat oleh polis.dasar budak degil. kenangan eksperimentasi racun semut ku.

Monday, April 4, 2011

Jefri Zain Agen Rahasia

antara rahsia kerajaan yang masih lagi misteri adalah wujudnya satu badan perisikan yang bergerak secara sulit dan tahap pengoperasiannya yang seakan akan M16. tidak dapat dipastikan bilakah pasukan ini diwujudkan, namun peristiwa Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia merupakan antara titik tolak pertama pasukan ini ditubuhkan.

Pasukan ini dikenali sebagai DOS, singkatan bagi Division of Secret.

berbeda dengan Force 136 yang lebih menumpukan soal pertahanan negara, DOS lebih menumpukan operasi membanteras anasir anasir subversif dan juga antara badan pertama yang akan bertindak bagi membendung segala ancaman yang boleh menjatuhkan negara.

sesuai dengan bentuk pengoperasian seakan akan m16, maka agen rahsia DOS yang paling berkaliber selalunya diberi kod nama "Jefri Zain". beliaulah yang akan dihantar bagi melaksanakan apa apa misi yang yang memerlukan tahap pengoperasian yang sangat sulit.

***

"Osman,saya telah decode satu kod yang dihantar oleh Force 136" keheningan dibilik Osman dipecahkan oleh suara seorang wanita.

"apa mesejnya Maya" tanya Osman kepada Maya sambil matanya meliar merhatikan skrin laptop.

"mereka mahukan kita menghantar Jefri Zain bagi..." segera Maya menghulurkan satu nota yang dipegangnya.

Osman membaca nota itu, kelihatan air muka gusar dimukanya. secara auto tangan Osman mencapai gagang telefon.

"dapatkan Jefri Zain sekarang" tegas sekali suara Osman.

***

sementara itu disebuah hotel Jefri Zain nampaknya sedang kelihatan bersiap memakai sut. sambil membetulkan tali leher,matanya melirik memandang cermin. gadis montok yang digaulinya itu masih enak menikmati tidur,Jefri Zain tersenyum nipis.