Sunday, June 19, 2011

Review Zine Ada Kaki di Kuala Lumpur/Dol Blues dan Florist.

Aku duduk mengadap laptop, lalu dengan cermat melayan fesbuk. Lagu aku kasik tune nadanya sesedap telinga. Berkumandang lagu maroon 5 yang tajuknya aku sendiri tak tahu.

"Ah ,fak apa punya lagu ni..."

Tangan aku mencapai tetikus.Lalu aku metekan punat 'j' dan menaip sesuatu. ENTER, maka kedengaran lagu Crystal Castle-Crimewave.

"Ini baru anak muda, ini baru orde baru..." bentak hati aku kecoh. Aku bersandar puas, fesbuk aku biarkan.

Dalam khusyuk bersandar, tangan aku secara auto mencapai sekotak rokok berjenama Salem berperisa menthol(persetankan taste aku terhadap rokok). Kutu kutu lain yang kat dalam rumah sibuk dengan barang barang askar. Jenis makan tak tentu hala pun ada.

Aku nyalakan rokok Salem. perisa menthol menerjah keseluruh urat tengkuk. Faking, malam malam tanpa wanita bogel memang membosankan. Rokok salem aku hisap dalam dalam, aku hembuskan ke luar tingkap asapnya. Kutu sebelah katil tak hisap rokok, so aku kena hormati pendirian dan kesihatan beliau. Bukankah hormat menghormati itu di unjurkan dalam Islam.

***

Tiba tiba aku teringan 2 buah zine yang aku beli di Kuala Lumpur Alternative Fuckfest. Oh bukan, bookfest sebenarnya. Aku gapai keduanya, zine pertama bertajuk florist dan kedua Ada Kaki di Kuala Lumpur/ Dol Blues. Ringkas sahaja cover kedua dua zine ini.

Zine florist aku beli dari seorang gadis, orangnya cantik, secantik puisi puisi 'deep' yang terkandung dalamnya. Aku kasik layan florist, deep memang deep. Dalam tengah deep punya layan puisi puisi florist, tiba tiba winamp memutarkan lagu Caprice-Gadis Baju Kurung. Aku meradang, lagu macam ni potong stim. Minda aku baru sahaja hendak basah dengan ayatan puitis florist.

***

Kutu kutu kat belakang dah mula bertukar posisi, dari sibuk melayan barang askar masing masing start melayan maharaja lawak secara berkumpulan. Mood terbahak aku membuak buak. lalu aku capai zine Ada Kaki di Kuala Lumpur / Dol Blues yang merupakan hasil parodi bagi buku Anarki di Kuala Lumpur dan Kasino.

"KAH KAH KAH KAH KAH" aku tergelak deep.

dua tiga baris aku baca, sekali lagi "KAH KAH KAH KAH KAH" yang padu kedengaran. Kutu kutu yang lain panas, lalu mengisytiharkan konfrontasi.

Aku campak zine Ada Kaki di Kuala Lumpur / Dol Blues ke muka kutu kutu yang lain. Tepat kemuka.

***

15 minit kemudian kedengan "KAH KAH KAH KAH KAH" yang padu dari kutu kutu yang hendak pergi berperang. gua berharap semoga pembacaan sempurna ini dapat membantu meringankan beban minda mereka.

2 comments:

. said...

Ada Kaki di Kuala Lumpur best.

Neb Dagga said...

You're right, taste rokok tu macam tak kena haha.