Monday, April 26, 2010

I Love U Eleanor

mak gua kata belajar rajin rajin. dah besar dapat kerja bagus bagus. rumah besar, kereta besar, bini tetek besar. ok, yang tu gua tipu. bercakap pasal kereta besar, kalau siapa selalu tengok fesbuk gua, mesti perasan kereta yang baru gua baru beli tu. ok, tu pun gua tipu.

tapi gua musykil jugak, apsal orang belajar rajin rajin tapi tak dapat pakai kereta ni?


ELEANOR:kalau jumpa orang pakai ini kereta, kasik sound sama gua.


Wednesday, April 21, 2010

Gelak Sakan

"zehahahahahhahaaha..."

sesiapa yang mendengar hilai tawa tersebut, pasti kecut perut. lagi lagi junior 2009. kalau boleh nak mengelak dari arah hilai tawa itu kedengaran. bunyi dia memang pecah, rabak serta high pitch. kalau dengar hilai tawa itu ditengah malam, susah jugak nak bezakan antara pontianak atau manusia.

berkumandangnya gelak sakan tersebut menandakan ada insan yang 'gugur' di 'medan perang'. dengan kata lainnya, ada insan yang sedang di taji. iskh iskh iskh kasihan. entah apa yang diperlakukan kepada insan tersebut.

namun, tak ramai mengetahui gelak sakan tersebut memberi rahmat kepada seseorang. siapakah beliau? beliau adalah Fakharuddin.kedatangan junior junior 2009 memberi rahmat besar kepada beliau dan rakan rakan. tiada lagi rintihan Fakharuddin ditaji Khairul Zaid, tiada lagi air mata bergelimpangan.

"zehahahaahahahhahahaha..."

sekali lagi gelak tawa Khairul Zaid memecahkan suasana. dari jauh Fakharuddin senyum nipis memerhatikan gelagat Khairul Zaid bersama mangsanya. dalam hati beliau, memasang impian untuk menjadi seperti Khairul Zaid, Chief of Ragger.


HURRAHH!!

Monday, April 19, 2010

Entri kegemaran gadis gadis


apabila exam semakin hampir, tak dapat dinafikan emotional imbalanced itu pasti akan berlaku. tak terkecuali diri aku. perbezaan yang mungkin dihadapi oleh individu lain dan aku adalah apa yang mereka hadapi sehinggalah menyebabkan emosi tidak stabil berkenaan. bagi aku, perkara ini tidak boleh dipandang enteng.ia memerlukan perhatian dari individu tersebut agar dapat menangani emosi mereka dengan sebaiknya.

bercakap tentang apa yang aku hadapi. YA, aku menghadapi emosi yang tidak stabil kategori minor, mungkin menghampiri mediocre. apa yang aku hadapi bagi aku surreal. BAGI AKU, dan mungkin pandangan kalian berbeza. dikala ini, aku lebih gemar berfikir secara rasional terlampau, yang kadang kala membuatkan aku lupa dengan keadaan sekeliling. segala personal drill selalunya aku abaikan. makan antara perkara paling bosan dikala ini. ayat yang aku keluarkan apabila ditahap ini adalah "semakin serabai rambut gua der, semakin bahaya junior junior dengan gua".

saat ini jugalah, segala keputusan yang pernah aku buat selalunya menerpa kedalam bentak pemikiran aku. baik buruk serta pengajaran dari segala keputusan serta pengalaman aku dalami satu persatu, dan selalunya aku menyesali setiap perbuatan serta keputusan tersebut. mungkin ini dipanggil proses kematangan. proses kematangan itu memang pahit, biar pun pahit ia bagaikan satu tonik bagi menyembuhkan luka lama serta memberi tenaga bagi menghadapi hari keesokannya. menyendiri mungkin jalan yang terbaik bagi sesetengah orang. aku termasuk dalam kelompok ini.

***

sigh...

esok bermulanya exam untuk semester ke 6 aku. 2 minggu sahaja exam bagi semester ini. selepas itu Latihan Industri bermula. RUN DMG dah siap, tapi aku tak dapat nak mengambil basikal kesayangan aku tersebut. Brader Azrul cakap basikal aku "Jelita", hampir hampir aku orgasm mendengarnya. oenangan fixie memang hebat beb.

Thursday, April 15, 2010

Habis madu sepah dibuang, habis duit?

gua mula mula bajet dalam RM300++ je mahu bikin "RUN DMG".
tapi setelah gua kasik tambah itu ini, maka bajet gua mula lari.
memang fuckin' hansap betul.
terbang duit gua RM1000 ini bulan. celaka!!

tapi bila dah siap, gua mahu berlagak sakan sama RUN DMG

Saturday, April 10, 2010

Plan Besar

sejak dari kecil hingga ke besar, ada dua tiga perkara yang memberi influence kepada gua. antara influence besar dalam hidup gua adalah M. Nasir. kalau diadakan ujian penilaian tentang M.Nasir, pointer 3.50 keatas sumpah tak lari.

selain dari M.Nasir perkara lain yang memberi fuckin' influence kepada gua adalah kucing.

"apa dia?"

kucing.

antara plan besar dalam kalendar prektikal gua adalah membela seekor kucing atau bahasa inggerisnya cat, bukan pussycat atau pussy.

gila berdebar.


kata-kata keramat gua hari ini.

"se setan setan gua dengan junior, jauh disudut hati ini masih menyimpan sebidang taman"

Friday, April 9, 2010

Hampir Klimaks

Esok boleh la lu orang semua tengok "RUN DMG"
gua sarankan masing masing buat buat terkejut tak pun pura pura tertarik.

kalau nak tau serba sedikit tentang "RUN DMG" lu boleh klik laju laju sama link dibawah.

Friday, April 2, 2010

RUN DMG

RUN DMG adalah basikal gua yang ber frame kan Pinarello vintage. masih dalam proses restorasi. ini antara gambar yang sempat gua dedahkan kepada umum.


tiada nafsu


masih sexy


A.C.A.B = All Cop Are B******


All timer. champion punya


Barai kangkang

tunggu lagi 2 minggu. kita tengok apa jadi.