Friday, October 30, 2009

Esok punya cerita

idola Hatimtai (Along Subang yang berjaya membawa kepada kemakmuran bandar Subang)

kalau takde ape-ape aral melintang, gua bajet nak tido ala-ala orang kaya, mogok lapar sambil layan Sivaji the boss. gua dapat rasakan aura Rajnikan disisi gua. amma (kepala kasik teleng sikit).


p/s: entri didedikasikan kepada hatimtai yang kini bertugas di subang.

Wednesday, October 28, 2009

Syair Si Goreng Pisang

28 Okober 2009
jam 11.46 malam.
cuaca sejuk-sejuk sedap peluk bini.


ini goreng pisang, bukan ayam serama.

goreng pisang
kau lah sumber inspirasi
selalu dihati
makan sorang tak ingat bini

goreng pisang
ku cicah mu dengan sambal kicap
lalu lu gua kasik 'ngap'
rasanya memang sedap

goreng pisang
seringgit dapat dua
dua ringgit lu dapat lima
eh akak tolong kira lima ringgit ya

goreng pisang
kedudukan lu disimpang simpang
memang menjadi tumpuan orang
kalau tak jumpe lu tengok sign board tulis " goreng pisang"

goreng pisang
legend name lu tak boleh buat maen
tak dapat lu, gua naek hangen
silap-silap gua balun benda 'laen'

selesai sudah syair si goreng pisang
gua persembahkan untuk lu orang
hei mengidam anak rantau di negeri orang
goreng pisang rangup buatan simpang.


syair ini gua dedikasikan dekat kawan-kawan, musuh-musuh, makcik-makcik kleaner, makwe-makwe khasnye dan penjual goreng pisang diseluruh dunia yang masih hidup atau meninggal dunia. maaf andai tersilap bahasa atau kata.


p/s: baca dengan nada syair yang betul untuk penghayatan yang lebih berkesan.

Tuesday, October 27, 2009

I suke tengok filem romantik, tapi i tak ade orang tersayang.

rasenya, dah lame i tak keluar tengok movie tau. urghh bosannye hidup. i mengidam nak tengok 500 days of summer. tapi cuti tak ade. outing pun takde. so tak dapat tengok lah movie tu. harap download je la.

kalau pasal makan pulak, i nak sangat singgah pekan sungai besi makan nasik lemak. sedap tau nasik lemak die, murah pulak tu. pekena pulak tu teh tarik mamak. mau 'stone' i kat situ.

i rindu jalan-jalan kat kl. lagi best kalau jalan sambil pimpin tangan orang yang tersayang. tapi i takde girlfriend. dah clash lame dah. kalau boleh mau jalan-jalan pakai skinny dengan sneakers. lepas tu pakai Ray Ban Wayfarer. i memang die hard fan abes dengan wayfarer. baru rockstar. hihi. oh i sure orang tersayang i mesti make up lawa-lawa bagi i impress.

"she's so lovely and adorable. i'm stunned,oh i'm dying baby, dying"

i rasa, i akan cakap macam tu setiap kali i jumpe dengan orang tersayang. then she's blushing when i talked like that. sumpah weh lelaki mana pun sure cair. tambah cair bile bau perfume orang tersayang melekat sampai balik rumah. damn, sure angau!

bile i sedar, i perasan yang i ni dah lama single.mungkin ini masanya i beri peluang kepada diri sendiri. oh cinta where r you? lama sudah i menunggu.

kalau i ada orang yang tersayang. i mahu nyanyikan dia lagu death cab for cutie-meet me on the equinox (sile klik)


wayfarer ni dah lama tak jumpa makwe. haishhhh


Monday, October 26, 2009

Manchester United, kau dihatiku.

tido sedap ni.


Italy menang world cup sebab benda ni.


kejayaan yang yang tiada bandingnya. gerard mesti mengidam.


yearghhh. 20 tahun tak dapat piala epl ke?


red devils forever. muahhxx


gelagat penyokong-penyokong liverpool. taksub betul.


ku rela berjalan seorang diri.


p/s: gambar-gambar inspirasi yang dicuri.

Sunday, October 25, 2009

Sehari Tanpa Outing 2 (mimpi basah)

gambar saje gua bagi panas fans Liverpool.

gua malas sebenarnye nak cerita apa pasal gua tak boleh outing lagi. kalau lu orang tanya, gua cerita guna tangan je. kasik grip leher bagi stone cold stunner satu. hati panas rasa nak beradu kekuatan je. bagi mengelakkan gua marah-marah atau menghabiskan tenaga dengan bergusti lengan, maka gua kasik pekena milo ais. gua buat sendiri, milo gua taruk 5 sudu. milo gua pow junior rumah punya, takde bincang-bincang. gula tarak letak, apatah lagi susu isian pekat manis F&N. gua kacau bancuh bagi sebati. boleh tahan pekat dia. gua sure sembelit boleh berlaku dalam 2-3 hari lagi.

gua pergi laptop, pasang lagu-lagu metal. gua selitkan jugak lagu lagu rock kangkang serta irama pop yeh yeh dalam treklis gua. mana lagu yang sedap, gua ikut nyanyi ala kadar je. lirik mana yang gua tau, gua sebut. yang mana gua tak tau, gua buat-buat tau je lirik, sebut bagi bunyik dekat-dekat sudah. gua baring-baring dengar lagu. gua bagi golek kiri kanan.

***

"suasana di Anfield begitu tegang sekali, Manchester United dan Liverpool terikat satu sama didalam minit-minit kecerderaan ini. masing-masing berusaha untuk meraih tiga mata. tinggal satu minit lagi masa kecederaan. giggs membawa bola. cantek disitu, oh gerakannya berjaya melepasi pertahanan Liverpool, lorongan diberikan kepada Owen. gerakan bijak Owen menggelecek benteng pertahanan Liverpool, satu dua disitu dengan Berbatov. kembali kepada Owen, bahaya disitu, sepakan dalam kotak penalti dan GOAAAAAAAAAALLLLLLLLL"

***

gua tersedar dari dari tido. perghhh mimpi memang bagi bakar budak-budak Liverpool lah. kahkahkah.gua tersenyum puas bagaikan suami yang kepuasan setelah berjimak dengan isterinya.puas bai puas.

Gua predict Manhester United menang dengan Liverpool 2-1. amacam fans Liverpool?



p/s: malam ni gua bagi penuh cafe, bawak ape yang patut. kate die hard fans man u kan. gua pikir mahu bawak bola pantai.

Wednesday, October 21, 2009

Khas untuk 'anak-anak' kalian.

" nak, belajar betul-betul. bila besar nanti masuk universiti, dapat kerja bagus-bagus. jadik orang kaya, boleh tolong mak dengan abah ni"

pernah kau mengalami peristiwa berkenaan?

aku pasti setiap dari kita pasti pernah dinasihati sebegini rupa. bagi aku, ini cara yang begitu tradisional. cara yang terlampau selamat. mungkin ini cara mereka, cara orang 'dahulu'. seperti biasa, bila besar mesti jadi doktor, bila besar jadi engineer, bila besar jadi askar, bila besar jadi pegawai kerajaan. statik, tiada perubahan minda.

bagi aku, pelajaran bukanlah segalanya. pekerjaan bagus juga bukan segalanya. manusia terlalu disogokkan dengan sikap materialistik, mementingkan pangkat, rupa dan segala-galanya yang bersifat fizikal. sesuatu yang tidak akan kekal buat selamanya. penyakit jiwa yang semakin membarah didalam jiwa masyarakat, yang sampai kini tidak dapat diubati.

mungkin aku sendiri, atau kamu semua perlu merubah atau mengubati penyakit jiwa ini. kalian boleh mulakan dirumah sendiri. ubah cara pemikiran kamu. penuhkan diri kalian dengan imaginasi kreatif serta sesuatu yang berada diluar comfort zone. pelajaran sahaja yang tinggi tidak membawa apa-apa makna jikalau anda semua mempunyai taraf pemikiran lebih rendah dari seorang kanak-kanak. ini mesej yang anda semua boleh sampaikan untuk generasi seterusnya.


"nak, belajarlah serta berusahalah sebaik mungkin. bukannya untuk kami, untuk kamu, menghadapi hidup. ceburilah apa bidang yang kamu kehendaki, kami sedia membantu kamu. tiada halangannya buat kamu.asalkan ianya tidak lari dari nilai-nilai murni yang diajar oleh kami. agar kamu gembira serta bahagia dengan apa yang kamu lakukan nanti"

aku yakin,dengan hanya setitis kasih sayang dan ditambah magis cinta, semua kekusutan serta permasalahan dapat diselesaikan. ubati lah penyakit jiwa masyarakat, sebarkan kasih sayang serta cinta sesama kita. anda patut merubahnya!

Tuesday, October 20, 2009

Acara-Acara Tabligh

geng-geng tabligh dah brainwash gua dari minggu lepas lagi. tapi baru sekarang gua bagi perhatian kat depa. maka gua pun tergerak lah nak ambil tahu ape pergerakan tabligh ni buat. mula-mula gua syak macam acara makan-makan.tapi gua totally silap. air sirap pun tak nampak.

so tanggal 23 oktober ni gua dengan rakan-rakan akan berqiamullai. gua tengah countdown ni. berdebar jugak bai.

ini bukan puasa 5 waktu.

Monday, October 19, 2009

Run Demang Run!

belog tengah renovet sikit. susah jugak ye nak bagi tukar-tukar benda ni. nasib baik gua rasuah pelukis komputer amatur. tak payah gua susah susah pening kepala. tu header gua bagi previu sikit.

Sunday, October 18, 2009

Rasa nak jilat je!



Dr Marten X Raf Simons.
harga memang botak kepala punya.

Friday, October 16, 2009

Khurafat

hari ni memang panas, orang gila je yang nak keluar time panas terik macam hari ni. tapi tak bagi pegawai kadet UPNM. masing-masing gila nak nak bertumbuk. masing-masing gila nak taekwondo. kena rasuk dengan setan apa?

disebabkan panas yang melampau, gua rasa sia-sia je pakai whitening facial foam. gua ingat nak try pakai temulawak pulak lepas ni. macam-macam cerita gua dengar tentang kehebatan temulawak. sekarang ni,tinggal masa je gua nak pekena secalit dua kat muka.

sebabkan kulit gua yang semakin hitam(manis), adalah 2-3 orang senior yang suggest gua balik deepavali. bawak balik maruku, laddu dengan manisan some more. masa tu gua dah terpikir nak panggil geng-geng tabligh kasik ceramah sama senior gua. akidah dah lari sangat tu.

selalunya, sepanas mana pun cuaca, gua tetap bertaekwondo sebaik mungkin. tapi ntah macam mane gua terpedaya desakan setan serta mereka-mereka yang berperangai setan. gua didesak untuk 'secure' taekwondo atas alasan cuaca yang panas gile. mula-mula gua bajet, gua je yang mempunyai idea bernas serta plan untuk secure ni, tapi rupanya ramai lagi. nampaknya ramai juga yang terpedaya dengan pujuk rayu setan ya. gua bagi geleng kepala atas kerosakan sosial yang berlaku terhadap remaja masa kini.


***

gerakan diatur sebaik mungkin, segala risiko gua ambil kire. masa ni gua applykan Principle of War yang kedua iaitu Security. mulut senyap, langkah panjang serta pantas.

tapi jangan fikir gua dah selamat, tiba-tiba satu suara menjerit dengan lantangnya.

"hoi kadet, ko nak pergi mana? balik sini."

takde nak cakap banyak, gua kasik lari itu jam juga. die punye cuak tak payah kira. kucar-kacir pemikiran dan tindak tanduk gua dibuatnya. pusing punya pusing, masing-masing yang secure bersama gua mengambil keputusan untuk secure didalam sebuah stor. keadaan kembali aman damai. tapi masing-masing mengambil langkah berjaga jaga agar Concentration of Force dapat dikekalkan pada tahap yang tertinggi.

masuk dalam stor perkara pertama sekali gua fikirkan adalah:

"mintak-mintak lah jumpa RM100 kat sini"

cilakak.apa cerita masuk stor pun pikir jumpa RM100?. ni khurafat namanya.




p/s: gua selamat dari segala ancaman pada aktiviti secure hari ini. tapi gua kena jadik punch bag pulak dengan master taekwondo. karma baby, karma.

Wednesday, October 14, 2009

Cinta baru gua

gambar zooey deschanel(merangkap awek gua yang ke 7) lepas makan char kuey tiau dekat mali.

gua dah rancang nak date dengan awek ni. semua ex girlfriend gua tak bantah. nak usya awek ni sikit punya susah, gua kena nyanyi lagu the smith dulu baru dia sangkut. nasib baik dapat, kalau tak dsia-sia je jadi mangsa tohmahan orang kampung.

kalau takde apa-apa rintangan gua ingat nak follow beliau pergi tour. gua dah apply jadik backup singer. amacam, boleh tahan kan taste gua?

Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang punya pasal.


lu orang memerlukan google translator untuk entri kali ini.


isa monang kek bagan pinang ni haaa. alahaii.
ken main riang lagi hati dio.
aiyo aii. kok yo pun nak lawan kek nogori sembilan lotak la calon best skit.
ha dah kalah sapo nak disalahkan laei?
pakcik-pakcik, makcik makcik PAS, DAP, PKR or secaro mudah eh dikonali sebagai PAKATAN RAKYAT leh try len kali K.
jangan nangih tau.susah den nak memujuk eh.
oh lupo, aritu den tando 'X' kek duo duo calon.
mak den kato, 'jang, kito ni umat islam kono berlaku adil kek sumo orang'
oleh itu,den berlaku adil kek sumo calon.
sampai sokarang pun den bepogang kek prinsip tu.
omputih kato 'wise man always be fair with each other'
amacam power tak den speaking?


gambar ehsan malaysiakini.






p/s: anarki kah gua?

Sunday, October 11, 2009

Sehari Tanpa Outing 1

assalamualaikum.

gua rasa ni kali pertama kot gua bagi salam kat pembaca blog ni. melampau betul kan. kadang-kadang gua risau jugak disyaki sebagai seorang yang berpandangan 'secular', dimana gua memisahkan agama dengan blog. heh, bidaah betullah.

hari ni gua tak ada aktiviti sangat, mengadap laptop. fesbuk, ym, fesbuk. memang dasar penghabis duit kerajaan.
tapi aktiviti paling 'death' sekali adalah minum sebotol coke. tanpa kongsi ok.
gua syak coke ni dia letak ganja lah.

so bagi gua coke adalah ganja.









Wednesday, October 7, 2009

TAQWACORE

membuat pilihan adalah sebahagian dari hidup.


amacam?
mahu tahu apa itu taqwacore

Tuesday, October 6, 2009

Sedang gua enak menikmati nasik lemak...



Tiba-tiba anjing menyalak bersahut-sahutan.

Monday, October 5, 2009

RARE punya!


apa perasaan lu orang kalau mempunyai barang rare?
yakni takde sape-sape yang ada melainkan lu orang sahaja.
lu bangga bukan.

benda-benda rare ni umpama 'bidaah' masa gua tengah panas layan underground dulu.
dapat demo band atau zine yang rare-rare lu memang boleh bangga abes.
lagi-lagi kalau menatang-menatang ni dapat dari oversea.
hari-hari kalau boleh nak speaking(kamus letak tepi).
kira dah cukup otai nih.

ah lagi satu, kalau dapat t shirt band yang rare pulak
gua rase baju berkolar dah tak pakai terus.
pergi kulompo pun tak nak pakai baju raya tahun-tahun lepas.
t shirt band jugak dia nak pakai.
padahal beli bundle je pun.
gua ingat lagi baju bundle Nirvana yang dah jadik pengelap tu.
terima kasih mak.

tapi tu dulu
sekarang ni gua nak tanye sikit

" apa perasaan lu kalau dapat 'membaca' sesuatu yang rare"
"atau pun menjadi seorang 'follower' bagi sesuatu yang rare"

sesuatu yang berharga tapi jarang sekali diketahui ramai.
bagi gua, lu seorang yang mempunyai 'taste' dan gua tabik spring sama lu.
sebab mereka-meraka ini adalah golongan bertuah, yang membaca dan menjadi follower blog gua yang RARE ini.



p/s: entri perasan bukan

Sunday, October 4, 2009

The 'Demang' dilemma

gua tengok-tengok gambar jumpe yang ni.


ape cerita budak-budak pun dah layan dilemma ni?

Saturday, October 3, 2009

wanita hanya perlu menunjukkan buah dada/tetek, peha serta betis.

entri yang agak lucah (mungkin). dorongan serta galakan ibu bapa sama sekali tidak diperlukan okey.

seperti biasa, atas dasar tidak mahu membuang masa(konon) gua terus online berfesbuk. meng 'add' awek-awek adalah satu perkara yang amat menjadi keutamaan selain daripada mengeluarkan status yang boleh menarik perhatian ramai.

ada satu kali, gua add 58 orang awek dalam satu-satu masa. memang tak dapat dinafikan, usaha gua memang gigih serta layak diberikan pujian. ketika tu, memang gua betul-betul into dengan aktiviti ni. apa orang cakap, gua ambik endah tak endah je.

setelah gua add awek-awek difesbuk, gua biasanya catat bilangan mereka-mereka yang telah gua add. rajin bukan, dan keesokan harinya tepat pukul 8.00 pm gua akan sekali lagi online dan memeriksa 'hasil' daripada usaha gigih gua tersebut. kadang kala gua senyum sendiri dengan hasil yang amat memberangsangkan. jikalau mood gua baik, gua akan taip 'hye', 'thanx' atau '=)' di wall awek-awek tersebut.

agak-agak gua bersemangat serta mempunyai tidur yang mencukupi, gua dengan handalnya berchatting dengan awek-awek yang online. macam biasa, gua jual nama 'universiti bergaji' ,bakal pegawai tentera, rajin memasak serta pandai menari sebagai modal untuk menarik perhatian ramai awek. gua usya jugak mane-mane awek yang boleh gua ajak pergi clubbing. boleh tahan jugak ramainya. gua impress dengan perkembangan gadis-gadis bumiputra dinegara ini didalam industri kelab-kelab malam. gua sebut sebagai gadis bumiputra disebabkan kadang kala gua berkenalan atau menyapa manja awek-awek Malaysia Timur. lu faham bukan kenapa gua cakap macam tu. tak perlu buat lampi lu orang disini okey.apa yang gua dapat katakantentang awek-awek sabah dan sarawak adalah mereka memang kick!

salah satu contoh. wanita boleh menempa nama sebagai fesbuk superstar dengan hanya meng'upload' gambar buah dada anda yang tersembul.

tapi satu perkara yang menjadi persoalan. segigih manapun gua berusaha untuk meng 'add' awek-awek. sehandal mana pun gua berchatting, atau selama mana pun gua sibuk mengadap fesbuk, tetapi gua tetap tak dapat kalahkan friendlist awek-awek yang bergambar menunjukkan buah dada/tetek. kadang kala dengan hanya menunjukkan peha serta betis yang 'ranum' juga boleh membuahkan hasil yang mengagumkan. gua betul-betul musykil. gua rasa, ketinggalan jauh sekali dengan pencapaian mereka.

bagi gua, kaum adam terlalu mudah dipengaruhi dengan buah dada/tetek serta peha dan betis. entah-entah bapok yang punya fesbuk. lu mana tau kan. sekian sahajalah kajian gua.




p/s: gua nak add lagi 300 awek bagi cukup 1000 friendlist gua. go demang go! dan kepada para gadis, mudah sahaja untuk menjadi fesbuk superstar. hanya perlu sembulkan buah dada anda. selamat mencuba!